Siri NO 3215
     
     

    KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
    MALAYSIA
    _________________
    PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 9 TAHUN 1991
    _________________

    PELAKSANAAN SISTEM SARAAN BARU
    BERDASARKAN LAPORAN JAWATANKUASA
    KHAS KABINET MENGENAI GAJI
    SEKTOR AWAM 1991


     
    KANDUNGAN
    Bil.
    Tajuk
    Muka Surat
    1. TUJUAN
    1
    2. LATAR BELAKANG
    1
    3. GLOSERI ISTILAH
    1
    4. STRUKTUR PERKHIDMATAN
    1
         Kumpulan Perkhidmatan
    2
           Penentuan Jawatan-jawatan Utama dan Gred Khas
    2
         Klasifikasi Perkhidmatan
    2
         Pembentukan Semula Skim-skim Perkhidmatan
    3
         Format Iklan Bagi Lantikan Baru
    3
         Perkhidmatan-perkhidmatan Kritikal
    3
         Kedudukan Skim-skim Perkhidmatan Jumud
    3
         Kedudukan Skim-skim Perkhidmatan Ad Hoc
    3
         Pengasingan Pengurusan Saraan Badan-badan Berkanun Tertentu
    4
    5. STRUKTUR SARAAN
    4
         Struktur Saraan Baru
    4
         Jadual Gaji Matriks
    4
         Prinsip Pemindahan Gaji
    5
         Kaedah Pemindahan Gaji
    5
         Sifir Pemindahan Gaji
    5
         Perubahan Tarikh Pergerakan Gaji
    5
         Tanggagaji Khas Untuk Penyandang
    7
         Anggota Yang Kekal Dalam Skim Dan Syarat-syarat Perkhidmatan
         Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976
    7
         Pemindahan Gaji Bagi Guru Sandaran
    7
         Pelarasan Gaji Bagi Anggota Yang Dilantik Secara Sementara
         Atau Kontrak
    7
         Penetapan Kadar Bayaran Anggota Yang Dilantik Secara Sambilan
         Dan Sangkut
    7
         Prinsip dan Kriteria Pemberian Elaun
    7
         Elaun Yang Dikekalkan
    8
         Elaun Baru
    8
         Elaun Yang Digugurkan
    8
         Prinsip Dan Kriteria Pemberian Kemudahan
    8
         Kemudahan Yang Dikekalkan
    9
         Kemudahan Baru
    9
         Kemudahan Yang Digugurkan
    9
         Kaedah Baru Pembayaran Elaun dan Pemberian Kemudahan
    9
         Elaun dan Kemudahan Bagi Anggota Yang Berkhidmat Di Luar Negeri
    10
    6. SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
    10
         Perlantikan
    10
         Tempoh Percubaan
    10
         Pemberian Taraf Berpencen
    10
         Prinsip Penetapan Gaji Masuk
    10
         Prinsip Penetapan Gaji Bagi Kenaikan Pangkat
    11
         Pergerakan Gaji Tahunan
    11
         Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan
    12
         Kenaikan Pangkat Dan Sistem Penilaian Prestasi
    12
         Elaun Gabungan Gred
    13
    7. FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN
    13
         Faedah-faedah Persaraan
    13
         Tempoh Perkhidmatan Yang Terputus
    13
         Persaraan Pilihan Sendiri
    13
    8. OPSYEN DAN PILIHAN SENDIRI
    14
         Opsyen
    14
         Tempoh Opsyen
    14
         Pelaksanaan Opsyen
    14
         Anggota Yang Cuti Berkursus Atau Bercuti Tanpa Gaji Dalam
         Tempoh Opsyen
    14
         Anggota Yang Bersara Dalam Tempoh Opsyen
    14
         Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Tempoh Opsyen
    14
         Syarat-syarat Opsyen
    14
    9. JENTERA PENYELESAIAN TUNTUTAN ANOMALI
    15
         Tuntutan Anomali
    15
         Rujukan Anomali
    15
    10. GARIS PANDUAN
    15
    11. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN
    YANG PERLU DIUBAHSUAI ATAU DIMANSUHKAN
    15
    12. PEMAKAIAN
    15

     
    SENARAI LAMPIRAN
    Muka
    Surat
     
    Lampiran A -    Gloseri Istilah
    19
    Lampiran B1 -    Klasifikasi Perkhidmatan
    25
    Lampiran B2 -    Senarai Skim Perkhidmatan Baru
          Di Bawah Sistem Saraan Baru
    29
    Lampiran B3 -    Skim-skim Perkhidmatan Baru
    55
    Lampiran B4 -    Contoh Format Iklan Skim Perkhidmatan
          Baru
    803
    Lampiran B5 -    Senarai Perkhidmatan Kritikal
    807
    Lampiran B6 -    Senarai Skim Perkhidmatan Yang Telah
          Jumud Sebelum Pelaksanaan Sistem 
          Saraan Baru
    811

     

    Lampiran B7 -    Skim-skim Perkhidmatan Baru Untuk
          Perkhidmatan-perkhidmatan Yang Telah 
          Jumud Sebelum Sistem Saraan Baru
    815

     

    Lampiran B8 -    Format Keterangan Lanjut Skim
         Perkhidmatan Jumud Yang Tidak
         Tersenarai Dalam Lampiran B6
    869

     

    Lampiran B9 -    Senarai Skim Perkhidmatan Yang
         Dijumudkan Dalam Pelaksanaan 
         Sistem Saraan Baru
    873

     

    Lampiran B10

     

    -    Skim-skim Perkhidmatan Baru Untuk
         Perkhidmatan-perkhidmatan Yang 
         Dijumudkan Dalam Pelaksanaan
         Sistem Saraan Baru
    879
     

     

    Lampiran B11
     
     
     

     

    -    Syarat KPSL Secara Istimewa Bagi
         Penyandang Dalam Perkhidmatan Jumud
         Kesan Dari Pelaksanaan Struktur Baru 
         Perkhidmatan Teknikal dan Struktur
         Baru Perkhidmatan Pentadbiran
         Ke Perkhidmatan Yang Lebih Tinggi
         Di Bawah SSB
    1019
     
     
     
     

     

    Lampiran B12 -    Syarat KPSL Penyandang Dalam
         Perkhidmatan Jumud Ke Perkhidmatan
         Yang Lebih Tinggi Di Bawah SSB
    1023

     

    Lampiran B13 -    Syarat-syarat Perkhidmatan Bagi Penyandang-
         penyandang Yang Dilantik Menerusi KPSL
         Di Bawah SSB
    1035

     

    Lampiran B14 -    Format Keterangan Lanjut Yang Diperlukan
         Untuk Sesuatu Perkhidmatan Ad Hoc
    1039
    Lampiran C1 -    Indeks Skim Perkhidmatan dan Sifir
         Pemindahan Gaji
    1045
    Lampiran C2 -    Sifir Pemindahan Gaji Bagi Jawatan Utama
    1289
    Lampiran C3 -    Sifir Pemindahan Gaji Bagi Jawatan Gred Khas
    1299
    Lampiran C4

     

    -    Perubahan Tarikh Pergerakan Gaji Anggota
         Yang Berpindah Daripada Dua Atau Lebih
         Matagaji Kepada Satu Matagaji Pada
         1 Januari 1992
    1305
     

     

    Lampiran D1 -    Senarai Elaun Yang Dikekalkan
    1311
    Lampiran D2 -    Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred
         Khas
    1317
    Lampiran D3 -    Senarai Elaun Yang Digugurkan
    1321
    Lampiran D4 -    Senarai Kemudahan Yang Dikekalkan
    1325
    Lampiran D5 -    Jadual Pemberian Elaun dan Kemudahan
         Mengikut Kategori
    1329
    Lampiran D6 -    Syarat, Kelayakan Serta Kadar Elaun Dalam 
         Sistem Saraan Baru Berdasarkan Kaedah baru
    1333
    Lampiran D7 -    Syarat, Kelayakan Serta Kadar Kemudahan
         Dalam Sistem Saraan Baru Berdasarkan
         Kaedah Baru
    1347

     

    Lampiran E1 -    Surat Tawaran Opsyen Sistem Saraan Baru
         Kepada Anggota Tetap Sektor Awam
    1355
    Lampiran E2 -    Borang Pilihan Sendiri
    1363

    [JPA. (S) 256/21/Klt. 2 (19).]
     
     

    KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
    MALAYSIA

    ____________________

    PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 9 TAHUN 1991
    ____________________
     

    PELAKSANAAN SISTEM SARAAN BARU
    BERDASARKAN LAPORAN JAWATANKUASA KHAS KABINET
    MENGENAI GAJI SEKTOR AWAM 1991


    TUJUAN

    1.    Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim-skim perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, syarat-syarat perkhidmatan
    dan faedah persaraan bagi semua anggota lantikan tetap sektor awam mulai 1 Januari 1992.

    2.    Pekeliling ini juga menjelaskan kaedah pemindahan dan pergerakan gaji di bawah Sistem Saraan Baru.

    LATAR BELAKANG

    3.    Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam (JKK-MGSA) 1991 telah mengkaji sistem dan
    struktur perkhidmatan sektor awam secara, menyeluruh dengan tujuan untuk membentuk satu sistem pengurusan
    personel sektor awam yang boleh meningkatkan keupayaan dan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menghadapi perubahan dan cabaran persekitaran masa hadapan.

    4.    Hasil kajian Jawatankuasa ini yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991 telah diterima oleh Kerajaan. Berdasarkan Laporan itu, Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Sistem Saraan Baru (SSB).

    5.    SSB mengutamakan dua unsur penting, iaitu, fleksibiliti dan galakan untuk meningkatkan lagi produktiviti
    dan kualiti perkhidmatan bagi mempercepatkan proses pembangunan negara.

    GLOSERI ISTILAH

    6.    Beberapa istilah baru berhubung dengan skim-skim perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan digunakan dalam Pekeliling ini. Tafsiran istilah tersebut adalah seperti di Lampiran A.

    STRUKTUR PERKHIDMATAN

    7.    Kerajaan telah bersetuju supaya beberapa perubahan dan pengukuhan dibuat kepada struktur perkhidmatan
    sektor awam mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976). Perubahan ini perlu sebagai satu langkah strategik jangka panjang untuk meningkatkan keupayaan sektor awam bagi memainkan peranannya secara cekap
    dan berkualiti dalam proses pembangunan negara.

    Kumpulan Perkhidmatan

    8.    Di bawah struktur perkhidmatan sektor awam mengikut Laporan JKK 1976, kumpulan gaji dibahagikan kepada empat, iaitu, Kumpulan A, B, C dan D. Dalam SSB, struktur ini disusun semula kepada tiga kumpulan perkhidmatan, iaitu, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan. Kumpulan gaji mengikut Laporan JKK 1976 yang bersamaan dan yang diganti oleh tiga kumpulan baru ini adalah seperti di Jadual 1-1.
     


