LAMPIRAN C
                             
            PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI
                     PEKERJA-PEKERJA AM DALAM KUMPULAN SOKONGAN
           
      NAMA

      1.     Majlis adalah dikenali sebagai  Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-perkerja Am Dalam Kumpulan Sokongan.

      TUJUAN

      2.     Tujuan penubuhan Majlis adalah untuk mengadakan satu badan bagi mewujudkan hubungan melalui perbincangan di antara pekerja-pekerja Am Dalam Kumpulan Sokongan dengan Kerajaan.

      BIDANG DAN FUNGSI

      3.     Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perjara yang termasuk dalam
      bidang kuasanya seperti berikut:

              (i)     memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-
                      syarat perkhidmatan bagi Pekerja-Pekerja sektor awam. Perbincangan hendaklah menyentuh
                      perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu; dan

              (ii)     membolehkan Pihak Pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan atau makluman
                       mengenai perkembangan-perkembangan baru untuk mendapat ulasan dan pandangan Pihak
                       Pekerja sebelum dibawa untuk keputusan Kerajaan.
      KEAHLIAN

      4.     Majlis Bersama Kerajaan bagi pekerja-pekerja Am  adalah terdiri daripada 45 orang ahli yang mengandungi
       

        (a)     15 orang Pihak Pegawai; dan
        (b)     30 orang Pihak Pekerja.
      5.     Ahli-ahli Pihak Pegawai terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang dilantik oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia atas jawatan masing-masing

      6.     Ahli-ahli Pihak Pekerja pula hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang dipilih di Konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan pekerja-pekerja Am dalamn Kumpulan Sokongan.

      7.     Konvensyen yang tersebut di dalam perkara 6 hendaklah dikelolakan oleh Pihak Pekerja berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang disediakan oleh Pihak Pekerja dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam selepas berunding dengan Kementerian Sumber Manusia.

      8.    Peraturan-peraturan yang dimaksudkan di dalam perkara 7 hendaklah, di antara lain, memperbekalkan:

              (i)    tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan Kerajaan yang berdaftar dengan pihak
                     Pendaftar yang berkenaan hendaklah dibenar menghantar seorang wakil ke konvensyen tersebut.
                     (Persatuan Kakitangan yang dimaksudkan ialah Persatuan-persatuan yang ahli-ahlinya terdiri
                     daripada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dapat atau tidak
                     boleh menubuh kesatuan-kesatuan sekerja disebabkan larangan undang-undang atau kepentingan
                     perkhidmatan); dan

              (ii)   tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan Kerajaan hendaklah dibenar menghantar
                     seorang wakil bagi tiap-tiap 500 orang ahli yang pertama dan seorang wakil tambahan bagi
                     setiap 500 orang ahli di atas bakinya. Wakil-wakil tambahan ini akan dibenar mengambil bahagian
                     dalam konvensyen tersebut hanya selepas menjelaskan pembayaran yang tertentu dan didaftar
                     oleh pihak pengelola.

      9.    Bagi maksud Pekeliling ini, pegawai-pegawai Kerajaan di dalam Kumpulan Sokongan yang tergolong
      di bawah klasfikasi berikut adlah dianggap sebagai pekerja-pekerja Am, iaitu:

                      (i)    Bakat dan Seni
                     (ii)    Pendidikan
                    (iii)    Ekonomi
                    (iv)    Pertanian
                     (v)    Keselamatan dan Pertahanan Awam
                    (iv)    Perundangan
                   (vii)    Pentadbiran dan Sokongan
                  (viii)    Sosial
                    (ix)    Kewangan

      PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

      10.    Pengerusi Majlis ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Bagi mana-mana mesyuarat yang
      telah dipangggil tetapi tidak dapat dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tugas Pengerusi
      adalah diambilalih oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Naib Pengerusi hendaklah
      terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja dan beliau juga merupakan Penngerusi kepada Pihak
      Pekerja.

      11.    Kedua-dua pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripada ahlinya untuk memenuhi
      jawatan Setiausaha Bersama.

      MESYUARAT-MESYUARAT

      12.    Mesyuarat Majlis boleh diadakan pada bila0bila masa dengan dipanggil oleh Pengerusi, sekurang-
      kurangnya, sekali setahun.

      13.    Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar
      oleh Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat.

      14.    Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasuki dengan kebenaran Pengerusi
      dan persetujuan Naib Pengerusi.

      15.    Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada
      persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai.

      16.    Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 8 orang ahli Pihak Pegawai dan 15 orang
      ahli Pihak Pekerja.
       

      JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

      17.     Majlis boleh melantik Jawatankuasa-jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain
      yang mempunyai kelayakan atau pengalaman, atau kedua-duanya, untuk membantu Jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.
       

       Surat Pekeliling