17.36 PPP boleh mengesyorkan di ruangan yang disediakan, jenis penganugerahan darjah kebesaran dan pemberian penghargaan yang sesuai dengan tahap prestasi dan gred jawatan anggota sama ada dari Kerajaan Persekutuan, Negeri atau pertubuhan.
17.37
PPK hendaklah membuat ulasan jika perlu terhadap syor PPP
mengenai
kesesuaian kenaikan pangkat dan penganugerahan darjah
kebesaran
serta pemberian penghargaan.
Rancangan
Kemajuan Kerjaya
[Bahagian
XV Borang JPA (Prestasi) 1/96, 3/96 dan 4/96]
[Bahagian
XVI Borang JPA (Prestasi) 2/96]
17.38
Bagi anggota yang sesuai dengan bidang kerja dan penempatan
sekarang,
PPP hendaklah mencadangkan jenis latihan atau kursus yang
boleh
mempertingkatkan lagi prestasi PYD seperti kursus lanjutan sama ada
jangka
pendek atau jangka panjang yang berkaitan dengan kerjanya. Di
samping
itu PPP boleh juga mencadangkan pemerkayaan kerja (job
enrichment),
perluasan kerja (job enlargement), pusingan kerja (job rotation)
dan
pengubahsuaian rekabentuk kerja (job redesign) kepada PYD di mana
sesuai.
17.39
Sekiranya PYD didapati kurang sesuai dengan penempatan dan
bidang
kerjanya, PPP hendaklah mengenalpasti sebabnya dan
mencadangkan
supaya PYD diberi latihan atau kursus asas dalam bidang
berkaitan
dengan kerja termasuk kursus pembinaan dan pembangunan sikap
yang
positif, jika perlu. PPP hendaklah juga mengesyorkan penempatan dan
bidang
kerja yang sesuai dengan PYD atau secara pengubahsuaian kerja
seperti
yang tersebut di atas mengikut pengalaman, kemahiran dan minat
PYD.
Ulasan
Keseluruhan dan Tanggungjawab Memberitahu Prestasi
Anggota
[Bahagian
XVI Borang JPA (Prestasi) 1/96, 3/96 dan 4/96]
[Bahagian
XVII Borang JPA (Prestasi) 2/96]
17.40
PPP hendaklah membuat ulasan pencapaian prestasi kerja PYD
secara
keseluruhan. Di samping itu PPP juga bolehlah mencatitkan apa-apa
ulasan
yang tidak diliputi di dalam laporan penilaian prestasi anggota seperti
kualiti
istimewa PYD atau sebaliknya yang ada kaitan dengan kemajuan
kerjaya
dan perancangan tenaga manusia dalam organisasi.
17.41
Pemberitahuan mengenai tahap prestasi keseluruhan PYD serta
cadangan
meningkatkan prestasi mereka hendaklah dicatitkan di ruangan
yang
disediakan. PPP hendaklah juga mencatitkan reaksi PYD setelah diberitahu
mengenai pencapaian prestasi mereka.
Ulasan
Keseluruhan oleh PPK
[Bahagian
XVII Borang JPA (Prestasi) 1/96; 3/96 dan 4/96]
[Bahagian
XVIII Borang JPA (Prestasi) 2/96]
17.42
PPK hendaklah membuat ulasan keseluruhan mengenai prestasi
PYD
dan penilaian yang telah dibuat. PPK juga boleh mencatitkan perkara
lain
yang ada hubungan dengan prestasi dan kualiti peribadi PYD yang tidak
diliputi
oleh laporan penilaian prestasi yang dibuat oleh PPP.
Catitan/Ulasan
oleh Pengerusi PPG (jika per1u)
[Bahagian
XIIX Borang JPA (Prestasi) 2/96]
[Bahagian
XVIII Borang JPA (Prestasi) 3/96 & 4/96]
17.43 PPG yang ditubuhkan di setiap peringkat organisasi seperti yang dihuraikan di perenggan 20 hendaklah mengenalpasti laporan yang diragui dari segi objektiviti dan keadilan penyediaannya. Jika PPG mendapati ada laporan yang meragukan, terutamanya yang boleh menyebabkan anggota mendapat gaji statik, ia hendaklah mendapatkan penjelasan dan keterangan daripada PYD, PPP dan/atau PPK. Berdasarkan keterangan yang diperolehi, PPG hendaklah, jika perlu, meminda markah purata yang diberikan oleh PPP dan PPK dan mencatitkan jumlah markah yang PPG fikirkan wajar. Jika yang dipinda itu ialah markah untuk kriteria tertentu, PPG hendaklah mencatitkannya di tepi sebelah kanan kriteria yang berkenaan bertentangan dengan markah PPK. Semua pindaan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi PPG. Sekiranya yang dipinda itu markah untuk kriteria yang tertentu sahaja, maka PPG hendaklah mengira semula jumlah markah yang baru. PPG dikehendaki memberi alasan secara ringkas di Bahagian XIX Borang JPA (Prestasi) 2/96 atau Bahagian XVIII Borang JPA (Prestasi) 3/96 dan 4/96 mengenai pindaan yang telah dilakukannya.