    JADUAL 1-1
    KUMPULAN PERKHIDMATAN


     
    Kumpulan
    Perkhidmatan Baru
    Gred-gred Mengikut
    Laporan JKK 1976
         Kumpulan Pengurusan
         Tertinggi

             (a)  Jawatan-jawatan Utama

             (b)  Jawatan-jawatan Gred Khas

         Kumpulan Pengurusan dan
         Profesional
     
     
     

         Kumpulan Sokongan

     


     
     

         Tingkatan Tertinggi 'C' dan ke atas

         Semua gred di bawah Kumpulan Gaji A 
         daripada Tingkatan Tertinggi 'D' dan ke 
         bawah (kecuali A24 dan perkhidmatan-
         perkhidmatan tertentu yang digolongkan
         dalam Kumpulan Sokongan)

         Semua gred di bawah Kumpulan Gaji B, C
         dan D termasuk IMG.

    9.    Tujuan memperkemaskan struktur perkhidmatan adalah untuk mengurangkan peringkat-peringkat hierarki yang kurang perlu serta mengatasi masalah-masalah organisasi berkaitan dengan pengagihan tugas serta penentuan gred jawatan.

    Penentuan Jawatan-jawatan Utama Dan Gred Khas

    10.   Penentuan Jawatan-jawatan Utama ialah untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti kepimpinan pengurusan dalam sektor awam. Jawatan-jawatan Gred Khas pula ditentu berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman penyandangnya.

    11.   Jawatan-jawatan Utama adalah jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi 'C' dan ke atas dalam struktur perkhidmatan mengikut Laporan JKK 1976 termasuk jawatan-jawatan setaraf dalam Perkhidmatan-perkhidmatan Tentera dan Polis yang menjalankan tugas pengurusan peringkat tertinggi dan penggubalan dasar negara.

    12.   Jawatan-jawatan Gred Khas adalah jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi 'C' dan ke atas dalam struktur perkhidmatan mengikut Laporan JKK 1976 yang memerlukan kepakaran dan pengalaman tertentu tetapi tidak menjalankan tugas pengurusan peringkat tertinggi dan penggubalan dasar negara.

    13.   Penentuan jawatan-jawatan Utama dan Gred Khas adalah diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi.

    Klasifikasi Perkhidmatan

    14.   Skim-skim perkhidmatan tetap dalam perkhidmatan awam adalah disusun semula kepada 19 Klasifikasi Perkhidmatan berasaskan persamaan peranan, bidang dan fungsi. Senarai Klasifikasi Perkhidmatan berkenaan
    adalah seperti di Lampiran B1.

    Pembentukan Semula Skim-skim Perkhidmatan

    15.   Senarai skim-skim perkhidmatan tetap mengikut Laporan JKK 1976 kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera, adalah dibentuk semula di bawah klasifikasi masing-masing seperti di Lampiran B2. Skim-skim perkhidmatan yang
    baru adalah seperti di Lampiran B3. Skim-skim perkhidmatan bagi Polis Di Raja Malaysia akan di keluarkan secara berasingan.

    Format Iklan Bagi Lantikan Baru

    16.   Semua perlantikan ke dalam perkhidmatan awam mulai 1 Januari 1992 hendaklah mengikut skim-skim perkhidmatan baru di bawah SSB. Format iklan hendaklah diasaskan kepada skim-skim perkhidmatan itu mengikut contoh seperti di Lampiran B4.

    Perkhidmatan-perkhidmatan Kritikal

    17.   Beberapa perkhidmatan ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal berasaskan perkara-perkara berikut:

            17.1    peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara;

            17.2    persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih;

            17.3    kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut; dan

            17.4    keadaan persekitaran tempat kerja.

    18.   Berdasarkan kajian awal, Kerajaan telah menetapkan beberapa perkhidmatan sebagai Perkhidmatan Kritikal seperti senarai di Lampiran B5.

    19.   Bagi menarik calon dan mengekalkan anggota dalam perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, suatu bayaran insentif disediakan. Kadar bagi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal adalah seperti ditetapkan di perenggan 52.2.

    20.   Kedudukan Perkhidmatan Kritikal akan ditentukan semula setiap lima tahun sekali.

    Kedudukan Skim-skim Perkhidmatan Jumud

    21.   Skim-skim perkhidmatan yang jumud di bawah Laporan JKK 1976 akan terus jumud di bawah SSB. Senarainya adalah seperti di Lampiran B6.

    22.   Skim perkhidmatan yang jumud tersebut adalah juga diperuntukkan skim baru untuk menampung penyandang yang sedia ada. Skim-skim perkhidmatan baru bagi perkhidmatan yang jumud ini adalah seperti di Lampiran B7. Agensi diminta menyemak jika ada lagi perkhidmatan jumud yang tidak disenaraikan di Lampiran B6 dan mengemukakan maklumat mengenainya berasaskan format di Lampiran B8 ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    23.   Skim-skim perkhidmatan yang dijumudkan di bawah SSB seperti disenaraikan di Lampiran B9 adalah juga diperuntukkan skim baru seperti di Lampiran B10 bagi menampung penyandang yang sedia ada. Pengambilan baru
    ke perkhidmatan-perkhidmatan ini dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang telah jumud sebelum ini tidak dibenarkan.

