LAMPIRAN
'D' hingga
'D3'. Huraian mengenai butiran Borang SKT
mengikut
tajuk tertentu adalah seperti berikut:
(i) Tugas Utama
(a)
Tugas Utama merupakan bidang kerja penting
yang menjadi tumpuan utama anggota dari
segi fikiran, masa, kepakaran, tenaga dan
penggunaan sumber lain berdasarkan jawatan
yang disandangnya.
(b)
Tugas Utama penting bagi menentukan jenis
dan tahap SKT seseorang anggota. Secara
umum Tugas Utama anggota JUSA adalah
tertumpu kepada perancangan, penggubalan
dan penilaian dasar dan strategi serta
penyelarasan dan penilaian pelaksanaan
program.
(c)
Anggota Kumpulan Pengurusan Tertinggi
(Gred Khas) mempunyai tugas utama dalam
bidang kepakaran mereka dari segi menerajui
penyelidikan, penemuan dan aplikasi dalam
bidang kepakaran masing-masing seperti
perbidanan dan sakitpuan, kejuruteraan,
senibina dan perakaunan.
(d)
Anggota Kumpulan Pengurusan dan
Profesional pada amnya mempunyai tugas
utama dalam bidang perancangan,
pelaksanaan, pengesanan dan penilaian
projek serta membantu penggubalan dasar
awam. Di antara contoh Tugas Utama
anggota kumpulan ini ialah merekabentuk
bangunan oleh Arkitek, pengurusan
pembinaan jalan raya oleh Jurutera Awam,
penyelidikan perhutanan oleh Pemelihara,
Hutan dan tugas pendidikan oleh anggota
Perkhidmatan Pendidikan.
(e)
Anggota Kumpulan Sokongan (1) pula
mempunyai Tugas Utama yang berkaitan
dengan kerja-kerja operasi, penyeliaan dan
penguatkuasaan. Di antara contoh Tugas
Utama bagi anggota Kumpulan ini ialah
pengutipan hasil cukai oleh Pegawai Kastam,
pemerosesan baucer oleh Pembantu Tadbir
Kewangan dan penyeliaan kerja di tapak
projek perumahan oleh Pembantu Teknik.
(f) Anggota Kumpulan Sokongan (II) mempunyai
Tugas Utama dalam pelaksanaan tugas
berbentuk fizikal dan rutin. Contoh Tugas
Utama bagi Kumpulan ini termasuklah
penghantaran surat dan mencari fail oleh
Pembantu Am Rendah, memandu kenderaan
oleh Pemandu, mengemudi bot oleh Jurumudi
dan tugas bantuan di wad oleh Atendan
Hospital.
(g) PYD dikehendaki menyenaraikan tidak lebih
dari 5 Tugas Utama.
(iii)
Sumber Di Bawah Kawalan
(a) Kebolehan dan keberkesanan PYD
melaksanakan tugasnya mengikut SKT
bergantung kepada sumber yang ada
padanya seperti kewangan, peralatan,
maklumat, bilangan dan kualiti personel serta
kebijaksanaannya mengurus dan
menggembleng sumber tersebut.
(b)
PYD dikehendaki mencatit secara ringkas
sumber di bawah kawalannya pada masa
penetapan SKT dibuat, untuk mengetahui
sama ada ianya memadai untuk membantu
PYD berkenaan mencapai SKT yang ditetapkan.
(iv)
SKT Yang Ditetapkan
SKT
yang ditetapkan hendaklah mempunyai ciri
berikut:
(vi)
Pencapaian Keria Sebenar Dalam Tahun Yang
Dinilai dan Ulasan Oleh PYD
Dalam
bulan Januari tahun yang berikutnya PYD
dikehendaki mencatitkan poncapaian kerja sebenar
setelah dibandingkan dengan SKT yang ditetapkan.
PYD hendaklah membuat ulasan sekiranya sasaran
kerjanya tidak tercapai. Segala tindakan susulan
yang perlu diambil bagi menyiapkan kerja yang
masih belum sempurna hendaklah dicatitkan. PYD
dikehendaki mencatitkan juga pencapaian kerja
sebenar dalam tahun yang dinilai setelah
berbincang dengan PPP.
17.11
Aktiviti penetapan SKT, kajian semula pertengahan tahun dan
penilaian
pencapaian penghasilan kerja sebenar sepanjang tahun penilaian
hendaklah
mengikut peranan dan jadual berikut:
Bil.
Peranan
Aktiviti
Tarikh
(i)
Ketua Jabatan
Penentuan matlamat,
Disember/Januari
strategi, rancangan
tahunan dan piawaian
jabatan
(ii)
Ketua Penentuan
program,
Disember/Januari
Cawangan/Unit projek, aktiviti dan
rancangan kerja
bahagian, cawangan dan
unit
(iii)
Urusetia
Mengedar borang SKT
Disember/Januari
kepada setiap anggota
(iv)
PYD/PPP
Penetapan SKT PYD
Januari
melalui perbincangan
berasaskan matlamat,
strategi, rancangan
tahunan dan piawaian
jabatan
(v)
PYD/PPP
Penilaian pencapaian
Jun/Julai
sebenar pertengahan
tahun dan kajian semula
SKT
(vi)
PYD/PPP
Penilaian pencapaian
Januari
hasil kerja sebenar (Tahun berikutnya)
sepanjang tahun
17.12
Borang SKT yang telah dilengkapkan hendaklah dilampirkan
kepada
borang penilaian prestasi sebagai LAMPIRAN
'B'.
