JPA(S) 133/13/Klt.3/(53)KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA____________
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1993
_____________
PINDAAN KEPADA SURAT PENGENALAN DAN AKUAN
BAGI PEGAWAI KERAJAAN UNTUK MENDAPAT RAWATAN PERUBATAN
DI HOSPITAL ATAU KLINIK KERAJAAN
(PERINTAH AM 25 BAB F)
TUJUAN
1.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan mengenai pindaan kepada Surat Pengenalan dan Akuan bagi pegawai Kerajaan untuk mendapat rawatan perubatan di hospital atau klinik Kerajaan supaya selaras
dengan perubahan bagi kemudahan rawatan perubatan di bawah Sistem Saraan Baru (SSB).
LATAR BELAKANG
2.1 Perintah Am 25 Bab F telah menetapkan peraturan bahawa setiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapat rawatan di klinik Kerajaan dikehendaki mengemukakan satu surat akuan daripada Ketua Jabatannya yang mengesahkan butir-butir peribadi pegawai iaitu nama, jawatan dan gajinya berserta dengan satu penakuan daripada pegawal tersebut membenarkan Ketua Jabatan memotong, gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital. Surat akuan yang sama juga dikehendaki apabila keluarga pegawai memerlukan rawatan di hospital atau klinik Kerajaan.
PERUBAHAN DI BAWAH SISTEM SARAAN BARU
3.1 Dengan pelaksanaan SSB dan menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991, terdapat dua perubahan terhadap kemudahan rawatan perubatan bagi pegawai Kerajaan, iaitu:
3.1.1 rawatan untuk keluarga pegawal dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah (legalparents);
dan3.1.2 kelayakan dan kadar bayaran wad dipinda mengikut gred/kategori pegawai.
3.2 Dengan perubahan-perubahan tersebut, adalah didapati Surat Pengenalan dan Akuan seperti yang digunakan sekarang tidak sesuai lagi disebabkan tidak mengandungi maklumat mengenai gred/kategori pegawai di bawah SSB yang diperlukan untuk menentukan kelayakan wad. Juga penentuan ahli keluarga yang memerlukan rawatan hendaklah ditambah untuk meliputi ibu bapa yang sah.
3.3 Ibu bapa yang sah adalah ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang Untuk menentukan ibu bapa yang sah kepada pegawai-pegawai hendaklah secara rasmi memberitahu Ketua Jabatannya nama dan nombor kad pengenalan seorang ibu dan seorang bapa yang sah untuk direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawal. Sebarang perubahan terhadap maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan secara rasmi semula kepada Ketua Jabatan. Peraturan mengenai ibu bapa yang sah adalah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Penamaan Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993.
3.4 Di samping mengemaskinikan maklumat di dalam Surat Pengenalan dan Akuan tersebut, beberapa ciri baru telah juga diperkenalkan untuk memperkemaskan lagi penggunaan surat itu, termasuk maklumat mengenai
kelayakan wad dan butir-butir penuh mengenai Ketua Jabatan pegawai yang menandatangni surat itu.3.5. Surat Pengenalan dan Akuan yang baru ini ditukar nama menjadi Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
4.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai seperti di Lampiran Adilengkapkan oleh setiap pegawai bagi dirinya atau ahli keluarganya yang ingin mendapat rawatan di hospital atau klinik Kerajaan atau yang dimasukkan ke wad hospital. Surat berkenaan hendaklah dilenkapkan dalam tiga (3) salinan. Salinan pertama hendaklah disimpan oleh pegawal sendiri untuk dikemukakan kepada hospital atau klinikberkenaan semasa pendaftaran untuk mendapatkan rawatan. Salinan kedua hendaklah diedarkan kepada peabat/bahagian/unit yang, menguruskan bekenaan untuk memudahkan rujukan dibuat semasa membuat potongan gaji bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh hospital atau klinik berkenaan. Salinan ketiga hendaklah disimpan uniuk rekod di pejabat pegawai itu berkhidmat.
TARIKH KUATKUASA
5.1 Surat Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai daripada tarikh semasa.
" BERKHIDNIAT UNTUK NEGARA "
(HAJI ABDUL HALIM BIN ABDUL SALAM),
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.1 September 1993
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
s. k.:
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Badan-Badan Berkanun
Semua Ketua Pengurusan Kuasa-Kuasa Tempatan