View Latest Circular

Date Created: 09/04/2025   Created By: Shirley Sabrina  

Title: KETETAPAN BAHARU INISIATIF TRANSFORMASI DAN INOVASI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK BAGI SARAWAK CIVIL SERVICE INNOVATION CONVENTION AWARDS (SCSICA)
View Circular
Description: Surat Pekeliling Bersama ini memaklumkan pelaksanaan Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) yang akan diadakan setiap dua tahun bermula 2026 dan berselang-seli dengan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS). Inisiatif ini bertujuan memupuk budaya inovasi dalam kalangan penjawat awam menerusi kolaborasi Kumpulan Innovative and Creative Circle (ICC) dan penghasilan penyelesaian berasaskan teknologi, data serta pendekatan baharu. Pelaksanaan SCSICA melibatkan dua peringkat: Konvensyen Mini ICC di peringkat agensi pusat sebagai saringan awal, diikuti oleh Konvensyen SCSICA di peringkat akhir untuk mempamerkan projek berimpak tinggi dan berpotensi diterapkan secara luas. Ketua Agensi bertanggungjawab menggalakkan penyertaan aktif, membimbing kumpulan inovasi dan menyediakan sumber serta ruang untuk pembangunan projek. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 8 April 2025.
Post By: Shirley Sabrina
Post Date: 09/04/2025