    24.   Perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke perkhidmatan yang lebih tinggi yang wujud sebelum pelaksanaan SSB, di mana sesuai, dikekalkan. Perbekalan KPSL yang dikekalkan dalam skim-skim berkaitan adalah seperti di Lampiran B11, B12 dan B13.

    25.   Peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan jumud akan dikekalkan.

    Kedudukan Skim-skim Perkhidmatan Ad Hoc

    26.   Skim-skim perkhidmatan ad hoc dikekalkan dalam bentuk yang ada sehingga kajian lanjut dibuat atas
    perkhidmatan berkenaan. Ketua agensi diminta menyemak perkhidmatan ad hoc yang terdapat di agensi masing-
    masing dan mengemukakan maklumat mengenainya ke JPA mengikut format di Lampiran B14.

    Pengasingan Pengurusan Saraan Badan-badan Berkanun Tertentu

    27.   Pengasingan pengurusan saraan Badan-badan Berkanun tertentu bertujuan untuk menjadikan agensi-agensi
    ini lebih bertanggungjawab (accountable) serta responsif kepada kehendak persekitaran dengan diberi kebebasan pengurusan yang diperlukan. Badan-badan Berkanun yang menjalankan fungsi-fungsi yang bercorak komersial dan pelaburan serta sudahpun mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh seperti Bank Simpanan Nasional,
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan
    Tentera dan Pertubuhan Keselamatan Sosial diasingkan pengurusan saraannya daripada sistem saraan sektor
    awam. Kerajaan akan mengkaji Badan-badan Berkanun yang boleh diberikan taraf pengasingan pengurusan saraan
    dari semasa ke semasa.

    STRUKTUR SARAAN

    Struktur Saraan Baru

    28.   Struktur Saraan Baru mengandungi Gaji Pokok, Imbuhan Tetap dan Komponen Berubah. Gambar rajah Struktur Saraan Baru adalah seperti di bawah:

                Gaji            +            Imbuhan            +            Komponen            =            Jumlah
                Pokok                      Tetap                               Berubah

                Tetap                        Tetap                               Tidak Tetap

    29.   Huraian kepada komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut:

            29.1    Gaji Pokok adalah amaun yang ditetapkan bagi anggota sektor awam berasaskan konsep
                       gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas, iaitu, makanan, pakaian dan perumahan;

            29.2    Imbuhan Tetap meliputi Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan
                      Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas; dan

            29.3    Komponen Berubah merupakan unsur baru yang menepati keperluan fleksibiliti dan galakan dalam
                       SSB. Antara bayaran yang ditetapkan dalam komponen ini ialah Imbuhan Tahunan dan Bayaran
                      Insentif Perkhidmatan Kritikal. Imbuhan Tahunan adalah bayaran yang dibuat tertakluk kepada
                       keadaan ekonomi negara dan kedudukan kewangan Kerajaan.

    Jadual Gaji Matriks

    30.   Jadual Gaji Matriks [Matrix Salary Schedule (MSS)] diwujudkan dalam SSB untuk keseluruhan perkhidmatan awam kecuali Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas yang menggunakan tanggagaji berbentuk selapis.

    31.   Struktur gaji dalam MSS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

            31.1    matagaji mengikut susunan Tangga (T) secara mendatar (horizontal);

            31.2    setiap gred dalam MSS mengandungi tiga Peringkat (P) matagaji yang disusun secara menegak; dan

            31.3    matagaji yang disusun mengikut tiga Peringkat itu menetapkan kadar kenaikan yang berbeza, iaitu,
                       kadar pada P3 adalah lebih tinggi daripada P2 dan P2 pula adalah lebih tinggi daripada P1.

    Contoh MSS bagi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan, Gred N9 adalah seperti di bawah:

    Gred N9

     
    T1
    T2
    T3
    T4
    . . .
    T20
    T21
    T22
    T23
    P1
    470
    497
    524
    551
    . . .
    1024
    1068
    1112
    1156
    P2
    498
    526
    554
    582
    . . .
    1090
    1136
    1182
    1228
    P3
    527
    556
    585
    614
    . . .
    1159
    1207
    1255
    1303

    Prinsip Pemindahan Gaji

    32.   Prinsip pemindahan gaji daripada gaji pokok hakiki JKK 1976 kepada SSB hendaklah berdasarkan pemindahan kepada matagaji yang sama atau matagaji yang lebih tinggi berhampiran.

    Kaedah Pemindahan Gaji

    33.   Pemindahan kepada gaji SSB hendaklah mengambilkira gaji pokok hakiki JKK 1976 dan dicampurkan kadar kenaikan yang ditetapkan, iaitu, sama ada 8%, 9% atau 10% mengikut Klasifikasi Perkhidmatan yang berkenaan untuk memperolehi satu jumlah gaji. Jumlah gaji ini dipindahkan kepada matagaji baru yang sama atau matagaji yang lebih
    tinggi berhampiran di P1, Tangga yang sesuai dalam Gred Gaji MSS yang berkenaan pada 1 Januari 1992. Proses pemindahan gaji adalah seperti di Jadual 2-1.
     

