JABATAN PERBENDAHARAAN NEGERI
Tingkat 10, Menara Pelita, Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Telefon : 082-440111
                           Faksimili: 082-447203    (Akauntan Negeri)
                                        Faksimili: 082-445270    (Timb. Akauntan Negeri)
                                        Faksimili: 082-446395    (Pentadbiran)
                                        Faksimili: 082-446082    (Akauntan Penyesuaian)
                                        Faksimili: 082-442164    (Akauntan Gaji)
                                        Faksimili: 082-440704    (Pengurusan Dana)
                                        Faksimili: 082-445478    (Pencen)

PEKELILING MEMORANDUM PERBENDAHARAAN
NEGERI SARAWAK NO. 6/2002

Perkara :     Kad Spesimen Tandatangan Untuk Borang Permohonan
                   Remitan/Kelulusan Memegang Wang Melebihi Had Peganan
                   Maksima.Perlaksanaan Pembayaran Imbuhan Tahunan dan
                   Bayaran Khas Prestasi 2003



1.   Tujuan

Pekeliling Memorandum ini bertujuan untuk menguatkuasakan penggunaan Kad Spesimen Tandatangan Pegawai yang diberi kuasa menandatangani Borang Permohonan Remitan/Kelulusan Memegang Wang Melebihi Had Pegangan Maksima secara rasmi.  Kad Spesimen akan digunakan untuk mempastikan Borang Permohonan yang dikemukakan oleh Pejabat Perbendaharaan Bahagian dan Pejabat Perbendaharaan Kecil adalah sah.
2.    Latar Belakang
Pekeliling Perbendaharaan Negeri Sarawak No. PP. 7/1996 telah memperkenalkan Borang TRY-2 (10)/96 untuk membuat permohonan remitan wang dan Kelulusan memegang wang melebihi had pegangan maksima dengan menggunakan mesin faks bagi menggantikan penggunaan telegram.  la juga menjelaskan proses penyediaan dan penghantaran borang tersebut.  Borang tersebut pula perlu ditandatangan dan disahkan oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa.
3.    Pindaan Pada Borang TRY-2(10)/96
Borang TRY-2 (10)/96 yang digunakan sekarang telah dibuat pindaan.  Semua permohonan remitan wang dan Kelulusan memegang wang melebihi had pegangan maksima yang akan datang hendaklah menggunakan Borang TRY: 2(10)/02 seperti di Lampiran A.  Salinan fotostat boleh digunakan untuk permohonan di atas.
4.    Kad Spesimen Tandatangan
Untuk mempastikan bahawa Borang TRY: 2(10)/02 disahkan oleh Ketua Pejabat atau pegawai beliau yang diberi kuasa, jabatan ini memperkenalkan penggunaan Kad Spesimen Tandatangan seperti di Lampiran B.  Format ini akan digunakan bagi mengemukakan permohonan remitan/Kelulusan mernegang wang melebihi had pegangan maksima kepada Seksyen Dana, di Ibu Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Kad spesimen tambahan boleh didapati di Pejabat Perbendaharaan Bahagian masing-masing.

Penggunaan kad ini hendaklah dilengkapi seperti berikut:
(i)    Ketua Pejabat boleh memberi kuasa kepada lebih dari dua orang pegawai.
(ii)   Dua orang pegawai yang telah diberi kuasa perlu mengesahkan Borang Permohonan Remitan tersebut
       seperti berikut:

a)   Bagi Perbendaharaan Bahagian:
Penandatangan pertama hendaklah Akauntan Bahagian dan Penandatangan kedua hendaklah pegawai yang diberi kuasa yang sekurang-kurangnya skel W22 dan ke atas.
b)    Bagi Pejabat Perbendaharaan Kecil:
Penandatangan pertama hendaklah Ketua Pejabat Perbendaharaan Kecil yang sekurang-kurang nya Pegawai Tadbir Sarawak skel N27 dan Penandatangan kedua hendaklah seorang pegawai yang diberi kuasa yang sekurangkurang skel W17
(iii)    Berikut ialah Contoh Senarai Jawatan bagi Penandatangan di Perbendaharaan Negeri Bahagian dan
         Perbendaharaan Kecil.
Penandatangan
Pejabat 
Perbendaharaan 
Bahagian
Skel
Pejabat
Perbendaharaan
Kecil

(diketuai oleh N41)

Skel
Pejabat
Perbendaharaan
Kecil

(diketuai oleh N27)

Skel
Pertama Akauntan W41 Pegawai Tadbir 
Sarawak (SAO)
N41/N27 Pegawai Tadbir
Sarawak (SAO)
N27
Kedua Penolong Akauntan
 

