MALAYSIA
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 1992
KANDUNGAN
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 1992
KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT TUNTUTAN ELAUN,
KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS
RASMI
(KECUALI BERKURSUS) TETAPI TIDAK TERMASUK
ANGGOTA
TENTERA DAN ANGGOTA POLIS
|
|
Muka Surat |
1. |
Pendahuluan |
7 |
2. |
Tafsiran |
7 |
3. |
Tanggungjawab Ketua Jabatan |
8 |
|
|
|
4.1 |
Elaun Makan |
|
4.2 |
Elaun Harian |
|
4.3 |
Bayaran Sewa Hotel |
|
4.4 |
Elaun Gantian Tetap |
|
4.5 |
Elaun Bantuan Gaji Drebar |
|
4.6 |
Elaun Hidup Drebar |
|
4.7 |
Elaun Perjalanan Kenderaan |
|
4.8 |
Tambang Gantian |
|
4.9 |
Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut |
|
4.10 |
Elaun Basikal |
|
4.11 |
Tambang Pengangkutan Awam |
|
4.12 |
Belanja Pelbagai |
|
|
5.1 |
Elaun Makan dan Elaun Harian |
|
5.2 |
Bayaran Sewa Hotel |
|
5.3 |
Elaun dan bayaran semasa singgah dalam perjalanan |
|
5.4 |
Elaun Gantian Tetap |
|
5.4 |
Belanja Pelbagai |
|
5.6 |
Belanja Keraian |
|
5.7 |
Elaun Pakaian Panas |
|
5.8 |
Belanja Perubatan |
|
|
|
|
6.1 |
Kelayakan memohon bayaran |
|
6.2 |
Kadar-kadar bayaran |
|
6.3 |
Syarat-syarat dan keadah-keadah bayaran |
|
|
8.
Kadar-kadar dan syarat-syarat tuntuan
23
8.1 |
Perbelanjaan Pengangkutan |
|
8.2 |
Elaun Gantian Makan dan Bayaran Sewa Hotel |
|
8.3 |
Pemberian Pindaah |
|
8.4 |
Belanja Pelbagai |
|
|
|
|
|
|
|
12. Syarat-syarat tuntutan 29
|
|
13.
Peraturan-peraturan dan syarat-syarat tuntuan
30
|
|
|
|
19. Taikh Kuatkuasa 31
20.
Pembatalan
31
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan
kadar-kadar dan syarat-syarat bagi seseorang pegawai menuntut elaun, kemudahan
dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am Bab "B".
TAFSIRAN
2. Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti:
2.1
"Dalam Negeri" bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura,
Brunei Darussalam,
Kalimantan
dan Selatan Thailand (Phuket dan ke selatan);
2.2
"Ibu Pejabat" bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk
bertugas dan lingkungan
jarak
pentadbirannya ialah:
(b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan
Walau apapun peruntukan di atas, seseorang pegawai yang bertugas rasmi
di Singapura, Brunei Darussalam,Kalimantan atau Selatan Thailand di mana
jarak antara Ibu Pejabatnya dengan tempat bertugas, kurang daripada lingkungan
jarak pentadbiran seperti di atas adalah layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat:
2.3 "Gred/Kategori" bermakna Gred Gaji atau
Gred Perkhidmatan mengikut mana yang berkenaan di bawah
Sistem Saraan Baru (SSB) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun
1991. Sebagai panduan, kedudukan Gred Gaji atau Gred
Perkhidmatan tersebut adalah seperti di Lampiran
"A-1". Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima SSB boleh
terus
mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling
ini berdasarkan kepada Kumpulan Gaji masing-masing mengikut
jadual perubahan/perbandingan seperti yang dinyatakan di Lampiran
"A-2" ;
2.4 "Keluarga Pegawai"
bermakna jika bagi pegawai lelaki, ialah isteri dan anak-anaknya; dan jika
bagi pegawai perempuan, ialah suami dan
anak-anaknya. Di mana disebutkan tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat
bagi keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak
yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai
yang belum mencapai umur 21 tahun. Walau bagaimanapun,
anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had
umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga
anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf mengikut undang-undang
atau kebudayaan. Di dalam keluarga pegawai ini juga adalah
termasuk seorang orang gaji yang digaji oleh pegawai;
2.5 "Pegawai" bermakna
seseorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan dan PerkhidmatanAwam
Kerajaan Negeri
termasuk yang dilantik secara sementara atau sangkut;
2.6 "Perbendaharaan" bermakna Menteri Kewangan dan termasuk pegawai-pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahannya:
2.7 "Stesen" bermakna satu lingkungan kawasan 33 km dari pejabat tempat bertugas; dan
2.8 "Tugas Rasmi" bermakna
tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus
yang dibenarkan.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
3. Untuk menentukan agar tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai itu teratur,munasabah dan berpatutan, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab di atas perkara-perkara berikut:
3.1 menentu dan mengesahkan jalan
yang pertu diikuti serta cara pengangkutan yang hendak digunakan oleh seseorang
pegawai dalam
menjalankan tugas rasmi; dan
3.2 membuat perakuan tentang
jumlah Pendahuluan Diri yang patut diberi kepada seseorang pegawai yang
memerlukannya sebelum ia
menjalankan tugas itu bagi kelulusan Perbendaharaan
atau mana-mana pihak yang diberi kuasa.
ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA MENJALANKAN
TUGAS RASMI BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGERI
4.1 Elaun Makan
Kategori I bergaji
85.00
115.00
135.00
$3,872 hingga Gred
Utama/Khas "B"
Kategori III bergaji
60.00
80.00
95.00
$3,138 hingga Kategori I
bergaji $3,871
Kategori III bergaji
45.00
65.00
75.00
$2,456 hingga $3,137
dan Kategori IV bergaji
$2,404 ke atas
Kategori III bergaji $2,455
40.00
50.00
60.00
ke bawah dan Kategori IV
bergaji $2,403 ke bawah
Kategori V dan VI 35.00 46.00 55.00
Kategori VII 32.00 43.00 50.00
Kategori VIII 30.00 40.00 47.00
Kategori IX 26.00 36.00 43.00
Kategori X 23.00 33.00 40.00
Kategori VI 20.00 30.00 35.00
4.1.3 Elaun Makan tidak layak
dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau
Pengangkut. Sekiranya
sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut
bahagian makan yang tidak disediakan itu
tertakluk kepada kadar seperti berikut:
4.1.4 sekiranya penganjur menyediakan
kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan tersebut
maka pegawai
layak menuntut perbezaannya;
4.2 Elaun Harian
4.2.1 seseorang pegawai yang
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam
tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar
separuh daripada kelayakan
Elaun Makannya:
4.3 Bayaran Sewa Hotel
4.3.1 seseorang pegawai yang
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap adalah
layak menuntut Bayaran Sewa
Hotel yang disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau
Elaun Lojing mengikut kadar-kadar seperti berikut:
(a) Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand
Bayaran
Elaun
Gred/Kategori
Sewa Hotel
Lojing
(maksimum)
($)
($)
Gred Utama/Khas "A" dan ke atas
Sebenar
80.00
(Standard
Suite)
Kategori I bergaji $3,872 hingga
Sebenar
70.00
Gred Utama/Khas "B"
(Bilik
Biasa)
Kategori III bergaji $3,138 hingga
180.00
60.00
Kategori I bergaji $3,871
Kategori III bergaji $2,456 hingga
160.00
54.00
$3,137 dan Kategori IV bergaji
$2,404 ke atas
Kategori III bergaji $2,455 ke
125.00
42.00
bawah dan Kategori IV bergaji
$2,403 ke bawah
Kategori V dan VI 80.00 27.00
Kategori VII 70.00 24.00
Kategori VIII 65.00 22.00
Kategori IX 60.00 20.00
Kategori X 55.00 18.00
Kategori XI 45.00 16.00
(b) Sabah dan Sarawak
Bayaran
Elaun
Gred/Kategori
Sewa Hotel
Lojing
(maksimum)
($)
($)
Gred Utama/Khas "A" dan ke atas
Sebenar
85.00
(Standard
Suite)
Kategori I bergaji $3,872 hingga
Sebenar
75.00
Gred Utama/Khas "B"
(Bilik
Biasa)
Kategori III bergaji $3,138 hingga
200.00
66.00
Kategori I bergaji $3,871
Kategori III bergaji $2,456 hingga
170.00
57.00
$3,137 dan Kategori IV bergaji
$2,404 ke atas
Kategori III bergaji $2,455 ke bawah
145.00
48.00
dan Kategori IV bergaji $2,403
ke bawah
Kategori V dan VI 100.00 33.00
Kategori VII 80.00 27.00
Kategori VIII 70.00 23.00
Kategori IX 65.00 22.00
Kategori X 60.00 19.00
Kategori XI 55.00 18.00
(c) Singapura dan Brunei Darussalam
Bayaran
Elaun
Gred/Kategori
Sewa Hotel
Lojing
(maksimum)
($)
($)
Gred
Utama/Khas "A" dan ke atas
Sebenar
90.00
(Standard
Suite)
Kategori I bergaji $3,872 hingga
Sebenar
80.00
Gred Utama/Khas "B"
(Bilik
Biasa)
Kategori III bergaji $3,138 hingga
270.00
72.00
Kategori I bergaji $3,871
Kategori III bergaji $3,456 hingga
230.00
60.00
$3,137 dan Kategori IV bergaji
$2,404 ke atas
Kategori III bergaji $2,455 ke bawah
190.00
51.00
dan Kategori IV bergaji $2,403
ke bawah
Kategori V dan VI 140.00 36.00
Kategori VII 115.00 30.00
Kategori VIII 105.00 27.00
Kategori IX 95.00 26.00
Kategori X 90.00 24.00
Kategori XI
80.00
21.00
4.3.2 tuntutan Bayaran Sewa Hotel
bagi pegawai Kategori I bergaji $3,872 dan ke atas hendaklah
secara
berpatutan dan munasabah;
4.3.3 bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus;
4.3.4 seseorang pegawai layak
menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang terwajib ke
atas sewa hotel sebagai tambahan kepada maksimum
kelayakannya; dan
4.3.5 seseorang
pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika
tempat penginapan
disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut;
4.4 Elaun Gantian Tetap
4.4.1 seseorang pegawai yang
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 3 bulan
tetapi kurang dari 6 bulan adalah layak menuntut Elaun Gantian Tetap mengikut
kadar seperti berikut:
4.4.3 seseorang pegawai layak
menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap sama ada Elaun Makan, Elaun
Harian atau Elaun
Lojing jika komponen-komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan,
Penganjur atau Pengangkut;
4.5 Elaun Bantuan Gaji Drebar
4.5.1 seseorang pegawai
dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang bergaji tidak kurang dari$
1,785.00 sebulan dan yang
menggaji seorang drebar adalah layak menuntut Elaun Bantuan Gaji Drebar
mengikut kadar dan syarat seperti berikut:
(a) Kategori I bergaji $3,872
hingga Gred Khas "B" (tidak
$250.00 sebulan
termasuk Jawatan Utama "B")
(b) Kategori III beigaji $3,138
20 sen bagi satu km.