    JADUAL 2-1
    CONTOH PEMINDAHAN GAJI BAGI PEGAWAI KERANI C11
    Jawatan
    Gaji
    Pokok
    Hakiki
    Kadar
    Kenaikan
    (%)
    Jumlan
    Gaji
    Matagaji
    Baru
    Pegawai
    Kerani
    (C11)
    $1,065

     

    8%
    ($85.20)
    $1,150.20

     

    $1,156
    (P1T23)
    Gred N9
    Pegawai Kerani tanggagaji C11 adalah tergolong dalam Klasifikasi Pentadbiran dan Sokongan di Gred N9 dalam MSS. Contohnya, gaji pokok hakiki anggota berkenaan ialah $1,065 sebulan. Gaji pokok hakiki ini hendaklah ditambah sebanyak 8% ($85.20) menjadikan jumlahnya $1,150.20. Dengan itu, gaji anggota berkenaan akan dipindahkan kepada Gred N9, P1T23, iaitu, $1,156.

    34.   Bagi Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas prinsip pemindahan gaji daripada gaji pokok hakiki JKK 1976 kepada gaji SSB hendaklah berdasarkan pemindahan ke matagaji yang lebih tinggi berhampiran atas tanggagaji baru bagi gred berkenaan.

    Sifir Pemindahan Gaji

    35.   Indeks mengikut skim perkhidmatan dan sifir pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran C1. Sifir pemindahan gaji bagi Jawatan-jawatan Utama adalah seperti di Lampiran C2 dan Gred Khas adalah seperti di Lampiran C3.

    Perubahan Tarikh Pergerakan Gaji

    36.   Kenaikan gaji tahunan diubah kepada pergerakan gaji yang ditetapkan pada salah satu daripada empat tarikh dalam setahun, iaitu, 1 Januari, 1 April, 1 Julai atau 1 Oktober.

    37.   Penetapan tarikh pergerakan gaji baru bagi anggota yang berpindah daripada satu matagaji JKK 1976 kepada satu matagaji baru di MSS adalah seperti berikut:
     

    Tarikh Kenaikan Gaji
    JKK 1976
    Tarikh Pergerakan Gaji
    SSB
              1 Jan., 1 Feb. dan 1 Mac 1991

              1 April, 1 Mei dan 1 Jun 1991

              1 Julai, 1 Ogos dan 1 Sept. 1991

              1 Okt., 1 Nov. dan 1 Dis. 1991
     

              1 Januari 1993 *

              1 April 1992

              1 Julai 1992

              1 Oktober 1992
     

              *  Diberi kenaikan gaji tahunan dalam tempoh opsyen
    38.   Penetapan tarikh pergerakan gaji anggota yang dilantik atau ditukar lantik atau melangkah titik peningkatan atau naik pangkat pada tahun 1991 adalah seperti berikut:
     
    Tarikh Lantik Atau Lantik Atau Melangkah
    Titik Peningkatan Atau Naik Pangkat
    Tarikh  Pergerakan Gaji
    SSB
              1 Januari hingga 1 Mac 1991 

              2 Mac hingga 1 Jun 1991 

              2 Jun hingga 1 September 1991 

              2 September hingga 1 Disember 1991 

              2 Disember hingga 31 Disember 1991 
     

              1 Januari 1993 * 

              1 April 1992 

              1 Julai 1992 

              1 Oktober 1992 

              1 Januari 1993 
     

              *  Diberi kenaikan gaji tahunan dalam tempoh opsyen
    39.   Dalam keadaan di mana tarikh kenaikan gaji anggota jatuh pada tarikh kuatkuasa SSB, tarikh kenaikan gajinya ditetapkan sehari sebelum tarikh kuatkuasa bagi maksud pemindahan gaji.

    40.   Sekiranya tarikh kenaikan gaji anggota jatuh dalam tempoh opsyen, kenaikan gaji pada tarikh tersebut hendaklah diberi sebelum ditentukan tarikh pergerakan gaji dalam MSS.

    41.   Dalam keadaan di mana dua atau lebih matagaji atas susunan tanggagaji JKK 1976 berpindah kepada satu matagaji dalam MSS, tarikh pergerakan gaji berubah kepada tarikh baru seperti di Lampiran C4.

    42.   Penetapan tarikh pergerakan gaji anggota yang berada di matagaji maksimum selama dua tahun atau lebih dan yang kurang daripada dua tahun pada 1 Januari 1992 adalah seperti berikut:
     

    Tempoh Masa Di Matagaji
    Maksimum
    Tarikh Pergerakan Gaji
    SSB
             Dua tahun dan ke atas

             Satu tahun ke atas dan kurang daripada
              dua tahun

             Enam bulan dan ke atas dan kurang 
             daripada satu tahun

             Kurang daripada enam bulan
     

              1 April 1992

              1 Julai 1992
     

              1 Oktober 1992
     

              1 Januari 1993
     

    Tanggagaji Khas Untuk Penyandang

    43.   Sekiranya pemindahan gaji anggota yang berada di atas tanggagaji khas untuk penyandang tidak dapat ditampung
    di P1 gaji MSS, perkara ini hendaklah dirujuk kepada JPA.

    Anggota Yang Kekal Dalam Skim Dan Syarat-syarat Perkhidmatan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976

    44.   Anggota yang menolak tawaran opsyen SSB akan dibenarkan berkhidmat atas skim perkhidmatan dan syarat-syarat perkhidmatan JKK 1976. Anggota tersebut boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat mengikut
    skim perkhidmatan berkenaan dengan syarat apabila dinaikkan pangkat, anggota itu hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan SSB mulai tarikh kenaikan pangkatnya.

    Pemindahan Gaji Bagi Guru Sandaran

    45.   Faedah pemindahan gaji adalah juga diberi kepada Guru Sandaran berdasarkan MSS yang berkaitan. Sifir pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran C1.