18. Semua borang laporan penilaian prestasi menggunakan skel penilaian antara 1 hingga 10 yang dibahagikan kepada 5 tahap (lihat LAMPIRAN 'F' hingga 'F3') kecuali Bahagian Kegiatan dan Sumbangan yang menggunakan 2 tahap sahaja.
PEMAKAIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI
19.
Borang JPA (Prestasi) 1/96 hingga 4/96
hendaklah digunakan oleh semua anggota
termasuk mereka yang tidak memilih SSB. Bagi anggota yang tidak
memilih
SSB, peraturan berikut hendaklah diikuti:
20.
Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan sistem ini dan selaras dengan
keputusan
Kerajaan melaksanakan kaedah pergerakan gaji di bawah SSB, PPG
hendaklah
ditubuhkan di peringkat organisasi.
Penubuhan
PPG
20.4 Jika Pengerusi tetap di peringkat jabatan, Negeri, daerah, unit dan sebagainya tidak dapat mempengerusikan mesyuarat PPG, Ketua Setiausaha Kementerian boleh melantik wakilnya. Perlantikan Pengerusi ganti bagi PPG di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian sendiri boleh dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
20.5
PPG bagi sesebuah organisasi hendaklah dianggotai oleh tidak
kurang
dari dua orang, iaitu ketua organisasi sebagai Pengerusi dan seorang
ahli,
dengan syarat gred hakiki mereka mestilah lebih tinggi daripada gred
hakiki
anggota yang dipertimbangkan.
20.6
Bagi PPG yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. Kementerian,
mereka
hendaklah terdiri daripada anggota bertaraf JUSA dan Gred Khas.
Jika
Kementerian tidak mempunyai anggota di peringkat tersebut, lantikan
boleh
dibuat di kalangan anggota yang lain dari jabatan di bawah
kementerian
berkenaan, atau memohon Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam
menamakan anggota yang sesuai. Contoh keahlian PPG mengikut
peringkat
organisasi dan anggota yang dipertimbangkan adalah seperti di
LAMPIRAN'G'.
20.7
Setiap PPG yang ditubuhkan diberi kuasa dan menjalankan fungsi
yang
sama seperti berikut:
(iii) menimbang dan memutuskan bilangan anggota untuk pergerakan gaji secara melintang, menegak, mendatar atau statik berdasarkan peratusan kuota dan markah prestasi yang ditetapkan seperti di bawah:
|
|
|
|
|
|
(c) Tiada kuota yang khusus ditetapkan untuk pergerakan gaji mendatar dan statik. Ia bergantung kepada jumlah sebenar anggota yang mendapat markah 50% ke atas dan kurang dari 50%. Termasuk dalam golongan mendatar ialah anggota yang mendapat markah lebih 80% tetapi tidak termasuk dalam kuota melintang atau menegak.
20.10
Tindakan yang periu diikuti untuk melaksanakan pergerakan
gaji
anggota dalam sesebuah organisasi adalah seperti berikut:
(iii) memilih anggota untuk pergerakan gaji melintang di kalangan mereka yang mendapat markah 90% ke atas. Bakinya (jika ada) ditimbangkan bersama-sama dengan anggota yang mendapat markah antara 80% hingga 89.99% untuk pergerakan gaji menegak.
20.12
Bahagian Perkhidmatan/Pentadbiran (bahagian yang mengendalikan
hal-hal perkhidmatan) sesebuah organisasi adalah menjadi
Urusetia PPG bagi membantu PPG melaksanakan fungsi di
atas.
Urusetia PPG juga bertanggungjawab mengendalikan tugas
berkaitan
dengan laporan penilaian prestasi dan pergerakan gaji
seperti
berikut:
(ix) menyampaikan keputusan pergerakan gaji kepada PYD dan pihak yang menguruskan pembayaran gaji; dan
(x)
mengemukakan semua borang laporan penilaian prestasi kepada Pihak Berkuasa
Menyimpan seperti yang dinyatakan di perenggan 20.13 dalam tempoh sebulan
selepas PPG membuat keputusannya.