hingga Kategori I bergaji
perjalanan rasmi hingga tidak
$3,871
melebihi $200.00 sebulan;
(c) Kategori pegawai selain
15 sen bagi satu km
daripada (a) dan (b) di atas.
perjalanan rasmi hingga tidak
melebihi $160.00 sebulan; dan
4.5.2 tuntutan bulanan bagi mendapatkan
Elaun Bantuan Gaji Drebar hendaklah mengandungi pengesahan
pegawai yang menyatakan ianya ada menggaji seorang drebar;
4.6 Elaun Hidup Drebar
4.6.1 seseorang pegawai yang menggaji seorang drebar
adalah layak menuntut Elaun Hidup Drebar semasa menjalankan tugas rasmi
di luar Ibu Pejabat dengan syarat drebarnya bermalam bersama, mengikut
kadar-kadar seperti berikut:
4.7 Elaun Perjalanan Kenderaan
4.7.1 seseorang pegawai yang
mengunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di
dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan rnengikut kadar-kadar seperti berikut:
Jarak perjalanan bertugas
Kelas
rasmi bagi tiap-tiap
_________________________________
satu bulan
A B
C D
E
(sen/km)
Bagi 500 km pertama
55 41
35 17
9
Bagi 150 km selepas 500 km
51 37
31 16
8
Bagi 150 km selepas 650 km
48 35
29 13
7
Bagi 150 km selepas 800 km
39 33
29 13
7
Bagi 150 km selepas 950 km
38 32
27 11
6
Bagi 150 km selepas 1,100 km
36 32
27 11
6
Bagi 150 km selepas 1,250 km
35 32
27
9 5
Bagi 150 km selepas 1,400 km
33 31
26
9 5
Bagi 150 km selepas 1,550 km
33 31
26
9 5
Bagi tiap-tiap km selepas 1,700 km
32 30
24
9 5
4.7.2 seseorang pegawai yang
menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau
Pengangkut semasa rnenjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan:
4.7.3 seseorang pegawai dikehendaki
menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta api bagi menjalankan
tugas rasmi di tempat
yang boleh dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api dan oleh
itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan
melainkan di dalam keadaan-keadaan seperti berikut:
(b) apabila seseorang pegawai
dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya
di beberapa tempat di sepanjang perjalanan;
(c) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan sendiri; dan
(d) apabila seseorang pegawai
mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang
yang juga menjalankan tugas rasmi; dan
4.7.4 bagi peruntukan
(b),
(c)
dan (d) di atas kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dilampirkan dengan
baucar tuntutan pegawai tersebut;
4.8 Tambang Gantian
4.8.1 seseorang pegawai yang
menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di satu tempat sahaja yang
jaraknya melebihi 240 km
daripada Ibu Pejabatnya dan terdapat perkhidmatan terus kapal terbang atau
kereta api layak menuntut Tambang Gantian mengikut
kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakannya iaitu bersamaan
dengan tambang kapal terbang atau kereta api,
mengikut mana yang berkenaan dengan syarat dinyatakan di dalam baucar tuntutan
yang ia telah menggunakan kenderaannya
sendiri;
4.8.2 seseorang pegawai yang
menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa tambang atau
bayaran tambahan yang bersabit
dengan perjalanan kapal terbang atau kereta api seperti tambang dari rumah
ke lapangan terbang/stesen kereta api dan sebaliknya,
tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke tempat penginapan dan
sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang atau
bayaran tempat tidur dalam kereta api (berth charges); dan
4.8.3 Elaun Perjalanan Kenderaan
dari tempat penginapan ke tempat bertugas rasmi adalah layak dituntut,
4.9 Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut
4.9.1 seseorang pegawai yang
dikehendaki menggunakan motobot/motosangkut sendiri bagi menjalankan tugas
rasmi sama ada di dalam
atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Motobot/
Motosangkut mengikut kadar-kadar seperti berikut:
4.9.2 seseorang pegawai yang menggunakan
motobot/motosangkut yang disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut
semasa
menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut;
4.10 Elaun Basikal
4.10.1 seseorang pegawai yang
dikehendaki oleh Ketua Jabatan menggunakan basikal sendiri bagi menjalankan
tugas rasmi adalah layak
menuntut Elaun Basikal mengikut kadar-kadar seperti berikut:
(b) menggunakan basikal selama 10 hari
- 10 sen satu km;
dan kurang bagi bulan itu
4.10.2 seseorang pegawai yang
menggunakan basikal yang disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangktut
semasa menjalankan
tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Basikal;
4.11 Tambang Pengangkutan Awam
4.11.1 seseorang pegawai yang
tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan oleh
Kerajaan, Penganjur atau
Pengangkut bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar
Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Tambang
Pengangkutan Awam mengikut syarat-syarat seperti berikut:
Tambang lazim yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan tersebut;
4.12 Belanja Pelbagai
4.12.1 seseorang pegawai sama
ada bertugas di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut
Belanja Pelbagai seperti berikut:
(c) bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokog
dengan resit:
(d) bayaran "Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit;
(e) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan
sebagai gantirugi berkaitan dengan pertukaran
kepada matawang Singapura,Thailand, Brunei Darussalam dan Indonesia; dan
(f) bayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong dengan resit.
BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGERI
5. Seseorang pegawai yang dikehendaki rnenjalankan tugas rasmi di luar negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat seperti berikut:
5.1 Elaun Makan dan Elaun Harian
5. 1.1 kadar Elaun Makan yang
layak dituntut bagi tiap-tiap kali bermalam di luar negeri adalah
seperti berikut:
5.1.2 Elaun Makan juga
layak dituntut jika seseorang pegawai itu meninggalkan tempat bertugas
rasmi
pada jam 6.00 petang atau selepasnya;
5.1.3 seseorang pegawai
yang meninggalkan tempat bertugas rasmi pada jam 1.00 tengah hari atau
selepasnya tetapi sebelum jam 6.00 petang pada hari ketibaan atau pada
hari-hari yang lain hanya layak
menuntut Elaun Harian sahaja, iaitu separuh daripada Elaun Makan;
5.1.4 seseorang pegawai
yang sedang dalam perjalanan tetapi terpaksa menunggu penerbangan di
sesuatu tempat di luar negeri yang tempohnya melebihi 6 jam adalah layak
menuntut Elaun Harian;
5.1.5 seseorang pegawai
tidak layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian jika kemudahan
makan
disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut. Sekiranya sebahagian
daripada kemudahan makan
disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan
itu tertakluk kepada
kadar-kadar seperti berikut:
(b) makan tengah hari
- 40% daripada Elaun Makan; dan
(c) makan malam - 40% daripada Elaun Makan;
5.1.6 Elaun Makan tidak
boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus,
dan
5.1.7 sekiranya penganjur
menyediakan kemudahan bagi menampung perbelanjaan makan tersebut
dalam bentuk wang, maka pegawai layak menuntut perbezaannya:
5.2 Bayaran Sewa Hotel
5.2.1 seseorang pegawai layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atas kadar sebenar seperti berikut:
5.2.2 bagi maksud memohon Pendahuluan
Diri, kadar Bayaran Sewa Hotel seperti yang dinyatakan
di Lampiran "B" adalah digunakan sebagai panduan;
5.2.3 Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus;
5.2.4 bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan
atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa
hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari
kadar Bayaran Sewa Hotel itu;
5.2.5 seseorang pegawai adalah layak menuntut Elaun
Lojing mengikut kadar-kadar seperti yang
dinyatakan di Lampiran "B" jika tidak menuntut Bayaran Sewa Hotel;
dan
5.2.6 seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran
Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika penginapan
disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut;
5.3 Elaun Dan Bayaran SemasaSinggah Dalam Perjalanan
5.3.1 seseorang pegawai yang
melakukan penerbangan melebihi dua belas (12) jam terus menerus
untuk menuju matlamatnya, dibenarkan singgah bermalam untuk satu malam
sahaja di sesuatu tempat
dalam perjalanan itu, iaitu sekali semasa perjalanan dan sekali dalam
perjalanan pulang,dengan syarat
perjalanan yang ditempuh (route) itu merupakan perjalanan yang diperakui
singkat sekali.Bagi tempoh
persinggahan tersebut, pegawai
adalah
layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian seperti yan g
dinyatakan di perenggan 5.1 dan Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing seperti
yang dinyatakan di perenggan 5.2: dan
5.3.2 seseorang pegawai yang
perlu singgah bermalam semasa dalam perjalanan disebabkan oleh
ketiadaan kapal terbang atau kemudahan pengangkutan lain dan juga perbelanjaan
bermalam itu tidak
diimbuhkan oleh mana-mana syarikat penerbangan adalah layak juga menuntut
Elaun Makan atau Elaun
Harian seperti yang dinyatakan di perenggan 5.1 dan Bayaran Sewa Hotel/Elaun
Lojing seperti yang
dinyatakan di perenggan 5.2;
5.4 Elaun Gantian Tetap
5.4.1 seseorang pegawai layak
menuntut Elaun Gantian Tetap jika tempoh bertugas rasmi itu adalah
melebihi 3 bulan tetapi kurang dari 6 bulan mengikut kadar seperti berikut:
5.4.2 bagi tujuan perenggan 5.4.1
di atas,jumlah hari yang sebenar pegawai itu menjalankan tugas di
luar negeri hendaklah dikira mulai dari hari ketibaannya. Seseorang
pegawai yang pulang ke Ibu Pejabatnya
secara sementara selama tidak lebih dari tujuh hari dan kembali meneruskan
tugas yang sama tidak akan
dianggap sebagai menjalankan tugas yang baru tetapi dikira sebagai
menyambung tugas asalnya; dan
5.4.3 seseorang pegawai
layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap sama ada Elaun
Makan atau Elaun Lojing, jika komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan,
Penganjur atau
Pengangkut;
5.5 Belanja Pelbagai
5.5.1 seseorang pegawai layak menuntut Belanja Pelbagai seperti berikut:
(a) tambang pengangkutanan awam tempatan jika
kenderaan tidak disediakan:
(c) belanja dobi yang disokong dengan resit:
(d) bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit:
(e) bayaran "Excess Baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit:
(f) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan
sebagai gantirugi berkaitan dengan pertukaran
kepada matawang asing: dan
(g) 15% daripada Elaun Makan bagi maksud bayaran "tips", "gratuities" atau "porterage".