    Pelarasan Gaji Bagi Anggota Yang Dilantik Secara Sementara Atau Kontrak

    46.   Anggota yang dilantik secara sementara atau kontrak layak diberi faedah pelarasan gaji mengikut Klasifikasi Perkhidmatannya di bawah SSB mulai 1 Januari 1992.

    Penetapan Kadar Bayaran Anggota Yang Diambil Secara Sambilan Dan Sangkut

    47.   Kaedah penetapan kadar bayaran bagi pengambilan pekerja sambilan dan sangkut akan ditetapkan secara pentadbiran.

    Prinsip Dan Kriteria Pemberian Elaun

    48.   Pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSB bertujuan mendorong anggota berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Selaras dengan matlamat ini, empat prinsip pemberian elaun ditetapkan, iaitu, tidak sejagat (non-universal), tidak kekal (non-permanent), tidak biasa (non-regular) dan kesaksamaan. Prinsip tidak sejagat membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan yang ditetapkan. Prinsip tidak biasa pula, menetapkan elaun diberi hanya dalam keadaan-keadaan tertentu. Prinsip tidak kekal menentukan elaun dibayar secara sementara, manakala prinsip kesaksamaan membolehkan elaun diberi kepada anggota perkhidmatan yang layak, secara lebih adil.

    49.   Pemberian elaun di bawah SSB adalah berasaskan kriteria-kriteria berikut:

            49.1    kepakaran;
            49.2    kemahiran;
            49.3    kepentingan sesuatu perkhidmatan;
            49.4    bayaran balik perbelanjaan;
            49.5    tanggungjawab tambahan;
            49.6    kos sara hidup;
            49.7    risiko kerja;
            49.8    kesusahan;
            49.9    galakan; dan
            49.10  keanehan tugas atau perkhidmatan.

    50.   Berasaskan kepada kriteria pemberian elaun di perenggan 49, elaun-elaun dalam SSB dibahagikan kepada
    tiga jenis, iaitu-

            50.1    Imbuhan Tetap;
            50.2    Bayaran Insentif, dan
            50.3    Elaun-elaun Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab Tambahan.

    Elaun Yang Dikekalkan

    51.   Bersesuaian dengan prinsip dan kriteria pemberian elaun di perenggan 48 dan 49, beberapa elaun yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam dikekalkan mengikut kadar dan syarat Laporan JKK 1976, melainkan sekiranya dipinda. Ini termasuk elaun-elaun bagi Jawatan Utama dan Gred Khas. Elaun-elaun yang dikekalkan adalah seperti di Lampiran DI.

    Elaun Baru

    52.   Di bawah SSB, beberapa elaun baru diperkenalkan seperti berikut:

            52.1.    Bayaran Balik Letak Kereta diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang disahkan oleh
                        Ketua Jabatan perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan menyewa
                        ruang letak kereta di pejabat. Jumlah tuntutan Bayaran Balik Letak Kereta dihadkan kepada
                       $30.00 sebulan berdasarkan resit.

            52.2.    Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal diberi kepada anggota dalam Perkhidmatan Kritikal
                        kecuali anggota dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Kadar bayaran bulanan adalah seperti
                        berikut:
     

    Kumpulan
    Kadar
    Daripada
    Gaji Pokok
    (i)    Kumpulan Pengurusan dan Profesional
                                         (ii)   Kumpulan Sokongan
    5%
    10%
                        Anggota yang layak menerima bayaran ini adalah seperti di Lampiran B5.

            52.3.    Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas diberi kepada anggota dalam Jawatan Utama
                        dan Gred Khas mengikut kadar-kadar bulanan seperti di Lampiran D2.

    Elaun Yang Digugurkan

    53.   Beberapa elaun digugurkan kerana tidak menepati prinsip dan kriteria pemberian elaun seperti ditetapkan. Sebahagian daripada elaun-elaun itu didapati tidak sesuai diteruskan lagi kerana anggota yang menjalankan tugas-
    tugas tersebut boleh dilengkapi dengan alat-alat keselamatan yang sesuai. Sebahagian daripada perbelanjaan itu
    juga didapati sesuai ditanggung oleh Jabatan. Elaun-elaun yang digugurkan mulai tarikh kuatkuasa Pekeliling ini
    adalah seperti di Lampiran D3.

    54.   Elaun Khas Berpencen Jurubahasa/Penterjemah diberi secara Khas Untuk Penyandang kepada anggota yang sedang menerima elaun tersebut atas syarat dan kadar mengikut Laporan JKK 1976.

    55.   Elaun-elaun berikut tidak lagi dibayar kepada anggota tetapi, jika perlu, perbelanjaan bagi maksud elaun tersebut hendaklah ditanggung oleh Jabatan mulai 1 Januari 1992. Elaun-elaun yang terlibat adalah seperti berikut:

            55.1    Elaun Makanan (Meal Allowance);
            55.2    Elaun Keraian bagi anggota yang terkebawah daripada Tingkatan Tertinggi 'G';
            55.3    Elaun Keraian Bahagian Siasatan, Badan Pencegah Rasuah bagi anggota yang terkebawah
                       daripada Tingkatan Tertinggi 'G'; dan
            55.4    Elaun Catuan Bekalan Makanan Kakitangan Hospital Bertugas Malam.

