JPA (S) 81/7/9-211/Klt.2/(12) Siri No 3166
KERAJAAN SERl PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
_____________
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1992
_____________
PEMBERIAN PENDAHULUAN KENAIKAN GAJI 8% BAGI
ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG TIDAK
MEMILIH TAWARAN SARAAN BARU
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk:
1.1 memaklumkan keputusan Kerajaan meneruskan pembayaran pendahuluan kenaikan gaji 8%
kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak memilih Sistem Saraan Baru berkuatkuasa
mulai 1 Januari 1992; dan1.2 menetapkan kaedah pelaksanaannya.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan telah memutus dan melaksanakan pemberian pendahuluan kenaikan gaji 8 % atas gaji pokok hakiki mulai 1 Januari 1989 hingga 31 Disember 1991 kepada semua anggota perkhidmatan awam yang tidak mendapat faedah penyusunan semula struktur perkhidmatan seperti dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1991. Kaedah penetapan pemberian pendahuluan ini adalah mengikut huraian di perenggan 3 kepada Pekeliling Perkhidmatan tersebut.
KEPUTUSAN KERAJAAN
3. Selanjutnya, Kerajan telah memutuskan bahawa :
3.1 anggota perkhidmatan awam yang tidak memilih tawaran Sistem Saraan Baru dan sudahpun
menikmati faedah pemberian pendahuluan kenaikan gaji 8% atas gaji pokok hakikinya akan terus
menerima faedah tersebut;3.2 anggota perkhidmatan awam yang terus kekal di bawah syarat-syarat perkhidmatan Laporan JKK 1976
dan kemudian itu menikmati faedah melangkah untuk peningkatan yang diperuntukkan dalam skim-skim
perkhidmatan yang terlibat dalam urusan penyusunan semula perkhidmatan, adalah tidak layak menerima
pemberian pendahuluan ini mulai daripada tarikh peningkatan itu, sekiranya faedah peningkatan itu
melebihi 8% kenaikan3.3 anggota perkhidmatan awam yang terus kekal di bawah syarat-syarat perkhidmatan Laporan
JKK 1976 akan tetapi berpindah ke Sistem Saraan Baru menurut peruntukan perenggan 44
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 adalah tidak layak menerima pemberian pendahuluan
ini, mulai daripada tarikh perpindahan tersebut ; dan3.4 anggota perkhidmatan awam yang telah memilih tawaran Sistem Saraan Baru tidak layak
menerima pemberian pendahuluan ini kerana struktur gaji Sistem Saraan Baru telah
mengambilkira kenaikan gaji sekurang-kurangnya 8%.
PELAKSANAAN
Anggota Perkhidmatan Awam Yang Layak
4. Pendahuluan kenaikan gaji 8% hanya diben kepada anggota perkhidmatan awam yang bertaraf tetap yang
tidak memilih tawaran Sistem Saraan Baru dan sudah pun menerima faedah pendahuluan kenaikan gaji mengikut puruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 19915. Anggota tetap adalah ditafsirkan sebagai mereka yang dilantik ke jawatan tetap temasuk mereka yang dalam percubaan, tukar sementara dan pinjaman. Anggota berkenaan akan terus menerima pendahuluan kenaikan gaji 8%
ini mulai 1 Januari 1992 sehingga anggota dinaikkan pangkat,tukar lantik atau bersara.
Anggota Yang Tidak Layak
6. Selain daripada anggota perkhidmatan awam yang dinyatakan di perenggan 3.2, 3.3 dan 3.4 pendahuluan
kenaikan gaji ini tidak diberi kepada:6.1 anggota perkhidmatan awam bertaraf tetap yang telah meletak jawatan atau dibuang kerja
selepas 1 Januari 1992 ;6.2 anggota bertaraf tetap yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah
dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan tujuan buang kerja; dan6.1 anggota bertaraf sementara, kontrak, sangkut, sambilan yang telah mendapat faedah
pelarasan gaji mengikut peruntukan perenggan 46 dan 47 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9
Tahun 1991.
Perkiraan
7. Perkiraan pemberian pendahuluan kenaikan gaji 8% dibuat berdasarkan gaji pokok hakiki anggota seperti
di LAMPIRAN.8. Bagi anggota yang tarikh kenaikan gajinya jatuh pada 1 Januari 1992, pemberian pendahuluan kenaikan gaji
8% ini adalah berdasarkan kepada gaji pokok hakiki selepas diberi kenaikan gaji tahunan.9. Perubahan gaji pokok hakiki yang berlaku selepas 1 Januari 1992 melalui kenaikan gaji tahunan akan mengubah amaun pemberian pendahuluan ini mulai tarikh perubahan gaji tersebut.
10. Pemberian pendahuluan kenaikan gaji 8% ini dibuat secara berasingan tanpa mengubah struktur tanggagaji yang sedia ada. Ia juga tidak mengubah syarat-syarat perkhidmatan seperti tempoh percubaan, tarikh kenaikan gaji,sekatan peperiksaan dan sekatan kecekapan, serta kelayakan elaun dan kemudahan sepertimana yang sedang berkuatkuasa.
Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
11. Bagi anggota yang mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, caruman mereka hendaklah mengambilkira pemberian pendahuluan kenaikan gaji 8% ini.
12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan
ini dipanjangkan kepada perkhidmatan-perkhidmatan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(HAJI ABDUL HALIM BIN ABDUL SALAM)
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam'
Malaysia.JABATAN PERKHIDMATAN AWAM,
MALAYSIA,
KUALA LUMPUR9 Mac 1992
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuans.k.
Semua Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun
Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan