1. Majlis adalah dikenali sebagai Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional.
TUJUAN
2. Tujuan penubuhan Majlis adalah untuk mengadakan satu badan bagi mewujudkan hubungan melalui perbincangan di antara pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional dengan Kerajaan.
BIDANG DAN FUNGSI
3. Bidang dan fungsi Majlis
hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang
kuasanya seperti berikut:
4. Majlis Bersama Kebangsaan
bagi
pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional adalah terdiri
daripada 35 orang ahli yang mengandungi:
6. Ahli-ahli Pihak Pekerja pula hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang dipilih di Konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
7. Konvensyen yang tersebut
di dalam perkara 6 hendaklah dikelolakan oleh Pihak Pekerja berdasarkan
kepada peraturan-peraturan yang disertakan oleh Pihak Pekerja dan diluluskan
oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam selepas berunding dengan Kementerian Sumber
Manusia.
8. Peraturan-peraturan
yang dimaksudkan di dalam perkara 7 hendaklah, di antara lain, memperbekalkan:
(ii) tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan
Persatuan Kakitangan Kerajaan hendaklah dibenar menghantar
seorang
wakil bagi tiap-tiap500 orang ahli yang pertama dan seorang wakil tambahan
bagi setiap
500 orang
ahli di atas bakinya. Ahli-ahli berkenaan adalah yang telah membayar yuran
mengikut
Laporan
Tahunan yang lalu yang disiarkan oleh pihak Pendaftar yang berkenaan. Wakil-wakil
tambahan
ini akan dibenar mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut hanya selepas
menjelaskan
pembayaran yang tertentu dan didaftar oleh pihak pengelola.
PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS
9. Pengerusi Majlis ialah
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam. Bagi mana-mana mesyuarat yang telah dipanggil
tetapi tidak dapat dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tugas
Pengerusi adalah
diambilalih oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam. Naib Pengerusi hendaklah terdiri
daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja dan
beliau juga merupakan Pengerusi kepada Pihak Pekerja.
10. Kedua-dua pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripada ahlinya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.
MESYUARAT-MESYUARAT
11. Mesyuarat Majlls boleh diadakan pada bila-bila masa dengan dipanggil oleh Pengerusi, sekurang- kurangnya, sekali setahun.
12. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat
Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar
oleh Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing
tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat.
13. Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasuki dengan kebenaran Pengerusi dan persetujuan Naib Pengerusi.
14. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai.
15. Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 8 orang ahli Pihak Pegawai dan 10 orang ahli Pihak Pekerja.
J AWATAN KUASA-JAWATAN KUASA
16. Majlis boleh melantik Jawatankuasa-jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain yang mempunyai kelayakan atau pengalaman, atau kedua-duanya, untuk membantu Jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.