    Prinsip Dan Kriteria Pemberian Kemudahan

    56.   Pemberian kemudahan ditetapkan sebagai satu keistimewaan yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa,
    jika didapati perlu. Ia juga hendaklah diberi dengan saksama kepada anggota yang layak. Kemudahan-kemudahan dipertimbang berasaskan kepada kriteria-kriteria kebajikan serta peningkatan kepada perkhidmatan dan status
    anggota perkhidmatan awam.

    Kemudahan Yang Dikekalkan

    57.   Bersesuaian dengan prinsip dan kriteria pemberian kemudahan dalam SSB, beberapa kemudahan yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam sekarang dikekalkan mengikut syarat dan kadar Laporan JKK 1976, melainkan sekiranya dipinda. Kemudahan-kemudahan yang dikekalkan adalah seperti di Lampiran D4.

    Kemudahan Baru

    58.   Di bawah SSB, beberapa kemudahan baru diperkenalkan seperti berikut:

            58.1    Cuti Menjaga Anak bertujuan memberi peluang kepada ibu untuk menyusu dan menjaga bayinya.
                       Dengan kemudahan ini, anggota wanita boleh dipertimbangkan cuti tanpa gaji sehingga 90 hari
                       sebaik sahaja habis tempoh 42 hari cuti bersalin. Jika anggota tidak menggunakan kesemua 90 hari
                       cuti tersebut, baki cuti tanpa gaji yang tidak digunakan akan luput. Kemudahan ini dihadkan kepada
                       lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan-,

            58.2    Cuti Isteri Bersalin diberi kepada anggota lelaki selama tiga hari sebagai cuti tanpa rekod untuk
                       membantu urusan semasa isteri bersalin, sekiranya anggota itu kehabisan cuti rehat yang anggota
                       berkelayakan pada masa itu. Kemudahan ini juga diberi kepada pegawai Perkhidmatan Pendidikan
                       yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan. Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali
                       sepanjang perkhidmatan;

            58.3    Kemudahan Pinjaman Membeli Komputer diberi kepada anggota untuk memiliki komputer peribadi
                       supaya dapat meningkat keupayaan menjalankan tugas selaras dengan perkembangan pesat dalam
                       teknologi pengurusan. Pekeliling yang berasingan mengenai perkara ini akan dikeluarkan oleh
                       Perbendaharaan Malaysia;

            58.4    Keahlian dalam Kelab Rekreasi bertujuan untuk menggalakkan anggota Kumpulan Pengurusan
                       Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional menganggotai salah satu kelab yang
                       disenaraikan. Peruntukan ini bertujuan meningkatkah interaksi mereka dengan pihak-pihak lain
                       seperti eksekutif-eksekutif sektor swasta. Pekeliling yang berasingan mengenai perkara ini akan
                       dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia;

            58.5    Kemudahan Mengurus Jenazah bagi anggota yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
                       diberi sebagai tanda penghormatan terakhir dan untuk menghargai bakti mereka kepada negara.
                       Kemudahan ini diberi seperti berikut:

                                (i)    jumlah sebanyak $1,000 diberi kepada keluarga anggota bagi tujuan menguruskan
                                       jenazah;

                                (ii)   kemudahan yang diperuntukkan untuk tambang pengangkutan jenazah seperti dalam
                                       perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978, dipanjangkan juga kepada
                                       semua anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Kaedah pengangkutan
                                       jenazah yang sesuai dan berpatutan hendaklah digunakan; dan

                                (iii)  kemudahan ini tidak meliputi ahli keluarga yang meninggal dunia dan juga tambang untuk
                                       pengiring;

            58.6    Rawatan untuk keluarga anggota dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah (legal parents). Kemudahan
                       ini dihadkan kepada rawatan di hospital Kerajaan sahaja dan tidak termasuk pembekalan alat-alat
                       ortopedik serta anggota palsu (artificial limbs). Kemudahan ini hanya diberi semasa anggota di dalam
                       perkhidmatan sahaja.

    Kemudahan Yang Digugurkan

    59.  Pengumpulan Cuti Rehat Luar Biasa (Perintah Am 12 Bab 'C') dan Cuti Pemulihan (Perintah Am 23 Bab 'C') digugurkan.

    Kaedah Baru Pembayaran Elaun dan Pemberian Kemudahan

    60.   Beberapa kaedah pembayaran elaun dan pemberian kemudahan mengikut Laporan JKK 1976 perlu diubahsuai kepada Klasifikasi Perkhidmatan, Gred Perkhidmatan dan Tanggagaji dalam MSS. Di mana berkaitan, penetapan kadar serta kelayakan bagi elaun dan kemudahan yang diberi berasaskan kaedah di atas adalah berpandukan kepada Kategori anggota mengikut Jadual Pemberian Elaun dan Kemudahan seperti di Lampiran D5.

    61.   Kelayakan serta kadar elaun dan pemberian kemudahan yang dipinda berasaskan kepada kaedah baru adalah seperti di Lampiran D6 dan D7.

    Elaun dan Kemudahan Bagi Anggota Yang Berkhidmat Di Luar Negeri

    62.   Pekeliling mengenai elaun dan kemudahan bagi anggota yang berkhidmat di luar negeri akan dikeluarkan secara berasingan.

    SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

    63.   Pada keseluruhannya, syarat-syarat perkhidmatan yang sedia ada masih terpakai tertakluk kepada beberapa pengubahsuaian tertentu.

