JABATAN PERKHIDMATAN AWAM,
MALAYSIA,
TINGKAT 3-15,
WISMA BERNAMA,
JALAN TUN RAZAK, Telefon : 2938444 - samb.
50510 KUALA LUMPUR. Kawat : "FESTOFF KUALA"
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JPA.SULIT. 324,Klt.5/(61)
Tarikh : 27 Februari 1991
Semua Ketua Pengurus Badan Berkanun
Semua ketua Pengurus Penguasa TempatanTuan,
Pelaksanaan Skim Perkhidmatan PegawaiEksekutif B9,B3/B1 ke Pentadbiran Negeri
Badan Berkanun dan Penguasa Tempatan____________________________________Adalah saya dengan hormatnya diarah memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk skim perkhidmatan Pegawai Eksekutif B9,B3/Bl yang dilaksana di peringkat Persekutuan di bawah penyusunan semula struktur perkhidmatan pentadbiran dipanjangkan pemakaiannya ke peringkat pentadbiran negeri, badan berkanun dan penguasa tempatan mengikut kaedah dan tatacara pelaksanaan yang ditetapkan di peringkat Persekutuan. Skim Perkhidmatan Pegawai Eksekutif berkenaan adalah seperti di Lampiran 'A'.
2. Kaedah dan Tatacara Pelaksanaan
2.1. Selaras dengan persetujuan ini, maka diperturun di bawah ini kaedah dan tatacara pelaksanaan
3. Penggredan Semula Ke Perkhidmatan Pegawai Eksekutif dan
untuk panduan tindakan negeri, badan berkanun dan penguasa tempatan :-
(a) pemanjangan ini adalah tertakluk ke[ada setuju terima pakai oleh pihak berkuasa negeri,
badan berkanun dan penguasa tempatan;(b) jika disetuju terima pakai, peranan untuk peringkat perkhidmatan Pegawai Eksekutif ini
hendaklah diselaras dan ditetapkan sepertigaris panduan yang ditunjuk di Lampiran 'B' ;(c) perkhidmatan Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir B11, B4, B21 hendaklah
dijumudkan dan jawatan-jawatannya dikaji semula untuk tujuan penggredan semula kepada
jawatan Pegawai Eksekutif atau lain-lain jawatan yang mencerminkan peranan/tugas sebenar
yang dijalankan;(d) pengambilan baru atas keperluan, adalah ke dalam perkhidmatan Pegawai Eksekutif sahaja,
dan iklan jawatan seperti di Lampiran 'A1' boleh digunakan tanpa pindaan, ianya perlu dirujuk
dahulu kepada JPA untuk pertimbangan ;(e) Pegawai-pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir dalam perkhidmatan hendaklah
ditawarkan pertukaran tetap perkhidmatan ke dalam perkhidmatan Pegawai Eksekutif seperti
berikut :-
(i) Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir, Tingkatan Biasa B11 ke perkhidmatan
Pegawai Eksekutif, Tingkatan Biasa B9;(ii) Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir, Tingkatan Kanan B4 ke perkhidmatan
Pegawai Eksekutif, Tingkatan Kanan B3/B1 di atas tanggagaji B3 ; dan(iii) Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir, Tingkatan Tinggi B2 ke perkhidmatan
Pegawai Eksekutif Tingkatan Kanan B3/B1 di atas tanggagaji B1 dengan mengekalkan
gelaran Tingkatan Tinggi secara KUP.
Syarat-syarat pertukaran tetap perkhidmatan serta dokumen-dokumen yang berkaitan untuk
tujuan urusan ini adalah seperti di Lampiran 'C', 'C1' hingga 'C6' (C1, C2, C3, C4, C5 C6).