20.13
Satu sistem penyimpanan borang laporan penilaian prestasi
yang
teratur hendaklah diwujudkan di agensi supaya maklumat penting
seseorang
anggota yang terkandung di dalamnya dapat digunakan bagi
beberapa
fungsi personel yang lain seperti kenaikan pangkat,
penempatan,
latihan dan kaunseling yang diuruskan oleh ketua jabatan/ketua
perkhidmatan masing-masing. Agensi yang bertanggungjawab
menyimpan borang laporan penilaian prestasi tahunan
mengikut kumpulan anggota adalah seperti berikut:
|
|
(a) Semua anggota dalam Kumpulan Pengurusan
Tertinggi (JUSA dan Gred Khas) (b) Semua anggota Perkhidmatan Gunasama: (i) Di bawah kawalan Ketua Pengarah
(ii) Di bawah kawalan Akuantan Negara (c) Semua anggota dalam Perkhidmatan Bukan
(i) Jika bertugas di kementerian (ii) Jika bertugas di jabatan (Ibu
Pejabat,
d) Anggota yang dipinjamkan, ditukar sementara
|
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Akauntan Negara
Kementerian berkenaan Ibu Pejabat berkenaan
Ketua perkhidmatan/jabatan asal anggota |
21. Buku Panduan ini hendaklah dijadikan sebagai sumber
rujukan yang dapat membantu penyediaan laporan penilaian pretasi dilakukan
secara adil dan objektif. Dalam hubungan ini peranan, tanggungjawab
dan iltizam PYD, PPP, PPK dan ketua jabatan adalah sangat penting.
Laporan penilaian pretasi yang disediakan secara teratur, teliti dan objektif
akan menjadi satu daripada maklumbalas utama kepada pihak pengurusan untuk
melaksanakan fungsi personel yang cekap dan berkesan di organisasi masing-masing.
Ketua jabatan adalah bertanggungjawab memastikan Panduan ini diikuti
dengan sepenuhnya dalam melaksanakan penyediaan laporan penilaian pretasi
anggota Perkhidmatan Awam. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan,
kementerian dan jabatan hendaklah menghubungi Bahagian Perkhidmatan, Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan penjelasan.
Bahagian Perkhidmatan,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Malaysia.
September 1996
LAMPIRAN 'A'
- Contoh susunan PYD dan PPK mengikut struktur organisasi kementerian/jabatan.
LAMPIRAN 'B'
- Aliran pusingan proses pengurusan penilaian prestasi dan pergerakan gaji.
LAMPIRAN 'B1' - Carta
aliran proses penilaian prestasi dan pergerakan gaji.
LAMPIRAN 'C'
- Pembahagian anggota kumpulan sokongan yang menggunakan Borang JPA
(Prestasi) 3/96 dan
JPA (Prestasi) 4/96.
LAMPIRAN 'D'
- Borang SKT 1(Untuk diisi oleh PYD dan
dilampirkan kepada Borang JPA (Prestasi)
1/96 atau
2/96).
LAMPIRAN 'D1' - Borang
SKT 1(Untuk diisi oleh PYD yang menggunakan Borang JPA (Prestasi) 1/96
dan 2/96).
LAMPIRAN 'D2' - Borang
SKT 2(Borang SKT ini hendaklah diisi oleh PYD yang menggunakan Borang
JPA
(Prestasi) 3/96 dan 4/96).
LAMPIRAN 'D3' - Borang
SKT 2(Borang SKT ini hendaklah diisi oleh PYD yang menggunakan Borang JPA
(Prestasi) 3/96 dan 4/96).
LAMPIRAN 'E'
- Sifir pengiraan markah penilaian prestasi.
LAMPIRAN 'F'
- Skel aspek penghasilan kerja.
LAMPIRAN 'F1' - Skel aspek
pengetahuan dan kemahiran.
LAMPIRAN 'F2' - Skel aspek
kualiti peribadi.
LAMPIRAN 'F3' - Skel aspek
hubungan dan kerjasama.
LAMPIRAN 'G' - Contoh
keahlian PPG.
LAMPIRAN 'H' - Contoh
pelaksanaan pergerakan gaji.
LAMPIRAN 'I'
- Jadual pemarkahan laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA
(Prestasi) 1/96 untuk
tahun........(untuk kegunaan PPG).
LAMPIRAN 'I1' - Jadual
pemarkahan laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA
(Prestasi) 2/96 untuk
tahun........(untuk kegunaan PPG).
LAMPIRAN 'I2' -
Jadual pemarkahan laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA
(Prestasi) 3/96 untuk
tahun........(untuk kegunaan PPG).
LAMPIRAN 'I3' -
Jadual pemarkahan laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA
(Prestasi) 4/96 untuk
tahun........(untuk kegunaan PPG).
LAMPIRAN 'J' - Kaedah
pengiraan markah laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA(Prestasi) 1/96.
LAMPIRAN 'J1' - Kaedah pengiraan
markah laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA(Prestasi) 2/96.
LAMPIRAN 'J2' - Kaedah pengiraan
markah laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA(Prestasi) 3/96.
LAMPIRAN 'J3' - Kaedah pengiraan
markah laporan penilaian prestasi bagi Borang JPA(Prestasi) 4/96.