Bahagian
VIII - Kegiatan dan Sumbangan
17.13
"Kegiatan dan Sumbangan" bermaksud penglibatan PYD dalam
aktiviti
sukarela di luar tugas rasmi jawatannya seperti sukan, pertubuhan
atau
sumbangan kreatif (misainya penulisan, kesenian dan penemuan) yang
memberi
faedah kepada organisasi, masyarakat atau negara.
17.14
Aspek ini diberi penekanan untuk menggalakkan anggota
Perkhidmatan
Awam bergiat cergas dalam aktiviti berkenaan supaya
mereka
berinteraksi dan menjalin hubungan erat sesama anggota
organisasi
Perkhidmatan Awam serta dengan masyarakat umum dan sektor
swasta,
selaras dengan konsep masyarakat penyayang dan Dasar
Persyarikatan
Malaysia.
17.15
Bagi memupuk dan menggalakkan daya kreatif dan inovatif di
kalangan
anggota Perkhidmatan Awam, anggota yang mempunyai kualiti ini
akan
diberi pengiktirafan sewajarnya. Daya kreatif dan inovatif ini tiada
batasannya
dan meliputi sebarang aktiviti, daya pemikiran dan daya cipta
yang
boleh menghasilkan keluaran barangan, perkhidmatan atau sistem
yang
memberi manfaat kepada masyarakat, bangsa dan negara. Di antara
bentuk
usaha kreatif ialah penemuan baru dalam bidang pengurusan,
pertanian,
peralatan, kimia dan teknologi. Kreativiti dan inovasi dalam
bidang
perkhidmatan dan sistem termasuklah teknik pembelajaran, sebaran
am
dan pengangkutan.
17.16
PPP dan PPK hendaklah memberi markah berasaskan peringkat
penglibatan,
iaitu sama ada di peringkat Negeri dan ke bawah atau di
peringkat
Negara/antarabangsa. Penentuan markah juga bergantung
kepada
bentuk dan tahap penglibatan, peranan yang dimainkan atau
jawatan
yang disandang. Pembahagian markahnya adalah seperti jadual di
bawah:
Peringkat
Penglibatan Pembahagian Markah
Mengikut
Tahap Penglibatan
Negeri
dan ke bawah
1,2,3,4
5,6,7,8
Negara/antarabangsa
4,5,6,7
8,9,10
17.17
Contoh kegiatan dan sumbangan yang dimaksudkan adalah seperti
berikut:
(i)
Kegiatan dan Sumbangan Dalam Pertubuhan Di Peringkat
Negeri
dan Ke Bawah Wurang Aktif. 1-4 markah; Aktif. 5-8
markah)
(a)
Seorang anggota yang menjadi Pengerusi
Persatuan lbu Bapa/Guru (PIBG) sebuah
sekolah dan terlibat secara aktif diberi 6
markah.
(b)
Menjadi ahli Jawatankuasa Induk PIBG
yang kurang aktif diberi 2 markah.
(c)
Ahli Jawatankuasa Kecil PIBG yang aktif
diberi 5 markah.
(ii)
Kegiatan dan Sumbangan Dalam Bidang Sukan di
Peringkat NegaralAntarabangsa (Kurang Aktit 4- 7
markah; Aktif. 8- 10 markah)
(a)
Seorang anggota yang mewakili negara
secara aktif di peringkat antarabangsa
seperti di pertandingan Piala Thomas atau
Olimpik dan berjaya mendapat salah satu
daripada 3 jenis pingat (emas, perak atau
gangsa) diberi 10 markah.
(b)
Seorang anggota yang mewakili negara di
peringkat wilayah seperti Sukan Asia
Tenggara secara aktif dan berjaya
mendlapat salah satu daripada 3 jenis pingat
(emas, perak atau gangsa) diberi 9 markah.
(c) Seorang anggota yang mewakili negara
dalam pertandingan di antara 2 buah
negara (seperti pertandingan di antara
Malaysia dengan Thailand) secara aktif
dan mendapat salah satu daripada 3
jenis pingat (emas, perak atau gangsa)
diberi 8 markah.
(d) Seorang anggota yang mewakili Jabatan
Kastam dan Eksais Di Raja dalam sukan
tahunan Jabatan Kastam Negara ASEAN
tetapi kurang aktif diberi 4 markah.
