KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
______________
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1992
______________
PENYUSUNAN SEMULA MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN
BAGI PEKERJA-PEKERJA DALAM SEKTOR AWAM
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan:
1.1 Penyusunan semula Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi pekerja-pekerja dalam sektor awam;
1.2
Struktur MBK yang telah diubahsuai serta Perlembagaan Majlis-majlis berkenaan.
LATAR BELAKANG
2. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam telah mengkaji jentera perhubungan sektor awam yang terdapat pada masa ini sejajar dengan perkembangan-perkembangan semasa, khususnya pelaksanaan Sistem Saraan Baru yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1992.
3. Sistem Saraan Baru
ini telah membawa beberapa perubahan besar dalam struktur perkhidmatan
awam.
Perubahan yang paling ketara ialah pembahagian
peringkat kumpulan perkhidmatan kepada 3 kumpulan sahaja, iaitu, Kumpulan
Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan
Sokongan. Selaras dengan perubahan di atas, struktur lima MBK yang wujud
sebelum Sistem Saraan Baru perlu diubahsuai supaya dapat memainkan peranannya
dengan lebih berkesan.
MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN
4. Dengan penyusunan semula
ini, lima MBK yang diwujudkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun
1979 adalah dibubarkan dan digantikan dengan tiga MBK yang baru, iaitu:
6. Keahlian Majlis-majlis ini mengandungi dua pihak, iaitu, Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja. Pihak Pegawai adalah dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia atas jawatan masing-masing. Ahli-ahli Pihak Pekerja pula adalah dipilih di konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan yang bergabung dengan MBK berkenaan.
7. Tempoh perkhidmatan ahli-ahli bagi ketiga-tiga Majlis adalah selama dua tahun bermula daripada tarikh satu-satu Majlis itu mengadakan rnesyuaratnya yang pertama. Ahli-ahli tersebut boleh terus rnemegang jawatan sehingga ahli-alili yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.
8. Ketiga-tiga MBK rnempunyai
bidang kuasa yang sama iaitu untuk:
9. Majlis Bersama Jabatan adalah dikekalkan di Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan dan di setiap pejabat cawangannya, di mana berkenaan, asalkan pejabat cawangan itu diketuai oleh seorang Ketua Pejabat yang bertanggungjawab di atas semua urusan pentadbiran, pengawasan kakitangan dan hal-hal kewangan. Pengecualian boleh diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, mengikut merit tiap-tiap kes, kepada mana-mana Kementerian/ Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan yang memohon untuk menubuhkan sebuah Majlis Bersama Jabatan yang berbentuk lain daripada yang dihuraikan di atas. Permohonan untuk mendapatkan pengecualian itu boleh dibuat oleh Ketua Jabatan atau Pihak Pekerja kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
10. Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan yang telah menubuhkan Majlis Bersama Jabatan lain daripada apa yang dihuraikan di atas dan telah pun mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam, boleh meneruskan perjalanan Majlis Bersama Jabatannya seperti yang diamalkan.
11. Bagi Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan yang belum lagi menubuhkan Majlis Bersama Jabatan, Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat yang berkenaan hendaklah menubuhkannya dengan segera.
12. Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat cawangan di sesuatu Kementerian/Jabatan/ Badan Berkanun/Kuasa Tempatan, di mana berkenaan, hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam apabila mereka telah menubuhkan Majlis Bersama Jabatan di Jabatan atau pejabat masing-masing dan mengirimkan bersama Perlernbagaan Majlis serta nama-nama ahli Jawatankuasa melalui saluran rasmi.
13. Sekiranya timbul perbezaan pendapat atau pertentangan di antara Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat Cawangan dengan Pihak Pekerja ketika Majlis Bersama Jabatan membincangkan apa-apa perkara yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan, ataupun di mana Majlis Bersama Jabatan mengambil satu-satu keputusan yang melibatkan dasardasar Kerajaan, maka Ketua Jabatan yang berkenaan atau Ketua Pejabat Cawangan, melalui Ketua Jabatannya, hendaklah memaklumkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan apa-apa keputusan ataupun arahan yang muktamad.
14. Contoh Perlembagaan
Majlis Bersama Jabatan di Lampiran D
hendaklah dipakai setelah diubahsuai untuk keperluan masing-masing. Perlembagaan
Majlis hendaklah mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dikuatkuasakan.
PEJABAT URUSETIA MBK
15. Pejabat Urusetia MBK yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan hubungan di antara Kerajaan dengan Pihak Pekerja dan amalan pinjaman/pertukaran sementara Pihak Pekerja di Pejabat Urusetia MBK adalah diteruskan tetapi dengan beberapa pengubahsuaian dari segi bilangan pegawai yang dipinjam/ditukar sementara dan juga peraturan-peraturan pinjaman/pertukaran sementara tersebut.
16. Bilangan pegawai yang dipinjam/ditukar sementara di Pejabat Urusetia MBK adalah 2 orang bagi MBK Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional dan MBK Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Sokongan dan 3 orang bagi MBK Pekerja-pekerja Am dalam Kumpulan Sokongan.
17. Peraturan mengenai pinjaman/pertukaran sementara adalah berdasarkan kepada peraturan pinjaman/pertukaran sementara sektor awam. Pencalonan dibuat oleh Pihak Pekerja untuk kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah mendapat persetujuan Ketua Jabatan berkenaan. Tempoh pinjaman/pertukaran sementara adalah 2 tahun bagi setiap pinjaman/pertukaran sementara berkenaan. Perlanjutan tempoh pinjaman/pertukaran sementara boleh dipertimbang dan diluluskan dengan had maksimum 6 tahun sahaja.
18. Pemberian subsidi
sewa pejabat, bil air, elektrik, sewa telefon dan alat tulis seperti yang
ada sekarang adalah diganti dengan pemberian geran tahunan.
PEMANSUHAN
19. Pekeliling ini memansuhkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1979 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1989.
TARIKH KUATKUASA
20. Pekeliling ini adalah
berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia
Tarikh: 16 Jun 1992
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Kuala Lumpur.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian.
Semua Ketua Jabatan Persekutuan.
s.k.:
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Semua Ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun.
Semua Ketua Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.