KERAJAAN
SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2000
PEMBERIAN
PENINGKATAN GAJI 10% KEPADA
ANGGOTA
PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH
JAWATANKUASA
KABINET
TUJUAN
1.
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan memberi
Peningkatan Gaji 10% mulai 1 Januari 2000 kepada anggota perkhidmatan awam
Persekutuan di bawah syarat perkhidmatan Laporan Jawatankuasa Kabinet(JKK)
1997.
TAFSIRAN
2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, istilah berikut mempunyai erti seperti di bawah ini-
"anggota" ertinya seseorang yang tidak memilih tawaran Sistem Saraan Baru
dan kekal di bawah syarat-syarat
perkhidmatan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976"
"Gaji Jawatankuasa Kabinet" ertinya Matagaji dalam tanggagaji Jawatankuasa Kabinet;
"Gaji Pokok Hakiki" ertinya Matagaji dalam tanggagaji Jawatankuasa Kabinet;
"Pelarasan Gaji" ertinya perubahan gaji berikutan daripada kenaikan gaji
yang berkuasa pada 1 Januari 2000
kepada anggota perkhidmatan Sistem Saraan Baru; dan
"Peningkatan Gaji 10%" ertinya pemberian peningkatan gaji 10% daripada
jumlan Gaji Pokok Hakiki
Jawatankuasa Kabinet dan Pemberian Pendahuluan Kenaikan Gaji 8% mengikut
Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 1 Tahun 1992.
PELAKSANAAN
Peningkatan Gaji
3. Peningkatan Gaji 10% tidak diberi kepada-
a. anggota yang dikenakan tindakan tataterib dengan hukuman
buang
kerja yang berkuatkuasa pada atau
selepas 1 Januari 2000 sehingga tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini; dan
b. anggota yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2000.
4. Peningkatan Gaji 10% hendaklah diberi kepada semua anggota yang sedang berkhidmat pada 1 Januari 2000 termasuk mereka yang berada dalam keadaan seperti berikut-
a. dipinjam atau ditukar sementara ke agensi
Kerajaan, Peningkatan Gaji 10% hendaklah diselaraskan secara
isyarat oleh Ketua Jabatan. Pelarasan Gaji hendaklah mengikut gaji
pinjaman atau pertukaran sementara
seperti di perenggan 5 Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 8 Tahun 2000.
b. cuti bergaji penuh, Peningkatan Gaji 10% dibayar sepenuhnya; dan
c. cuti separuh gaji, Peningkatan Gaji 10% dibayar separuh; dan
d. cuti tanpa gaji, Peningkatan Gaji 10% hendaklah
dibuat secara isyarat. Anggota berkenaan dibayar
Peningkatan Gaji 10% apabila kembali bertugas.
5. Anggota yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2000 layak diberi Peningkatan Gaji 10%. Ketua Jabatan terakhir di mana anggota ditempatkan hendaklah bertanggungjawab terhadap pembayaran tunggakan.
6. Peningkatan Gaji 10% akan terus dibayar sehingga anggota berkenaan-
a. dinaikkan pangkat dan dimasukkan ke dalam skim
perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB) mengikut
perenggan 4.4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991; atau
b. ditukar lantik ke dalam skim perkhidmatan SSB; atau
c. bersara daripada perkhidmatan Kerajaan.
7.
Pemberian Peningkatan Gaji 10% ini adalah dibuat secara berasingan daripada
Gaji JKK dan ianya tidak mengubah struktur tanggagaji yang sedia ada. Syarat
perkhidmatan JKK seperti tempoh percubaan, tarikh kenaikan gaji, sekatan
peperiksaan dan sekatan kecekapan yang sedang berkuatkuasa juga tidak berubah.
Kaedah Perkiraan
8. Pemberian Peningkatan Gaji 10% dikira mengikut formular berikut-
(Gaji Pokok Hakiki + PPKG*8%) x 10%
Pembayaran Pemberian Pendahuluan Kenaikan Gaji (PPKG) 8% pada hakikatnya telah dilaksanakan mengikut perenggan 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1992. Empat contoh kaedah perkiraan Peningkatan Gaji 10% yang mengambilkira PPKG 8% di mana yang berkaitan adalah seperti di Lampiran A.
9. Anggota yang tarikh kenaikan gaji tahunan ialah 1 Januari 2000 hendaklah diberi kenaikan gaji terlebih dahulu sebelum diberi Peningkatan Gaji 10%. Contoh kaedah perkiraan adalah seperti di Lampiran B.
10.
Anggota yang tarikh kenaikan gaji tahunan selepas 1 Januari 2000, amaun
pemberian Peningkatan Gaji 10% yang diterima akan berubah pada tarikh kenaikan
gaji tahunan tersebut. Contoh kaedah perkiraan adalah seperti di Lampiran
D.
Elaun dan Kemudahan
11. Peningkatan Gaji 10% di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini, tidak mengubah elaun dan kemudahan di bawah JKK. Walau bagaimanapun, lingkungan gaji bagi penetapan kelayakan beberapa elaun dan kemudahan yang berasaskan gaji hendaklah mengambilkira Gaji Pokok Hakiki, PPKG 8% dan Peningkatan Gaji 10%. Lingkungan gaji baru bagi elaun dan kemudahan yang terlibat adalah seperti di Lampiran D.
12. Peningkatan Gaji 10% ini tidak mengubah elaun dan kemudahan yang diterima oleh anggota yang berkhidmat di luar negeri.
13.
Dalam proses pemberian Peningkatan Gaji 10% ini, sebarang hukuman yang
dikenakan oleh pihak Berkuasa Tatatertib sebelum tarikh Pekeliling Perkhidmatan
ini yang melibatkan elaun anggota hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.
Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
14.
Bagi anggota yang mencarum keapda Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, caruman
mereka hendaklah mengambilkira pemberian Peningkatan Gaji 10% ini.
Faedah Persaraan
15.
Bagi anggota yang bersara pada atau selepas 2 Januari 2000, bayaran pencen,
ganjaran dan wang tunai sebagai gantian cuti rehat di bawah undang-undang
pencen hendaklah berasaskan jumlah Gaji Pokok Hakiki bersama dengan PPKG
8% mengikut Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1992 dan Peningkatan Gaji 10% ini.
TARIKH KUATKUASA
16.
Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2000.
PEMAKAIAN
17.
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling
Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan
Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PEMBATALAN
18. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini-
a. Perenggan 1.1 dan 2.1, Lampiran C Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1980,
dan
b. perenggan 4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun
1987 adalah dibatalkan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
( TAN SRI
DATO' SAMSUDIN BIN OSMAN )
Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
Malaysia.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
15 Mei 2000
Semua Ketua
Setiausaha Kementerian
Semua Ketua
Jabatan Persekutuan
Semua Y.B.
Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak
Berkuasa Berkanun
Semua Pihak
Berkuasa Tempatan