(iii)
Kegiatan dan Sumbangan Dalam Bidang Kreativiti
di Pelbagai Peringkat
(a)
Anggota yang menyumbangkan penulisan
sebuah buku yang penerbitan atau
pengedarannya di peringkat Negara atau
antarabangsa diberi 8 markah.
(b)
Anggota yang menyumbangkan sebuah
makalah ilmiah dalam sebuah jernal yang
penerbitan atau pengedarannya di peringkat
Negara atau antarabangsa diberi 6 markah.
(c)
Anggota yang menyumbangkan sebuah
penulisan makalah ilmiah dalam sebuah
penerbitan berkala yang penerbitan atau
pengedarannya dibuat di peringkat
jabatan/daerah/Negeri/perkhidmatan
diberi 3 markah.
(d)
Anggota yang menyumbangkan lima buah
penulisan makalah dalam sebuah
penerbitan berkala yang pengedarannya
dibuat di peringkat unit/bahagian/kampung/
taman perumahan diberi 6 markah.
17.18
Jika seseorang anggota itu terlibat dalam lebih dari satu kegiatan tetapi
dalam
kategori yang sama, maka markah akan diberi kepada kegiatan yang
boleh
menghasilkan markah yang tertinggi sahaja. Misalnya, seorang anggota
terlibat
secara aktif dalam tiga jenis sukan iaitu sebagai pemain takraw di
peringkat
bahagian, sebagai pemain bola sepak di peringkat Negeri dan
pemain
hoki di peringkat Negara. Beliau akan diberi markah untuk penglibatan
di
peringkat Negara sahaja (antara 8 hingga 10 markah).
17.19
Maksud "Kegiatan dan Sumbangan" di bahagian ini adalah sama bagi
semua
borang. Jumlah penglibatan yang lebih dari tiga dalam setiap jenis
kegiatan
dalam setahun dianggap sumbangan dan kegiatan yang "aktif".
"Penglibatan"
yang dimaksudkan itu termasuklah mesyuarat, perbincangan,
lawatan
dan lain-lain program persediaan yang ada kaitan dengan kegiatan
yang
dinyatakan.
Bahagian
IX - Penghasilan Kerja
17.20
"Penghasilan Kerja" ialah jumlah hasil pengeluaran atau agregat
'output'
oleh seseorang anggota merangkumi hasil kerja yang boleh diukur
dalam
bentuk kuantitatif dan kualitatif dalam tahun penilaian. Bahagian ini
adalah
yang terpenting dalam penilaian prestasi seseorang anggota kerana
ianya
berkaitan secara langsung dengan pencapaian objektif organisasi.
Aspek
ini juga mencerminkan kecekapan dan keberkesanan anggota
menggunakan
sumber yang ada dalam kawalannya. Oleh itu, PPP hendaklah
merujuk
kepada Borang SKT PYD semasa menilai aspek ini.
17.21
Aspek "Penghasilan Kerja" ini mengandungi 5 kriteria [kecuali Borang
JPA
(Prestasi) 3/96 dan 4/961 iaitu Kuantiti Hasil Kerja, Kualiti Hasil Kerja,
Keberkesanan
Kos, Ketepatan Masa dan Pelaksanaan Peraturan dan Arahan
Pentadbiran.
Pengukuran "Penghasilan Kerja" hendaklah dibuat berdasarkan:
(i) Kuantiti Hasil Kerja
(a) "Kuantiti Hasil Kerja" ialah unit keluaran atau
perkhidmatan
yang dihasilkan oleh
seseorang anggota dalam tahun yang dinilai
berbanding dengan kuantiti SKT yang
ditetapkan.
(b) Kriteria ini boleh diukur bagi keluaran
berbentuk fizikal dan perkhidmatan dengan
menggunakan pengukuran seperti jumlah,
bilangan, kadar, unit, berat, luas, panjang
dan ukuran isi padu. Maksud kriteria ini
sama untuk semua borang.
(ii) Kualiti Hasil Kerja
"Kualiti
Hasil Kerja" bererti tahap kualiti yang
dihasilkan
berbanding dengan tahap yang ditetapkan.
Penilaian
kriteria ini hendaklah juga berlandaskan
kepada
perkara berikut:
(a) Bagi keluaran kerja berbentuk fizikal, "Kualiti
Hasil Kerja" bermaksud tahap pencapaian
kualiti berbanding dengan piawaian kualiti
kerja yang ditetapkan. Sebagai contoh,
kualiti kerja seorang Jurutaip ialah hasil
menaip yang tiada sebarang kesilapan ejaan,
susunan baris dan perenggan yang teratur
serta kemas dan bersih. Bagi keluaran kerja
berbentuk perkhidmatan, kualiti kerja
bermaksud tahap pencapaian kualiti kerja
berbanding dengan ciri-ciri kualiti kerja yang
diharapkan sesuai dengan taraf dan gred
jawatan anggota berkenaan. Contohnya,
bagi seorang Jururawat yang bertugas di
wad, ciri kualiti kerjanya boleh diukur melalui
layanan yang mesra dan kesabaran terhadap
pesakit serta pelawat dan menjaga peraturan
kebersihan di wad.