5.6 Belanja Keraian
5.6.1 seseorang pegawai layak menuntut Belanja Keraian tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
(b) kelulusan bagi sesuatu keraian rasmi seperti jamuan
makan dan sebagainya boleh diberi
jika sesuatu perwakilan itu diketuai oleh seorang Menteri. Belanja mengadakan
keraian yang
diberi secara peribadi iaitu yang bersifat
persendirian tidak boleh dipertanggungkan kepada
Kerajaan: dan
(c) sekiranya ahli-alili sesuatu perwakilan itu terdiri
daripada pegawai-pegawai sahaja, peruntukan
kewangan untuk mengadakan keraian hanya dapat dipertimbangkan oleh Perbendaharaan
jika
dapat ditunjukkan terlebih dahulu bahawa keraian
rasmi terpaksa diadakan untuk kepentingan
Kerajaan;
5.7.1 seseorang pegawai, tetapi
tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di luar negeri yang tertakluk
kepada arahan yang berasingan, adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas
sebanyak $600.00 sekali
dalam tempoh tiga tahun apabila dikehendaki
bertugas di Luar Negeri di negara/kawasan beriklim
sederhana. Bagi tujuan pembayaran Elaun ini,
negara/kawasan beriklim sederhana bermakna,
negara/kawasan yang terletak di utara Garisan
Sartan (Tropic of Cancer) dan negara/kawasan yang
terletak di selatan Garisan Jadi (Tropic of
Capricorn). Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi
ke Luar Negeri atau selewat-lewatnya satu
bulan selepas pulang dari luar negeri. Kelulusan Elaun
hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai
tersebut;
5.8 Belanja Perubatan
5.8.1 seseorang pegawai yang
jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negeri dan terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah
layak menuntut Belanja Perubatan tertakluk kepada
syarat-syarat seperti berikut:
(d) bayaran hospital adalah
ditanggung oleh Kerajaan dan pegawai hanya dikenakan bayaran wad
menurut kadar yang ditetapkan bagi Dalam Negeri kecuali kecederaan yang
berlaku semasa
menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya adalah ditanggung sepenuhnya
oleh Kerajaan,
dan
(e) di negara yang mewajibkan
pengambilan insurans perubatan bagi mendapatkan rawatan hospital,
bayaran premium bagi seseorang pegawai itu adalah ditanggung oleh Kerajaan.
BAHAGIAN II
ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA
BERTUKAR ATAU BERPINDAH RUMAH DALAM NEGERI
BERTUKAR ATAU BERPINDAH RUMAH
KECUALI BAGI SINGAPURA, SELATAN THAILAND,
BRUNEI DARUSSALAM DAN KALIMANTAN
6.1 Kelayakan Memohon Bayaran
kelayakan bagi memohon bayaran secara "lump sum" ini adalah berdasarkan
kepada keadaan-keadaan
seperti berikut:
6.2.1 Semenanjung Malaysia
6.2.2 Sarawak
(b) dalam Bahagian-bahagian, di luar Stesen mengikut kadar-kadar seperti di Lampiran "D";
6.2.3 Sabah (Termasuk Labuan)
6.2.4 Wilayah
6.3 Syarat-syarat Dan Kaedah-kaedah
Bayaran
6.3.1 tuntutan bagi bayaran ini
hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti di
Lampiran
"G" dan panduan mengisi borang
tersebut adalah seperti contoh di Lampiran
"H",
6.3.2 tiada perbelanjaan, bayaran
tambahan atau kemudahan yang layak dituntut bersabit dengan pertukaran
atau perpindahan
tersebut mengikut mana yang berkenaan, umpamanya perbelanjaan bagi menghantar
barang-barang persendirian ke tempat lain,
bayaran kerana menginap di hotel/rumah persinggahan dan penyediaan penginapan
Kementerian/Jabatan/Agensi.Walau apapun
peruntukan di atas,jika pengangkutan barang-barang persendirian dan perjalanan
pegawai disediakan oleh Kerajaan maka pegawai
tidak layak menuntut unsur-unsur tambang pengangkutan barang-barang atau
tambang perjalanan mengikut mana yang berkenaan:
6.3.3 pembayaran bagi semua
perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan pertukaran atau perpindahan rumah
mengikut mana yang
berkenaan adalah menjadi tanggungjawab pegawai sendiri;
6.3.4 bayaran secara "lump
sum" bagi pertukaran atau perpindahan rumah mengikut mana yang berkenaan
adalah dibayar secara "grant"
yang tidak memerlukan pegawai mengemukakan resit. Walau bagaimanapun, bagi
pengangkutan melalui laut, resit yang dikeluarkan
oleh syarikat pengangkutan barang-barang yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan hendaklah disimpan sebagai pengesahan,
jika dikehendaki;
6.3.5 pegawai layak menuntut
perbelanjaan bagi mengangkut kenderaannya yang disokong dengan resit sebagai
tambahan kepada
tuntutan bayaran secara 'lump sum' tersebut apabila bertukar ke tempat-tempat
yang tidak boleh dihubungi dengan cara berkereta;
6.3.6 pembayaran bagi tuntutan
pertukaran boleh dibuat oleh Kementerian/Jabatan/Agensi tempat asal atau
tempat baru pegawai
bertugas, mengikut kesesuaiannya;
6.3.7 pegawai yang bertukar atau
berpindah rumah mengikut mana yang berkaitan tanpa membawa keluarga layak
menuntut bayaran
tersebut atas kadar bujang terlebih dahulu. Apabila keluarga pegawai datang
kemudian, pegawai layak menuntut bakinya iaitu
perbezaan antara kadar keluarga dengan kadar bujang. Jika pegawai dan isteri/suami
pegawai adalah kakitangan Kerajaan hanya
salah seorang sahaja layak membuat tuntutan bayaran tersebut berdasarkan
kepada kadar kelayakan pegawai atau kadar kelayakan
isteri/suami pegawai, mengikut mana yang lebih tinggi;
6.3.8 bagi perpindahan rumah di dalam
Stesen tetapi melibatkan dua Negeri/ Bahagian yang bersempadanan/bersebelahan,
perkiraan
tuntutan bayaran perpindahan rumah tersebut adalah berdasarkan kepada kelayakan
dalam Stesen dalam Negeri atau Bahagian
mengikut mana yang berkenaan;
6.3.9 perpindahan rumah dari rumah
sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah sendiri yang dibeli melalui
Skim Pinjaman Perumahan
Kerajaan seperti yang dinyatakan di perenggan 6.1 (c) di atas adalah tertakluk
kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah
tersebut. Walau bagaimanapun,jika perpindahan rumah tersebut tidak melibatkan
perbelanjaan pengangkutan barang-barang
misalnya perpindahan rumah dalam tingkat/blok/kompleks yang sama maka pegawai
hanya layak menuntut 2/3 daripada bayaran
penuh. Permohonan hendaklah dikemukakan di dalam tempoh tidak lewat daripada
3 bulan selepas tarikh perpindahah rumah
dilakukan. Seterusnya Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa peruntukan
perengan 3.2 (iii) Surat Pekeliling Perkidmatan Bil.