Pembantu Tadbir

W32/
W27

W22
 

Pegawai Tadbir
Sarawak (SAO)

Pembantu Tadbir

N27
 

N22/
W22
W17

Pegawai Tadbir
Sarawak (SAO)

Pembantu Tadbir

N27
 

N22/
W22/
W17


 
 
a)   Bagi Pejabat Perbendaharaan Bahagian Yang diketuai oleh W41 dan Pejabat
      Perbendaharaan Kecil vans diketuai oleh N41:
Sekiranya penandatangan pertama bercuti atau berkursus, atau meninggalkan stesen untuk urusan rasmi, pegawai yang diberi kuasa mengganti Ketua Pejabat menandatangani di ruangan penandatangan pertama yang sekurang-kurangnya skel W32/W27/N27.
b)   Bagi Pejabat Perbendaharaan Kecil yang diketuai oleh N27:
Ketua Pejabat dikehendaki membuat perancangan terlebih awal tentang keperluan kewangan Pejabat sebelum pergi berkursus atau bercuti atau meninggalkan stesen.  Jika perlu, permohonan remitan wang atau memegang wang melebihi had pegangan maksima hendaklah dibuat sebelum meninggalkan pejabat.
(iv)    Pejabat Akauntan Negeri akan cuma memproses Borang Permohonan yang disahkan oleh
        pegawai-pegawai yang diberikuasa sahaja seperti dalam kad spesimen.
5.    Tanggungiawab Ketua Pejabat
Ketua Pejabat dikehendaki melengkapkan kad spesimen tersebut bagi pegawai yang diberi kuasa untuk menandatangani Borang TRY: 2(10)/02 dengan menamakan Penandatangan Pertama, kedua dan ketiga.  Kad yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Seksyen Dana, Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak untuk simpanan dan rujukan. Manakala pejabat berkenaan perlu menyimpan satu salinan untuk rujukan.  Kad ini perlu diperbaharui setiap kali ada berlaku pertukaran pegawai yang diberi kuasa.
 
6.    Pertanyaan
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi pegawai pejabat ini, En. Awg Sahmat Awg. Sharkan (tel. 082-440111 samb. 208) atau Puan Dyg Halimah Abg. Fauzi (samb. 226)
 

Tarikh Kuatkuasa

Tarikh kuatkuasa penggunaan borang TRY: 2(10)/02 dan Kad Spesimen Tandatangan ini adalah mulai 1hb. Disember 2002.

 
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
(Wan Mohd. Yusop Wan Moss)
Pem. Akauntan Negeri,
Sarawak
 

Ruj: TRY: 301004/A(80)

Tarikh: 06 November 2002

Agihan Kepada:

  1. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Kuching
  2. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Sri Aman
  3 Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Sibu
  4. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Miri
  5. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Limbang
  6. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Sarikei
  7. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Kapit
  8. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Kota Samarahan
  9. Akauntan Perbendaharaan Bahagian, Bintulu
10. Pegawai Daerah, Perbendaharaan Kecil, Debak
11. Pegawai Daerah, Perbendaharaan Kecil, Daro
12. Pegawai Daerah, Perbendaharaan Kecil, Julau
13. Pegawai Daerah, Perbendaharaan Kecil, Matu
14. Pegawai Daerah, Perbendaharaan Kecil, Pakan
15. Pegawai Daerah, Perbendaharaan Kecil, Belaga
16. Pegawai Daerah, Perbendaharaan Kecil, Tatau
17. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Debak
18. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Engkilili
19 Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Kabong
20. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Lingga
21. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Pusa
22. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Maludam
23. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Spaoh
24. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Pantu
25. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Oya
26. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Sibuti
27. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Beluru
28. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Long Lama
29. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Sundar
30. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Belawai
31. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Song
32. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Asajaya
33. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Sebuyau
34. Pegawai Tadbir Sarawak, Perbendaharaan Kecil, Sebauh
 

Salinan Kepada:

  1. Setiausaha Kewangan Negeri, Sarawak
  2. Pengarah, Jabatan Audit Negeri, Sarawak
  3. Pengarah Audit Dalaman, Sarawak
  4. Residen, Bahagian Kuching
  5. Residen, Bahagian Samarahan
  6. Residen, Bahagian Sri Aman
  7. Residen, Bahagian Sibu
  8 Residen, Bahagian Miri
  9. Residen, Bahagian Sarikei
10. Residen, Bahagian Kapit
11. Residen, Bahagian Bintulu
12. Residen, Bahagian Limbang
13. Residen Bahagian Mukah
14. Residen, Bahagian Betong
 

Salinan Asal

Lampiran A

Lampiran B