(b) Penilaian hendaklah berasaskan ketepatan,
kesempurnaan, penerimaan, keberkesanan,
pencapaian objektif dan hubungkaitnya
dengan matlamat tugas. Bagi Borang JPA
(Prestasi) 3/96 dan 4/96, kualiti kerja juga
dinilai dari segi penjimatan kos.
(c) "Kualiti Hasil Kerja" juga perlu dikaitkan
dengan produktiviti, iaitu dapat memenuhi
kehendak pelanggan seperti perkhidmatan
yang cepat, cekap, berkesan, boleh
dipercayai, tiada kesilapan, bersopan-santun
dan mengutamakan keselamatan.
(iii) Keberkesanan Kos
(a) "Keberkesanan Kos" bermaksud kos sebenar
sumber yang digunakan bagi menghasilkan
keluaran barangan atau perkhidmatan
sebenar berbanding dengan sasaran kos dan
keluaran barangan atau perkhidmatan yang
ditetapkan.
(b)
Kos pengeluaran barangan atau
perkhidmatan boleh diukur dengan
menjumlahkan harga sumber yang
digunakan seperti kos saraan tenaga
manusia, peralatan dan kewangan
(pinjaman/faedah).
(c) Penghasilan kerja dari segi kos boleh
ditentukan melalui perbandingan di antara
kos sebenar yang diperuntukkan pada awal
tahun dan perbelanjaan sebenar pada
hujung tahun.
(d) Kriteria ini juga boleh digunakan untuk
menilai kecenderungan menjimatkan kos
yang ditunjukkan oleh seseorang anggota
semasa melaksanakan tugasnya.
(Kriteria ini tidak terdapat dalam Borang JPA
(Prestasi) 3196 dan 4196. la mempunyai
maksud yang sama bagi Borang JPA (Prestasi)
1196 dan 2196).
"Ketepatan
Masa" ialah kebolehan seseorang
anggota
melaksanakan tugas dalam tempoh
yang
ditetapkan. Kebolehan ini boleh dilihat
dari
segi kecekapan anggota menyiapkan kerja
yang
dipertanggungjawabkan kepadanya dan
kebolehan
merancang dan menjadualkan kerja
mengikut
keutamaan. Maksud kriteria ini sama
bagi
semua borang.
(v) Pelaksanaan Peraturan dan Arahan
Pentadbiran
"Peraturan dan Arahan Pentadbiran" termasuk
semua perintah, peraturan perkhidmatan dan
lain-lain peraturan atau arahan yang
dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke
semasa. Pada keseluruhannya penilaian bagi
kriteria ini ditumpukan kepada kebolehan
menghayati dan melaksanakan peraturan dan
arahan pentadbiran tersebut. Kesemua borang,
kecuali Borang JPA (Prestasi) 4/96, mempunyai
kriteria ini dengan kelainan maksud seperti
berikut:
Jenis
Borang
|
Penjelasan
|
JPA
(Prestasi) 1/96 dan
2/96
JPA
(Prestasi) 3/96
|
Kebolehan
menghayati dan
melaksanakan
dasar, peraturan
dan
arahan pentadbiran bagi
memaju
dan meningkatkan
prestasi
organisasi dan
Perkhidmatan
Awam.
Kebolehan
melaksanakan
peraturan,
arahan pentadbiran dan
prosedur
bagi memaju dan
meningkatkan
prestasi organisasi,
bahagian
atau unitnya, mana yang
berkenaan. |
Cara
Menilai Penghasilan Kerja Di Bahagian IX (Perenggan 1)
17.22
Berasaskan pencapaian kerja sebenar PYD berbanding dengan
sasaran
kerja yang direkodkan dalam Borang SKT, PPP hendaklah membuat
penilaian
pencapaian sebenar itu dengan menggunakan kriteria pengukuran
dalam
Bahagian IX (perenggan 1) borang laporan penilaian prestasi.
17.23
Semasa membuat penilaian ini dan memberi markah yang sesuai
bagi
tiap-tiap kriteria, PPP hendaklah mengambilkira perkara penting yang
telah
dibincangkan bersama dengan PYD semasa menetapkan SKT
terutamanya
mengenai sumber yang ada dan keupayaan melaksanakan
rancangan
yang telah ditetapkan dan juga perkara yang dibincangkan dalam
kajian
di pertengahan tahun.
Ulasan
Pencapaian Kerja Tahunan Sebenar Oleh PPP di Bahagian IX
(Perenggan
2)
17.24
PPP hendaklah sama ada mengesah atau menafikan ketepatan
kenyataan
PYD dalam Borang SKTnya serta memberi penjelasan yang perlu
bagi
tiap-tiap kriteria yang dinilai. Jika PPP bersetuju dengan kenyataan yang
dibuat
oleh PYD, maka ia hendaklah menyatakan persetujuannya dengan
memberikan
asas sokongannya itu. Sebaliknya jika ia tidak atau kurang
bersetuju
dengan catatan PYD, nyatakan sebabnya.