10 Tahun 1989 dipatuhi;
6.3.10 walau apapun peruntukan-peruntukan
di atas, seseorang pegawai yang bertukardalam Stesen tidak layak menuntut
bayaran secara
'lump sum' tersebut; dan
6.3.11 walaupun tuntutan bayaran pertukaran
atau perpindahan rumah mengikut mana yang berkenaan dibayar secara "lump
sum", pengangkutan barang-barang melalui kapal laut hendaklah dilaksanakan
dengan menggunakan syarikat-syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
BERTUKAR ATAU BERPINDAH RUMAH BAGI SINGAPURA,
SELATAN THAILAND,
BRUNEI DARUSSALAM DAN KALIMANTAN
7. Seseorang pegawai yang bertukar atau berpindah rumah sama ada diarah atau atas permohonan sendiri layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan pertukaran atau perpindahan rumah tersebut dalam keadaan-keadaan seperti berikut:
(a) berpindah rumah
dari rumah sendiri/rumah sewa./rumah Kerajaan ke rumah Kerajaan atau rumah
yang sewanya dibayar oleh Kerajaan di dalam Stesen atas arahan pihak berkuasa
tertentu;
(b) bertukar ke luar Stesen; dan
(c) berpindah rumah
dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah yang dibeli melalui
Skim
Pinjaman Perumahan Kerajaan sama ada di dalam atau di luar Stesen tertakluk
kepada syarat seperti
yang dinyatakan di perenggan 6.3.9 di atas.
8.
Kadar-kadar dan syarat-syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran pertukaran
atau perpindahan rumah mengikut mana yang berkenaan adalah
seperti berikut:
8.1 Perbelanjaan Pengangkutan
8.1.2 seseorang pegawai
layak menuntut tambang pengangkutan awam bagi diri dan keluarganya. Seseorang
orang gaji dibenarkan
menaiki kenderaan yang sama seperti ahli-ahli keluarga pegawai.Sama
ada orang gaji berkenaan menaiki kenderaan yang sama dengan pegawai itu
ataupun tidak, tambangnya hendaklah yang paling
murah sekali;
8.1.3 seseorang pegawai
layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan seperti di perenggan 4.7 sekiranya
pegawai tersebut
menggunakan kenderaannya sendiri:
8.1.4 seseorang pegawai yang
bertukar dari Singapura dan Selatan Thailand ke Sarawak, Sabah (termasuk
Labuan), Brunei
Darussalam atau Kalimantan dan sebaliknya serta dari Kalimantan
dan Brunei Darussalam Ke Sarawak,Sabah, Singapura,
Selatan Thailand atau Semenanjung Malaysia dan sebaliknya layak menuntut
Perbelanjaan Pengangkutan melalui kapal laut
dengan syarat tuntutan tersebut disokong dengan resit dan tidak melebihi
had muatan yang ditetapkan seperti berikut:
8.1.5 seseorang pegawai
layak menuntut perbelanjaan mengangkut kenderaannya yang disokong dengan
resit apabila bertukar ke
tempat-tempat yang tidak boleh dihubungi dengan cara berkereta; dan
8.1.6 seseorang pegawai
tidak layak menuntut Perbelanjaan Pengangkutan jika kemudahan pengangkutan
disediakan oleh Kerajaan atau
Penganjur;
8.2 Elaun Gantian Makan
dan Bayaran Sewa Hotel
8.2.2 seseorang pegawai
yang berpindah rumah di dalam Stesen yang sama layak menuntut Elaun Gantian
Makan untuk dua hari bagi diri
dan keluarganya;
8.2.3 bagi tujuan penginapan
di hotel atau rumah persinggahan, seseorang pegawai dan keluarganya layak
menduduki bilik kelamin
dengan syarat tiap-tiap bilik kelamin itu digunakan oleh tidak kurang daripada
2 orang. Jika mengunakan bilik kelamin, seseorang
pegawai layak menuntut tambahan bayaran Sewa Hotel sebanyak 25 % daripada
kadar yang tersebut di perenggan 4.3 bagi
tiap-tiap bilik kelamin itu;
8.2.4 seseorang pegawai di dalam
Kategori I bergaji $3,872 dan ke atas adalah layak menutut. Bayaran Sewa
Hotel bilik kelamin
tertakluk kepada syarat di perenggan 8.2.3 di atas;
8.2.5 seseorang pegawai yang
terpaksa bermalam di pertengahan jalan atas sebab-sebah yang
munasabah layak menuntut Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Gantian Makan selama
beberapa hari di
pertengahan jalan itu bagi diri dan keluarganya iaitu selain dari kelayakannya
di perenggan 8.2.1 di atas:
dan
8.2.6 kadar-kadar Elaun Gantian Makan adalah seperti berikut:
Semenanjung
Malaysia,
Sabah
Kalimantan (Termasuk
Singapura
