View Latest Circular

Date Created: 18/03/2024   Created By: James Brain Ak Sila  

Title: GARIS PANDUAN PENILAIAN LAPORAN CREDIT TIP OFF SERVICE (CTOS) BAGI PERMOHONAN SKIM KEMUDAHAN PINJAMAN KERAJAAN SARAWAK
View Circular
Description: Seperti yang sedia maklum menerusi Pekeliling Perjawatan Sarawak Bilangan 22 Tahun 2023: Penambahbaikan Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak, laporan Credit Tip Off Service (CTOS) merupakan antara dokumen yang wajib dilampirkan bersama permohonan Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak. Mulai dari tarikh Surat Edaran ini, pegawai yang mempunyai skor MyCTOS pada paras ‘poor’ (300 – 528) atau mempunyai rekod seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan ini tidak layak dipertimbangkan untuk permohonan Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan Sarawak. Ini adalah bertujuan untuk memastikan pegawai yang memohon pinjaman bebas daripada sebarang tindakan undang-undang serta mempunyai rekod pengurusan pembiayaan yang baik selaras dengan usaha untuk mengelakkan pegawai di Perkhidmatan Awam Sarawak terlibat dalam keterhutangan yang serius.
Post By: James Brain Ak Sila
Post Date: 18/03/2024