Bahagian
X - Pengetahuan dan Kemahiran
17.25
"Pengetahuan" ialah ilmu yang diperlukan oleh seseorang bagi
memahami
sesuatu tugas, keadaan dan persekitarannya. "Kemahiran" pula
bermaksud
kebolehan, kepandaian, pengalaman dan kecekapan yang
diperlukan
untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu. Aspek pengetahuan
dan
kemahiran ini merupakan pra syarat kepada pelaksanaan tugas dan
penghasilan
kerja yang ditetapkan.
17.26
Penilaian dibuat berdasarkan kepada:
(i) pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki terutama
yang boleh menyumbang kepada kecemerlangan
tugas;
(ii) kebijaksanaan menggunakan pengetahuan dan
kemahiran dalam melaksanakan tugasnya; dan
(iii) kesediaan serta kemampuan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran.
17.27
Dalam Borang JPA (Prestasi) 1/96 dan
2/96 aspek "Pengetahuan
dan
Kemahiran" mengandungi 7 kriteria penilaian iaitu Ilmu Pengetahuan
Dalam
Bidang Kerja, Kebolehan Mengelola, Kebolehan Membuat Keputusan,
Keberkesanan
Komunikasi, Kebolehan Menyelesai Masalah, Perspektif
Menyeluruh
dan penganalisisan. Borang JPA (Prestasi)
3/96 hanya
menggunakan
5 kriteria iaitu tidak termasuk Kriteria Perspektif Menyeluruh
dan
Penganalisisan, manakala Borang JPA (Prestasi)
4/96 pula hanya
mempunyai
3 kriteria iaitu llmu Pengetahuan Dalam Bidang Kerja,
Keberkesanan
Komunikasi dan Kebolehan Menyelesai Masalah.
(i)
Ilmu Pengetahuan Dalam Bidang Kerja
"Ilmu
Pengetahuan Dalam Bidang Kerja" ialah ilmu
yang
diperolehi secara formal dan tidak formal
serta
pengalaman yang diperolehi dalam bidang
kerja
untuk membolehkan seseorang anggota
melaksanakan
tugas. Pertimbangan istimewa
boleh
diberi kepada anggota yang memiliki
kebolehan
atau kelayakan tambahan yang dapat
memberi
sumbangan ke arah peningkatan
kecemerlangan
hasil kerjanya. Contohnya seorang
Pemandu
bukan sahaja layak dan boleh memandu,
tetapi
ia juga boleh memperbaiki kerosakan yang
kecil
dan mudah kenderaan yang dipandunya.
Maksud
kriteria ini sama bagi semua borang.
(ii) Kebolehan Mengelola
"Kebolehan Mengelola" bermaksud keupayaan
seseorang anggota menggembleng segala sumber
dalam kawalannya bagi mengatur, membahagi dan
mengendalikan sesuatu tugas. Borang JPA
(Prestasi) 4/96 tidak mempunyai kriteria ini tetapi
Borang JPA (Prestasi) 1/96, 2/96 dan 3/96
mempunyai kriteria ini dengan kelainan maksud
seperti berikut:
Jenis
Borang
|
Penjelasan
|
JPA
(Prestasi) 1/96 dan 2/96
JPA
(Prestasi) |
Kebolehan
merancang dan menggembleng
sumber
utama seperti tenaga manusia,
peralatan,
maklumat dan kewangan bagi
mencapai
objektif organisasinya dan
matlamat
Kerajaan dengan mengambilkira
persekitaran
yang berubah-ubah.
Kebolehan
mengatur, membahagi dan
3/96
mengendalikan tugas selaras dengan
tanggungjawabnya.
|
(iii)
Kebolehan Membuat Keputusan
"Kebolehan
Membuat Keputusan" merangkumi
(a)
Kebolehan meneliti dan menimbang
semua
fakta yang berkaitan dan
pendapat dari berbagai sudut dan
membuat
keputusan setelah
mengambilkira faktor latar belakang,
masalah serta kebaikan dan keburukan
sesuatu perkara.
(b)
Kebolehan membuat keputusan dengan
tegas
dan tepat selaras dengan matlamat
organisasi
dan peraturan yang ada dalam
tempoh
masa yang dikehendaki.
(C)
Kriteria ini terdapat dalam semua borang,
kecuali Borang JPA (Prestasi) 4/96.