dan Selatan Labuan)/
dan Brunei
Gred/Kategori
Thailand
Sarawak
Darussalam
($)
($)
($)
Gred Utama/Khas "A"
115.00
165.00
195.00
dan ke atas
Kategori I bergaji $3,872
85.00
115.00
135.00
hingga Gred Utama/
Khas "B"
Kategori III bergaji $3,138
60.00
80.00
95.00
hingga Kategori I bergaji
$3,871
Kategori III bergaji $2,456
45.00
65.00
75.00
hingga $3,137 dan Kategori
IV bergaji $2,404 ke atas
Kategori III bergaji $2,455
40.00
50.00
60.00
ke bawah dan Kategori IV
bergaji $2,403 ke bawah
Kategori V dan VI
35.00
46.00
55.00
Kategori VII
32.00
43.00
50.00
Kategori VIII
30.00
40.00
47.00
Kategori IX
26.00
36.00
43.00
Kategori X
23.00
33.00
40.00
Kategori XI
20.00
30.00
35.00
8.3.1 seseorang pegawai yang
bertukar adalah layak menuntut Pemberian Pindahan. Tujuan Pemberian
Pindahan ialah bagi membayar belanja-belanja seperti bungkus mernbungkus,
bayaran buruh, bayaran stor,
insurans dan apa-apa perbelanjaan lain yang perlu ditanggung oleh pegawai
untuk mengemas dan menjaga
keselamatan barang-barangnya;
8.3.2 seseorang pegawai yang
bertukar atau berpindah rumah, yang mana berkenaan tanpa membawa
keluarganya bersama layak menuntut Pemberian Pindaan mengikut kadar bagi
pegawai bujang sahaja.
Apabila keluarga pegawai datang kemudian, pegawai layak menuntut baki Pemberian
Pindahan yang ada;
8.3.3 seseorang pegawai yang
berpindah rumah di dalam Stesen yang sama layak menuntut sebanyak
2/3 daripada Pemberian Pindahan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat
di perenggan 7 (a) dan (c) di
atas atau perpindahan rumah di dalam Stesen yang sama atas keadaan-keadaan
yang di luar kawalan
seseorang pegawai dan setelah mendapat persetujuan Jabatan Perkhidmatan
Awam; dan
8.3.4 kadar-kadar Pemberian Pindahan adalah seperti berikut:
Kalimantan dan
Singapura dan
selatan Thailand ___
Brunei Darussalam_
Gred/Kategori
Bujang Keluarga
Bujang Keluarga
($)
($)
($)
($)
Gred Utama/Khas "A" dan
600.00 1,200.00
800.00 1,600.00
ke atas
Kategori I bergaji $3,872
500.00 1,000.00
700.00 1,400.00
hingga Utama/Khas "B"
Kategori III bergaji $3,138
450.00 900.00
650.00 1,300.00
hingga Kategori I bergaji
$3,871
Kategori III bergaji $2,456
400.00
800.00
600.00 1,200.00
hingga $3,137 dan Kategori
IV bergaji $2,404 ke atas
Kategori III bergaji $2,455
350.00
700.00
550.00 1,100.00
ke bawah dan Kategori Iv
bergaji $2,403 ke bawah
Kategori V dan VI
300.00
600.00
400.00
800.00
Kategori VII
250.00
500.00
350.00
700.00
Kategori VIII
200.00
400.00
300.00
600.00
Kategori IX
180.00 360.00
250.00
500.00
Kategori X
150.00 300.00
200.00
400.00
Kategori XI
100.00 200.00
150.00
300.00
8.4
Belanja Pelbagai
(b) 3% dari jumlah
tuntutan pertukaran atau perpindahan rumah mengikut mana yang
berkenaan sebagai gantirugi berkaitan dengan pertukaran kepada matawang
asing;
KEMUDAHAN PERJALANAN DENGAN KAPAL TERBANG
9.1 Semua perjalanan udara hendaklah
dilaksanakan dengan penerbangan MAS seperti yang dinyatakan
di dalam Surat Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 1984 dan termasuk pindaannya
melalui Surat bil. PMS (S)
17050 bertarikh 7 April 1986 serta pindaan-pindaan lain mengenainya yang
dibuat dari masa ke semasa;
9.2 perjalanan udara hendaklah melalui arah perjalanan yang paling dekat;
9.3 kelayakan Kelas-kelas
tempat duduk penerbangan pegawai adalah seperti berikut:
9.3.2 Penerbangan Ke
Luar Negeri
9.5 sekiranya penganjur
menyediakan kemudahan penerbangan tetapi Kelas yang diberi adalah rendah
dari
Kelas yang dilayaki, maka pegawai layak mendapat kemudahan sebagaimana
kelayakannya dengan perbezaan
tambang ditanggung oleh Kerajaan.
PENDAHULUAN DIRI
10.1 unsur elaun dan
bayaran yang layak adalah hanya Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel bagi
hari-hari
yang terlibat sahaja:
10.3 pemberian Pendahuluan Diri tidak boleh dianggap sebagai satu kelulusan bagi membuat lawatan ke luar negeri;
10.4 seseorang pegawai
yang telah diberi Pendahuluan Diri hendaklah membayar balik Pendahuluan
Diri itu melalui tuntutan perjalanannya.
