LAMPIRAN B
                                 
          PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-
          PEKERJA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KUMPULAN SOKONGAN
       

      NAMA

      1.     Majlis adalah dikenali sebagai Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Sokongan.

      TUJUAN

      2.     Tujuan penubuhan Majlis adalah untuk mengadakan satu badan bagi mewujudkan hubungan melalui perbincangan di antara pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Sokongan dengan Kerajaan.

      BIDANG DAN FUNGSI

      3.     Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu  hanya kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasanya seperti berikut:
       

          (a)     memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan
                    syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja sektor awam. Perbincangan hendaklah
                    menyentuh perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melihatkan pekerja
                    individu; dan
          (b)     membolehkan Pihak Pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan atau
                    maklumat mengenai perkembangan-perkembangan baru untuk mendapat ulasan dan
                    pandangan Pihak Pekerja sebelum dibawa  untuk keputusan Kerajaan.
      KEAHLIAN

      4.     Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Sokongan adalah terdiri daripada 45 orang ahli yang mengandungi:
       

        (a)     15 orang Pihak Pegawai; dan
        (b)     30 orang Pihak Pekerja.
      5.     Ahli-ahli Pihak Pegawai terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia atas jawatan masing-masing.

      6.     Ahli-ahli Pihak  Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli Kesatuan-kesatuaan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang dipilih di Konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Sokongan.

      7.     Konvensyen yang tersebut di dalam perkara 6 hendaklah dikelolakan oleh Pihak Pekerja berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang disediakan oleh Pihak Pekerja dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam selepas berunding dengan Kementerian Sumber Manusia.

                         
      8.     Peraturan-peraturan yang dimaksudkan di dalam perkara 7 hendaklah, di antara lain, memperbekalkan:
       
          (i)     tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan Kerajaan yang berdaftar dengan
                  pihak Pendaftar yang berkenaan hendaklah dibenar menghantar seorang wakil Ke
                  konvensyen tersebut. (Persatuan Kakitangan yang dimaksudkan ialah Persatuan-persatuan
                  yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang
                  tidak dapat atau tidak boleh menubuh kesatuan-kesatuan sekerja disebabkan larangan
                  undang-undang atau kepentingan perkhidmatan); dan
          (ii)    tiap-taip Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan Kerajaan hendaklah dibenar
                  menghantar seorang wakil bagi tiap-tiap 5OO orang ahli yang  pertama dan seorang wakil
                  tambahan bagi setiap 500 orang ahli di atas bakinya. Ahli-ahli berkenaan adalah yang telah
                  membayar yuran mengikut Laporan Tahunan yang lalu yang disiarkan oleh pihak Pendaftar
                  yang berkenaan. Wakil-wakil tambahan ini akan dibenar mengarnbil bahagian dalam
                  Konvensyen tersebut hanya selepas menjelaskan pembayaran yang tertentu dan didaftar
                  oleh pihak pengelola.


      9.     Bagi maksud Pekeliling ini, pegawai-pegawai Kerajaan di dalam Kumpulan Sokongan yang tergolong di bawah klasifikasi berikut adalah dianggap sebagai pekerja-pekerja Sains dan Teknologi, iaitu:
       

        (i)     Pengangkutan
        (ii)     Sains
        (iii)     Sistem Maklumat
        (iv)     Kejuruteraan
        (v)     Penyelidikan dan Pembangunan
        (vi)     Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
              (vii)     Perubatan dan Kesihatan

      PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

      10.     Pengerusi Majlis ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Bagi mana-mana mesyuarat yang
      telah dipanggil tetapi tidak dapat dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tugas Pengerusi adalah
      diambilalih oleh  Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Naib Pengerusi hendaklah terdiri
      daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja dan beliau juga merupakan Pengerusi kepada Pihak Pekerja.

      11.     Kedua-dua pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripada ahlinya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.

      MESYUARAT- MESYUARAT

      12.     Mesyuarat Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa dengan dipanggil  oleh Pengerusi, sekurang- kurangya, sekali setahun.

      13.     Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar
      oleh Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada empat belas hari sebelum
      tarikh  mesyuarat.

      14.     Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasuki dengan kebenaran Pengerusi dan persetujuan Naib Pengerusi.

      15.     Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai.

      16.     Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 8 orang ahli Pihak Pegawai dan 15 orang ahli Pihak Pekerja.

      JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

      17.     Majlis boleh melantik Jawatankuasa-jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain yang mempunyai kelayakan atau pengalaman, atau kedua-duanya, untuk membantu jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.

      Surat Pekeliling