Kelainan maksud kriteria ini mengikut
borang tertentu adalah seperti jadual
berikut:
Jenis
Borang
|
Penjelasan
|
JPA
(Prestasi) 1/96
JPA
(Prestasi) 2/96
JPA
(Prestasi) 3/96 |
Kebolehan
membuat keputusan
selaras
dengan objektif organisasi,
bidang
profesion dan
perkhidmatannya,
dasar dan matlamat
Kerajaan
dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Kebolehan
membuat keputusan
selaras
dengan objektif organisasi
dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
Kebolehan
membuat keputusan
selaras
dengan keperluan tugas dan
tanggungjawabnya
dalam tempoh
masa
yang ditetapkan. |
(iv) Keberkesanan
Komunikasi
"Keberkesanan
Komunikasi" ialah kebolehan
mewujudkan
kefahaman serta menyampaikan
maksud,
pendapat atau arahan secara lisan dan
tulisan
berkaitan dengan bidang tugas. Kebolehan ini
merangkumi
penguasaan bahasa melalui tulisan dan
lisan
dengan menggunakan tatabahasa dan
persembahan
yang baik. Kriteria ini terkandung
dalam
semua borang walaupun terdapat kelainan dari
segi
maksud yang dapat dilihat seperti berikut:
Jenis
Borang
|
Penjelasan
|
JPA
(Prestasi) 1/96
JPA
(Prestasi) 2/96
JPA
(Prestasi) 3/96 |
Kebolehan
dan keberkesanan
mewujudkan
kefahaman mengenai dasar,
matlamat
dan strategi organisasinya bagi
memupuk
semangat kerjasama,
kesungguhan
dan dedikasi di segenap
lapisan
pegawai selaras dengan objektif
organisasi
dan matlamat Negara.
Kebolehan
dan keberkesanan
mewujudkan
kefahaman mengenai dasar,
matlamat
dan strategi organisasinya bagi
memupuk
semangat kerjasama,
kesungguhan
dan dedikasi di segenap
lapisan
pegawai selaras dengan objektif
organisasi.
Kebolehan
menyampaikan maksud
secara
lisan dan tulisan dalam memberi
arahan
dan pendapat serta membantu
mewujudkan
kefahaman mengenai dasar,
matlamat
dan strategi organisasinya.
JPA
(Prestasi) 4/96 Kebolehan menyampaikan maksud,
pendapat
dan arahan secara lisan dan
tulisan. |
(v)
Kebolehan Menyelesai Masalah
"Kebolehan
Menyelesai Masalah" bermaksud:
(a) Kebolehan menyelesai masalah dengan
meneliti dan mengambilkira semua fakta
dan pendapat yang berkaitan secara lojik
dan praktis.
(b) Kebolehan membuat keputusan sesuai
dengan matlamat tugas dan taraf jawatan
anggota dalam semua keadaan.
(c) Kriteria ini terdapat dalam semua borang
dengan kelainan dari segi maksud seperti
jadual berikut:
Jenis
Borang
|
Penjelasan
|
JPA
(Prestasi) 1/96
JPA
(Prestasi) 2/96
JPA
(Prestasi) 3/96 dan 4/96 |
Kebolehan
mengenalpasti masalah di
peringkat
organisasi dan Negara serta
mengemukakan
pelbagai alternatif
dan
menyelesaikannya secara
berkesan
berdasarkan kepakaran
dalam
bidang profesionnya.
Kebolehan
mengenalpasti masalah
serta
mengemukakan pelbagai
alternatif
dan menyelesaikannya
secara
berkesan.
Kebolehan
mengenalpasti dan
menyelesaikan
masalah.
|
(vi)
Perspektif Menyeluruh
"Perspektif
Menyeluruh" bermaksud
kebolehan
melihat sesuatu masalah atau isu
secara
menyeluruh dari perspektif yang
lebih
tinggi serta berupaya memberi
perhatian
kepada perkara penting mengikut
keutamaan
semasa mengambil sesuatu
tindakan.
Kebolehan ini juga meliputi
keupayaan
anggota melihat sesuatu isu dari
pelbagai
sudut dan menyesuaikan sesuatu
perkara
dengan pantas mengikut perubahan
dan
kehendak persekitaran semasa dan
masa
hadapan.
(Kriteria
ini terdapat dalam Borang JPA
(Prestasi)
1/96 dan 2/96 dengan penjelasan
maksud
yang sama tetapi ianya tidak
diperuntukkan
dalam Borang JPA (Prestasi)
3/96
dan 4/96).
"Penganalisisan"
bermaksud kebolehan
dan
keupayaan meneliti, mentafsir dan
mencerakin
masalah, fakta, situasi,
kejadian
dan arah aliran kepada bentuk
yang
mudah dan reaiistik serta
mengemukakan
cadangan tindakan yang
sesuai
dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
(Kriteria
ini terdapat dalam Borang JPA
(Prestasi) 1/96 dan 2/96 yang mempunyai
penjelasan maksud yang sama tetapi ia
tidak diperuntukkan dalam Borang JPA
(Prestasi) 3/96 dan 4/96).
Bahagian
XI - Kualiti Peribadi
17.28
"Kualiti Peribadi" bermaksud sifat dan nilai diri seseorang anggota
yang
menyumbang kepada pencapaian prestasinya. Kualiti peribadi
merupakan
asas atau pendorong kepada perlakuan positif di dalam
pelaksanaan
dan penghasilan kerja serta boleh menjadi benteng diri
daripada
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan dan nilai
yang
ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam.
