View Latest Circular

Date Created: 27/11/2020   Created By: Nor Rafidah Binti Rasli  

Title: PELAKSANAAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 4 TAHUN 2018 - myPortfolio : PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM (PKPA BIL 4/2018) DI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
View Circular
Description: Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) telah bersetuju untuk menerima pakai dan melaksana: 1) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 (PKPA Bil.4/2018) - myPortfolio : Panduan Kerja Sektor Awam dengan pengecualian tatacara penyediaan deskripsi tugas (Job Description - JD) di semua agensi PANS; dan 2) Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2018 - Panduan Penetapan Tempoh Masa dalam Carta Alir bagi myPortfolio : Panduan Kerja Sektor Awam yang terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan dipanjangkan kepada semua PBT dan Badan-badan Berkanun Negeri tertakluk kepada penerimaanya oleh PBT masing-masing. Pekeliling ini adalah berkuatkuasa daripada tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan hingga ia dibatalkan melainkan jika terdapat amalan terkini atau perkembangan bahan yang memerlukanya dikaji semak. Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama: a) Lampiran A : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam; b) Lampiran B : Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 1 Tahun 2018 - Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir Bagi myPortfolio : Panduan Kerja Sektor Awam; dan c) Lampiran C : Job Descriptions (JD) Guidelines.
Post By: Nor Rafidah Binti Rasli
Post Date: 27/11/2020