LAMPIRAN "D"
                                   
          PERLEMBAGAAN UNTUK MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI
          ....................................................................................................................
           
    KEAHLIAN

    1.     MajlisBersama Jabatan Bagi .............................................................................................. (selepas ini
    disebut sebagai "Majlis") hendaklah mengandungi ................................................................................... ahli
    termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada ............................... ahli
    yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat Cawangan/pihak
    bertanggungjawab Badan-badan Berkanu  ataucawangannya/Kuasa-kuasa Tempatan (selepas inidisebut sebagai "Pihak Pegawai") dan .................................................................................................... ahli yang dipilih oleh
    Kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang mewakili pekerja-pekerja di ..................................
    .................................. atau pekerja-pekerja itu sendiri (selepas ini disebut sebagai "Pihak Pekerja").

    PIHAK PEGAWAI

    2.     Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan atau di dalam pejabat
    cawangannya seperti berikut:
     

      (a)     Ketua Setiausaha Kementerian/Timbalan Ketua                                        - Pengerusi
                Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan/Ketua
                Pejabat Cawangan atau Pengurus Besar/Timbalan
                        Pengurus Besar atau Timbalan Pengerusi atau
                Ketua Pegawai Pentadbir
      (b)     Setiausaha Bahagian Perjawatan/Perkhidmatan                                           - Ahli
                Pegawai Kakitangan (Personal Officer)
      (c)     Pegawai yang bertanggungjawab mengenai                                                 - Ahli
               Kewangan
      (d)    Pegawai yang bertanggungjawab mengenai                                                  - Setiausaha
               pentadbiran Jabatan/pejabat
    Mereka ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing.

    PIHAK PEKERJA

    3.     Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja  di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Kementerian/Jabtan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan atau di dalam
    pejabat-pejabat cawangannya di mana berkenaan dan dilantik oleh Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-
    persatuan Kakitangan yang berdaftar yang mewakili pekerja-pekerja tersebut (atau pekerja-pekerja sendiri).
    Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan
    buat permulaan oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Pekerja di mana Majlis Bersama akan
    ditubuhkan di dalam Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan atau di dalam pejabat-pejabat cawangannya. Peraturan hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan/Pejabat Cawangan yang
    berkenaan.

    4.     Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan/Persatuan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.

    5.     Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh 1 alau 2 tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-alili yang akan mengambil alih
    telah dilantik/dipilih.

    PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

    6.     Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama, Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.

    TUJUAN

    7.     Tujuan Majlis adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Kementerian/Jabatan /Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan dengan Pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Kementerian /Jabatan/Badan-badan Berkanun/ Kuasa-kuasa Tempatan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan
    kerja dan kebaikan pekerja-pekerja yang berkenaan; untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Kementerian/ Jabatan/Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan.

    BIDANG DAN FUNGSI

    8.     Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang
    kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:
     

        (i)     mernbincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang
                ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-
                pekerja perseorangan;
              (ii)     membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih di atas perkara-perkara mengenai
                       kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
             (iii)     menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan
                       untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan
                     (iv)    mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukkan
                              bagi menerima cadangan dan syor-syor dan kakitangan mengenai perkara ini.

    MESYUARAT-MESYUARAT

    9.     Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.

    10.   Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada .........................................................................
            .................................. ahli Pihak Pegawai dan ............................................................. ahli Pihak Pekerja.

    11.   Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis, hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh
    Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan
    Naib Pengerusi.

    12.    Mesyuarat khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki.
    Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.

    KEPUTUSAN

    13.     Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.

    14.     Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah
    dengan dasar Kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan atau Pejabat Cawangan di mana berkenaan. Bagi keputusan yang ada kaitan
    dengan dasar Kerajaan ataupun dengan Jabatan-jabatan lain ianya hendaklah dirujukkan kepada Jabatan
    Perkhidmatan Awam ataupun kepada Jabatan-jabatan yang berkenaan.

    PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

    15.     Perlembagan majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis. Notis menggenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diluluskan.
     

                 
    ______                                                            ______________________________________
    L-A19479                                                          JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR
     

    Surat Pekeliling