View Latest Circular

Date Created: 24/09/2026   Created By: Masittah Binti Mohtadi  

Title: ARAHAN PEMBEKUAN CUTI SEMASA MESYUARAT KEDUA BAGI PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK KESEMBILAN BELAS
View Circular
Description: Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri SarawakKesembilan Belas akan bermula pada hari lsnin, 12 Oktober 2026 hingga Rabu, 21Oktober 2026 bersamaan dengan 1 Jamadilawal 1448H hingga 10 Jamadilawal 1448H (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) bertempat di Dewan Mesyuarat,Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUNS), Petra Jaya, Kuching pada jam 9.00 pagi setiap hari persidangan. Sehubungan itu, sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri tersebut berlangsung, semua Setiausaha Tetap Kementerian / Ketua Jabatan / Agensi serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian / Jabatan / Agensi TIDAK DIBENARKAN memohon Cuti Rehat atau meninggalkan Negeri / Negara dalam tempoh tersebut. Mana-mana permohonan Cuti Rehat atau permohonan untuk keluar Negeri / Negara yang telah diluluskan bagi tempoh berkenaan hendaklah DITARIK BALIK.
Post By: Masittah Binti Mohtadi
Post Date: 24/09/2026