Tuntutan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan tidak lewat
daripada 10 haribulan, bulan yang berikutnya. Sekiranya
jumlah tuntutan perjalanan itu kurang daripada jumlah Pendahuluan Diri
yang diambil, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan baki
Pendahuluan Diri yang belum selesai itu dari pegawai sendiri semasa pegawai
berkenaan mengemukakan tuntutan perjalanannya. Sekiranya
seseorang pegawai itu gagal membayar balik Pendahuluan Diri menurut tempoh
yang ditetapkan, Ketua Jabatan hendaklah memotong gaji
pegawai berkenaan pada bulan yang berikutnya atau bayaran penalti sebanyak
10% setahun akan dikenakan kepadanya selepas
berakhirnya tempoh yang ditetapkan di atas selaras dengan peruntukan di
perenggan 2.1, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun
1990; dan
10.5 seseorang pegawai
tidak layak diberi sebarang Pendahuluan Diri selanjutnya jika beliau belum
menjelaskan sepenuhnya sebarang
Pendahuluan Diri berkaitan dengan tuntutan perjalanan yang telah diluluskan
kepadanya.
11. Seseorang pegawai yang menjadi urusetia sesuatu Persidangan Kebangsaan atau Antarabangsa yang dilangsungkan sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya, tetapi tidak termasuk Urusetia Tetap, atau seseorang pegawai yang ditugaskan sebagai pegawai protokol di dalam Persidangan Antarabangsa adalah layak menuntut Bayaran Saguhati (Honorarium) seperti di perenggan-perenggan berikut:
11.1 Persidangan Kebangsaan
11.1.1 kadar Bayaran Saguhati adalah seperti berikut:
Gred/Kategori
Kadar ($)
( sehari)
Kategori IV dan ke atas 30.00
Kategori VI dan VII 25.00
Kategori VIII dan IX 20.00
Kategori X dan XI
15.00
11.2 Persidangan Antarabangsa
11.2.1 kadar Bayaran Saguhati adalah seperti berikut:
Gred/Kategori
Kadar ($)
(sehari)
Kategori IV dan ke atas 30.00
Kategori VI dan VII 25.00
Kategori VIII dan IX 20.00
Kategori X dan XI 15.00
11.2.2 kadar Bayaran Saguhati Pegawai Protokol adalah seperti berikut:
Gred/Kategori
Kadar ($)
(sehari)
Kategori IV dan ke atas 30.00
Kategori VI dan VII 25.00
Kategori VIII dan IX 20.00
Kategori X dan XI
15.00
12. Syarat-syarat tuntutan Bayaran Saguhati di atas adalah seperti berikut:
12.1 persidangan tersebut
hendaklah berasal daripada keputusan Jumaah Menteri, Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Negara atau Setiausaha Kerajaan Negeri;
12.2 persidangan tersebut hendaklah dianjurkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan peringkat Persekutuan atau Negeri,
12.3 pegawai tersebut bertugas melebihi 3 jam selepas waktu pejabat;
12.4 Bayaran Saguhati
layak dituntut bagi tiap-tiap hari Persidangan, satu hari sebelum dan sehari
selepasnya. Kebenaran Perbendaharan
hendaklah diperolehi bagi menuntut Bayaran Saguhati melebihi satu hari
sebelum
atau satu hari selepasnya tertakluk kepada syarat bahawa tugas penyediaan
dan tugas menamatkan Persidangan tersebut melebihi dari
satu hari;
12.5 Tuntutan Bayaran Saguhati
Pegawai Protokol adalah bermula pada hari tibanya wakil-wakil Persidangan
atau Tetamu Negara dan
sehiggalah mereka bertolak pulang dari Malaysia;
12.6 Bayaran Saguhati layak dituntut atas kadar 50% sahaja jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur: dan
12.7 seseorang pegawai
yang menuntut Bayaran Saguhati tidak layak bagi menuntut Elaun Lebih
Masa
dan Elaun Makan.
ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KERANA
HADIR DI MAHKAMAH
BAHAGIAN VII
15. Dua orang tetamu yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat atau Darjah Kebesaran bagi seseorang pegawai atau pesara adalah layak juga menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di mana kadarnya adalah mengikut kelayakan pegawai tersebut atau bagi tetamu pesara pula kadarnya adalah mengikut gred jawatan yang akhir sebelum pegawai tersebut bersara.
16.
Seseorang pegawai yang diundang dan hadir untuk menerima Pingat "Posthumous"
dan dua orang tetamu yang diundang dan hadir bersama pegawai tersebut adalah
layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan kelayakan
pegawai yang meninggal berkenaan. Tuntutan ini hendaklah dikemukakan kepada
Jabatan Perdana Menteri.
BAHAGIAN VIII
BAHAGIAN IX
PEMAKAIAN, TARIKH KUATKUASA DAN PEMBATALAN
PEMAKAIAN
18.
Pekeliling ini adalah juga dipanjangkan pemakaiannya kepada pegawai-pegawai
dalam Perkhidmatan Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan.
TARIKH KUATKUASA
19. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992 ini berkuatkuasa mulai dari 1 Julai, 1992.
(a) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1990;
(b) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 14 Tahun 1986;
(c) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1990;
(d) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 1991; dan
(e) Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.
DATO' DR MAZLAN BIN AHMAD,
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan I,
b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian Kewangan
24 Jun, 1992.