17.29
Penilaian aspek "Kualiti Peribadi" ini boleh dibuat melalui:
(i)
pengamatan terhadap PYD dalam menerima dan melaksanakan
tugasnya serta semasa berhubung dengan semua pihak yang
ada hubungkait dengan tugas rasminya; dan
(ii)
maklumbalas yang diperolehi daripada mana-mana pihak
seperti anggota atasan, rakan sejawat, anggota bawahan serta
kumpulan pelanggan yang mempunyai hubungan rasmi dengan
PYD.
17.30
Sifat dan nilai yang tergolong di bawah aspek ini ialah
kepemimpinan,
integriti, ikram, adil dan saksama, disiplin, proaktif, kreatif dan
inovatif,
kebolehan menghadapi cabaran dan iltizam.
"Kepemimpinan"
bermaksud kebolehan menggerak dan
memberi
dorongan kepada anggota ke arah pencapaian objektif
organisasi,
mempunyai wawasan dan kualiti peribadi murni
yang
boleh diteladani serta berkebolehan membuat keputusan
dengan
tegas, tepat dan teliti.
(Pada
keseluruhannya maksud kriteria ini adalah sama bagi
semua
borang, kecuali Borang JPA (Prestasi) 4/96 di mana
kriteria
ini tidak dimasukkan).
(ii)
Integriti
"Integriti"
bermaksud sifat jujur dan amanah, tidak
menyalahgunakan
kuasa dan kedudukan serta berakhlak mulia.
(Pengertian
ini dipakai bagi Borang JPA (Prestasi) 1/96 hingga
3/96
tetapi bagi Borang JPA (Prestasi) 4/96 elemen ini
dimasukkan
di bawah kriteria "Kebolehpercayaan").
(iii)
Ikram, Adil dan Saksama
"Ikram,
Adil dan Saksama" bermaksud mempunyai sifat
penyayang,
bertimbangrasa, adil semasa melaksanakan tugas,
mesra
dalam memberikan layanan dan memahami serta sensitif
terhadap
masalah yang dihadapi oleh semua pihak dalam dan
luar
organisasi.
(Pada
keseluruhannya maksud kriteria ini sama bagi semua
borang,
kecuali Borang JPA (Prestasi) 4/96 yang menggunakan
istilah
"Perawakan Diri" yang meliputi perangai, gaya berbicara
dan
bersopan).
(iv)
Disiplin
"Disiplin"
bererti kebolehan mengawal diri dari segi mental dan
fizikal
supaya lebih bertanggungjawab, tertib, mematuhi
undang-undang
dan peraturan, menepati janji, sabar dan
kemas.
(Pada
amnya maksud kriteria ini sama bagi semua borang
kecuali
Borang JPA (Prestasi) 4/96 di mana unsur disiplin
dimasukkan
dalam kriteria "Disiplin Diri" yang bermaksud
"kepatuhan
kepada undang-undang, peraturan dan arahan
serta
cara berpakaian dan kebersihan").
(v)
Proaktif, Kreatif dan Inovatif
(a)
"Proaktif, Kreatif dan Inovatif" bermaksud kebolehan
menjangka kemungkinan, mencipta serta mengeluarkan
idea baru dan membuat pembaharuan bagi
mempertingkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
(b)
Kriteria ini terdapat dalam Borang JPA (Prestasi) 1/96
hingga 3/96 tetapi tidak diperuntukkan di dalam Borang
JPA (Prestasi) 4/96. Maksud kriteria ini sama dalam
borang berkenaan kecuali dari segi liputan dan
pemakaiannya seperti dalam jadual berikut:
Jenis
Borang
|
Penjelasan
|
JPA
(Prestasi) 1/96
JPA
(Prestasi) 2/96
JPA
(Prestasi) 3/96 |
Kebolehan
menjangka, mengambil langkah
awalan,
melahirkan idea baru serta
pembaharuan
yang sesuai dan berguna
bagi
pencapaian objektif profesion dan
organisasinya
dan matlamat Negara.
Kebolehan
menjangka, mengambil langkah
awalan,
melahirkan -idea baru serta
pembaharuan
yang sesuai dan berguna
bagi
pencapaian objektif organisasi.
Kebolehan
menjangka dan mengambil
langkah
awalan bagi menjayakan sesuatu
tugasan,
kebolehan melahirkan idea baru
serta
membawa pembaharuan dalam
organisasinya
|
"Semangat
Kerjasama" bermaksud kebolehan anggota
membentuk
dan menjalin hubungan dan kerjasama yang
baik
sama ada dengan anggota. atasan, rakan sejawat
dan
anggota bawahan dalam organisasinya.
(vii)
Iitizam
"Iltizam"
atau komitmen bermaksud kesungguhan dan
semangat
yang tinggi serta azam yang kuat bagi
melaksanakan
tugas tanpa memperhitungkan masa dan
tenaga
serta boleh diharap untuk menyelesaikan masalah
dan
tugas yang diberikan dengan jayanya.
