View Latest Circular

Date Created: 09/04/2025   Created By: Shirley Sabrina  

Title: KETETAPAN BAHARU INISIATIF TRANSFORMASI DAN INOVASI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK BAGI ANUGERAH KUALITI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK (AKPANS)
View Circular
Description: Surat Pekeliling Bersama ini memaklumkan tentang pelaksanaan ketetapan baharu bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) yang akan dijalankan secara dwitahunan bermula tahun 2025. Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua agensi di Sarawak, merangkumi Kluster Perkhidmatan Awam Sarawak dan Kluster Agensi Persekutuan Sarawak. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam dan menyokong matlamat pembangunan mampan di bawah Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ketua Agensi bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan dan melaksanakan sesi penerangan bagi memperjelas pelaksanaan AKPANS di agensi masing-masing. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 8 April 2025.
Post By: Shirley Sabrina
Post Date: 09/04/2025