(f) pemindahan gaji Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir ke perkhidmatan Pegawai
Eksekutif ini hendaklah berasaskan sifir-sifir pemindahan gaji di Lampiran 'D', 'D1' dan 'D2' ;(g) tarikh kenaikan gaji pegawai-pegawai yang terlibat dalam pemindahan gaji ini adalah tidak
berubah kecuali dalam keadaan di mana dua atau lebih matagaji atas susunan tanggagaji yang
baru. Dalam keadaan sedemikian, tarikh kenaikan gaji mereka adalah berubah mengikut
peraturan di Lampiran 'E' , 'E1' dan 'E2'. Bagaimanapun, berasaskan kepada peruntukan di
perenggan 5.2, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977, mereka yang berada pada
matagaji maksima di atas tanggagaji dalam skim perkhidmatan yang lama selam satu tahun atau
lebih pada tarikh berkuatkuasa pertukaran tetap perkhidmatan ini, maka tarikh kenaikan gaji
mereka adalah ditetapkan pada 1 haribulan bulan yang berikutan dengan tarikh
berkuatkuasanya pertukaran tetap perkhidmatan ini ;(h) tarikh kuatkuasa pertukaran tetap perkhidmatan ini adalah pada 1.7.89, iaitu sama seperti
yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan.
Tindakan Susulan Mendapatkan Waran Perjawatan/Surat Kuasa Perjawatan
3.1 Perkhidmatan Pegawai Eksekutif Tingkatan Kanan telah diperuntuk tanggagaji bertindih B3/B1,
4. Negeri, Badan Berkanun dan Penguasa Tempatan Yang Mengekalkan Perkhidmatan Pegawa
sementara di Tingkatan Biasa dikekalkan satu tanggagaji sahaja iaitu atas B9. Selaras dengan ini, maka
tugas dan peranan yang dahulunya dikendaki oleh 3 gred Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir,
perlu diselaraskan kepada 2 gred sahaja di bawah perkhidmatan Pegawai Eksekutif.3.2 Tugas dan peranan di peringkat Pegawai Eksekutif tingkatan Kanan akan merupakan tugas dan
peranan yang dahulunya dikendali di peringkat Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir Tingkatan
Kanan dan Tingkatan Tinggi selain dari tugas-tugas kerja/pelaksana yang sekarang ini mungkin dikendali
di peringkat Pegawai Tadbir Tingkatan Biasa.3.3 Pihak negeri, badan berkanun dan penguasa tempatan dipohon mengambil tindakan segera
menyelaras pembahagian semula peranan dan tugas ini dan mengemukakan kesannya ke atas perjawatan
di bawah perkhidmatan Pegawai Eksekutif kepada Bahagian Perjawatan JPA, menerusi Setiausaha
Kerajaan Negeri/Kementerian mana berkaitan untuk tindakan susulan memperakukan perubahan
perjawatan kepada Perbendaharaan.3.4 Peningkatan tanggagaji B3 ke B1 akan diasaskan kepada syarat-syarat melangkah sekatan
kecekapan seperti yang ditetapkan di bawah syarat-syarat skim perkhidmatan Pegawai Eksekutif di
Lampiran 'A'. Tarikh kuatkuasa peningkatan dari B3 ke B1 adalah pada tarikh semasa, iaitu pada atau
selepas sesuatu urusan melangkah sekatan kecekapan itu diadakan. Garis panduan mengenai kriteria
kecermelangan yang boleh dipakai untuk tujuan ini akan dimaklumkan kepada pentadbiran negeri, badan
berkanun dan penguasa tempatan kemudian.
Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir Yang Menolak Tawaran Memasuki Perkhidmatan Pegawai
Eksekutif5. Pemberian Pendahuluan Kenaikan Gaji 5% Di Bawah
4.1 Negeri, badan berkanun dan penguasa tempatan yang memutuskan untuk mengekalkan
perkhidmatan Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai Tadbir (yakni tidak menyetuju terima pakai
perkhidmatan Pegawai Eksekutif) bolehlah berbuat demikian dengan memaklumkan keputusan itu secara
rasmi kepada jabatan ini. Dalam keadaan sedemikian Skim Perkhidmatan Pegawai Kerja dan Penolong
Pegawai Tadbir adalah dikekalkan pemakaiannya untuk negeri, badan berkanun dan penguasa tempatan
itu sahaja.4.2 Skim Perkhidmatan Pegawai Kerja dan Penolong Tadbir jaga adalah dikekalkan untuk Pegawai
Kerja/Penolong Pegawai Tadbir yang tidak memilih untuk memasuki perkhidmatan Pegawai Eksekutif.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/915.1 Berikutan dengan keputusan kerajaanmemanjangkan pemakaian skim perkhidmatan Pegawai
6. Jadual Tindakan
Eksekutif ke pentadbiran negeri, badan berkanun dan penguasa tempatan maka pemberian pendahuluan
kenaikan gaji 5% mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/91 bagi Pegawai Kerja dan Penolong Pegawai
Tadbir berkenaan akan ditentukan apabila urusan pertukaran tetap perkhidmatan mereka ke dalam
perkhidmatan Pegawai Eksekutif selesai dilaksanakan.
6.1 Tawaran pertukaran tetap perkhidmatan ini perlu dikendali oleh pihak berkuasa melantik negeri,
7. Hubungi JPA (Bahagian Perjawatan) Jika Ada Masalah
badan berkanun dan penguasa tempatan.6.2 Adalah disyorkan supaya tawaran pertukaran tetap perkhidmatan kepada Pegawai Kerja dan
Penolong Pegawai Tadbir berkenaan dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pada 30.4.1991 dan tarikh
tutup opsyen ditetapkan pada 31.5.1991. Dengan cara ini, bilangan Pegawai Kerja dan Penolong
Pegawai Tadbir yang menerima pertukaran tetap perkhidmatan ke perkhidmatan Pegawai Eksekutif ini
boleh ditentukan pada 1.6.1991 bagi membolehkan pihak negeri, badan berkanun dan penguasa
tempatan mengambil tindakan susulan dari segi perjawatan/surat kuasa perjawatan.
7.1 Sebarang maalah mengenai urusan di atas bolehlah dirujuk kepada jabatan ini (Bahagian
Sekian, terima kasih.
Perjawatan) untuk perbincangan dan penyelesaian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI ABDUL SALAM)
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam II
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.S.K.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Kewangan,
(Bahagian Pentadbiran),
(Bahagian Belanjawan),
Tingkat 11 - 13, Khazanah Malaysia,
Jalan Duta,
KUALA LUMPUR.Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri,
Negeri Selangor,
Tingkat5, Podium Utara,
40510 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN.Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri,
Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Darul Iman,
20200 Kuala Terengganu,
TERENGGANU DARUL IMAN.Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Peti Surat 10998,
88811 Kota Kinabalu,
SABAH.Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri,
Negeri Sarawak,
Tingkat Bawah, Bangunan Yayasan Sarawak,
Jalan BARRCK,
93521 Kuching,
SARAWAK.Setiausaha,
Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan
Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Kuasa-Kuasa Tempatan,
76-1, Wisma ANULAE,
Jalan Raja Bot,
50300 KUALA LUMPUR.Setiausaha ,
Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan
Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Badan-Badan Berkanun,
No. 3A, Tingkat Satu,
Bangunan Tong Nam,
Jalan Travers,
Brickfields,
50470 KUALA LUMPUR.Edaran Dalam:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
KUALA LUMPUR.Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam I,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
KUALA LUMPUR.Semua Pengarah Bahagian,
Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Bahagian Gaji dan Elaun (7 salinan)
Salinan asal- Bahagian Perkhidmatan (9 salinan)
- Bahagian Latihan dan Kemajuan (2 salinan)
Kerjaya- Bahagian Pencen (2 salinan)
- Bahagian Perundingan (2 salinan)
- INTAN (2 salinan)
- Bahagian Perjawatan (semua Unit/pegawai
berkenaan)- Bahagian Pentadbiran (4 salinan)