(Pada
amnya maksud kriteria ini sama bagi semua
borang
kecuali Borang JPA (Prestasi) 4/96 di mana unsur
ini
dimasukkan di bawah kriteria "Bertanggungjawab").
(viii)
Kebolehan Menghadapi Cabaran
(a) "Kebolehan Menghadapi Cabaran" bermaksud
kemampuan menghadapi dan mengatasi berbagai
masalah, rintangan, dugaan dan cabaran dalaman
dan luaran organisasi dengan gigih dan tabah
serta sanggup menghadapi risiko dalam
menjalankan tugasnya.
(b) Kriteria ini terdapat dalam Borang JPA (Prestasi)
1/96 hingga 3/96 tetapi tidak diperuntukkan dalam
Borang JPA (Prestasi) 4/96. Maksud kriteria ini
sama dalam borang berkenaan kecuali dari segi
liputan pemakaiannya seperti yang dijelaskan
dalam jadual berikut:
Jenis
Borang
|
Penjelasan
|
JPA
(Prestasi) 1/96
dan
JPA 2/96
JPA
(Prestasi) 3/96 |
Kemampuan
menghadapi serta mengatasi
(Prestasi)
cabaran dalaman dan luaran organisasi dan
Negara
dalam persekitaran yang berubah ubah.
Kemampuan
menghadapi dan mengatasi
cabaran
berkaitan dengan tugas. |
Bahagian
XII - Jalinan Hubungan
dan Kerjasama
17.31
"Jalinan Hubungan dan Kerjasama" bermaksud kebolehan,
kebijaksanaan
dan keberkesanan anggota mewujudkan suasana hubungan
dan
kerjasama yang mesra dengan lain-lain anggota di dalam dan di luar
organisasi.
Sifat ini dapat membantu dan memudahkan anggota mencapai
objektif
organisasi dan matlamat Negara. Penilaian ke atas kriteria ini boleh
dibuat
berasaskan:
(i)
kewujudan semangat kekitaan dan kerjasama yang harmoni
di dalam organisasi dengan anggota atasan, rakan sejawat
dan anggota bawahan;
(ii)
kewujudan jalinan hubungan yang rapat di antara anggota
dengan pihak lain termasuk kumpulan pelanggan, organisasi
dan pegawai agensi lain; dan
(iii) kebolehan atau keupayaan anggota menjalankan tugas
perundingan.
(Pada amnya maksud kriteria ini sama dari segi
pemakaiannya bagi Borang JPA (Prestasi) 1/96 dan 2/96,
tetapi ia tidak terdapat dalam Borang JPA (Prestasi) 3/96
dan 4/96).
Jumlah
Markah Keseluruhan
[Bahagian
XIII Borang JPA (Prestasi)
1/96 & 2/96]
[Bahagian
XII Borang JPA (Prestasi)
3/96 & 4/96]
17.32
Dalam mencatitkan markah keseluruhan ini, PPP dan PPK
hendaklah
menjumlahkan kesemua markah daripada Bahagian VIII hingga
XII
[bagi Borang JPA (Prestasi) 1/96 dan 2/96] dan Bahagian VIII hingga XI
[bagi
Borang JPA (Prestasi) 3/96 dan 4/96]. Jumlah markah keseluruhan ini
akan
membantu PPP dan PPK membuat syor pergerakan gaji, kenaikan
pangkat,
kursus dan penganugerahan bintang dan pingat serta pemberian
penghargaan.
Perakuan
Pergerakan Gaji
[Bahagian
XIV Borang JPA (Prestasi) 2/96]
[Bahagian
XIII Borang JPA (Prestasi) 3/96 & 4/96]
17.33
Syor pergerakan gaji PYD oleh PPP dan PPK hendaklah
didasarkan
kepada markah keseluruhan yang diperolehi oleh PYD. PPP dan
PPK
hendaklah menandakan (./) dalam petak yang sesuai berdasarkan
kepada
jenis pergerakan gaji dan peratusan markah seperti yang ditetapkan
dalam
jadual di perenggan 20.70(iii).
17.34
Peratusan markah untuk setiap aspek boleh dikira berdasarkan
kepada
formula yang disediakan bagi tiap-tiap aspek yang berkenaan
ataupun
menggunakan sifir yang terdapat di LAMPIRAN
'E'.
Kesesuaian
Kenaikan Pangkat, Penganugerahan Darjah
Kebesaran
dan Pemberian Penghargaan
[Bahagian
XIV Borang JPA (Prestasi) 1/96, 3/96 & 4/96]
[Bahagian
XV Borang JPA (Prestasi) 2/96]
Kesesuaian
Kenaikan Pangkat
17.35
PPP dan PPK dikehendaki menilai kesesuaian kenaikan pangkat
PYD
berasaskan 3 peringkat perakuan iaitu:
(i) berkebolehan
dan berkeupayaan sangat tinggi serta sesuai
dinaikkan pangkat secara keutamaan. Bagi anggota dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Pengurusan