    Perlantikan

    64.   Had umur maksimum tidak dijadikan syarat wajib bagi lantikan ke perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, calon yang dilantik pertama kali ke perkhidmatan awam hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

    65.   Anggota yang dibersarakan atas sebab-sebab kesihatan boleh dilantik semula ke perkhidmatan awam jika disahkan sihat dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas-tugas dengan sempurna oleh sebuah Panel Perubatan dan dipersetujui oleh Jemaah Pegawai. Perlantikan semula ini adalah berdasarkan peraturan-peraturan yang akan ditetapkan kemudian.

    Tempoh Percubaan

    66.   Anggota yang dilantik ke perkhidmatan awam perlu melalui tempoh percubaan selama tiga tahun. Anggota yang dilantik sebelum 1 Januari 1992 yang belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama tiga tahun yang dikira daripada tarikh perlantikannya.

    67.   Bagi semua lantikan baru pada atau selepas 1 Januari 1992, anggota dikehendaki mengikuti Kursus Induksi sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Kursus Induksi akan juga mengambil alih Peperiksaan Am Kerajaan sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi semua lantikan Kumpulan A dan B sebelum 1 Januari 1992. Walau bagaimanapun, anggota akan diberi pilihan sama ada mengambil Peperiksaan Am Kerajaan atau mengikuti Kursus Induksi dalam baki tempoh percubaannya. Peperiksaan Am Kerajaan akan hanya diadakan sehingga akhir tahun 1994.

    68.   Di bawah SSB, Peperiksaan Perkhidmatan Kedua untuk tujuan melangkah sekatan kecekapan yang disyaratkan di dalam skim-skim perkhidmatan Kumpulan C dan D dimansuhkan.

    Pemberian Taraf Berpencen

    69.   Anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasukkira, layak diperakukan oleh Ketua Jabatannya untuk diberi taraf berpencen.

    Prinsip Penetapan Gaji Masuk

    70.   Penetapan gaji masuk hendaklah mengikut prinsip berikut:

            70.1    bagi lantikan pertama kali ke perkhidmatan awam atau bagi anggota yang belum disahkan dalam
                       perkhidmatannya serta dilantik pula ke suatu jawatan baru atau ke dalam perkhidmatan yang lain:

                        (i)    gaji permulaan anggota akan ditetapkan pada P1T1 dalam MSS bagi jawatan yang akan
                               disandangnya;

                        (ii)   Pihak Berkuasa Melantik boleh menimbang pemberian gaji yang lebih tinggi mengikut perkiraan
                              satu pergerakan matagaji bagi satu tahun genap pengalaman bagi anggota yang mempunyai
                               pengalaman yang sesuai dengan jawatan yang akan disandangnya. Penetapan gaji masuk yang
                               berdasarkan kepada pengalaman yang sesuai hendaklah diselaraskan pada P1 dan Tangga yang
                               bersesuaian dalam MSS bagi jawatan yang berkenaan. Bagi pengisian jawatan dalam Kumpulan
                               Pengurusan dan Profesional, pengalaman yang sesuai adalah dikira selepas anggota berkenaan
                               mendapat kelulusan iktisas atau akademik; atau

                        (iii)  gaji permulaan bagi seseorang yang dilantik ke jawatan yang memerlukan bakat dan kemahiran
                               seperti disyaratkan oleh skim perkhidmatannya akan ditetapkan oleh sebuah Panel Penilaian
                               yang akan ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Melantik. Gaji masuk tersebut akan diselaraskan
                               pada P1 dan Tangga yang bersesuaian dalam MSS bagi jawatan yang akan disandangnya.

            70.2    gaji permulaan bagi anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan dilantik ke suatu jawatan
                       baru atau ke dalam perkhidmatan yang lain:

                        (i)    anggota akan ditawarkan gaji permulaan, P1T1 dalam MSS jawatan baru yang berkaitan
                               sekiranya gaji jawatan lamanya lebih rendah daripada gaji permulaandalam tanggagaji
                               jawatan baru; atau

                        (ii)   anggota hendaklah ditawarkan matagaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji hakiki
                               dalam jawatan lamanya pada P1 dan Tangga yang bersesuaian dalam MSS bagi jawatan
                               barunya sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan
                               dalam gred gaji jawatan barunya;

            70.4    Pihak Berkuasa Melantik juga boleh meletakkan seseorang calon atau anggota yang mempunyai
                       kelayakan-kelayakan khas pada mana-mana Tangga atas P1 dalam MSS bagi sesuatu jawatan
                       yang berkenaan.

    Prinsip Penetapan Gaji Bagi Kenaikan Pangkat

    71.   Gaji anggota yang dinaikkan pangkat hendaklah ditetapkan seperti berikut:

            71.1    anggota berkenaan akan ditawarkan gaji permulaan, P1T1 dalam MSS bagi Gred kenaikan pangkat
                       sekiranya gaji akhirnya lebih rendah daripada gaji permulaan dalam Gred kenaikan pangkat;

            71.2    anggota berkenaan akan ditawarkan gaji di matagaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji
                      akhirnya pada P1 dalam MSS bagi Gred kenaikan pangkat jika gaji akhirnya sama atau lebih
                       tinggi daripada gaji permulaan dalam Gred kenaikan pangkat; atau

            71.3    jika gaji akhirnya adalah lebih tinggi daripada tanggagaji maksimum pada P1 dalam MSS bagi Gred
                       kenaikan pangkat, gajinya hendaklah diselaraskan pada P2. Jika gaji akhirnya adalah juga lebih tinggi
                       daripada tanggagaji maksimum pada P2, gajinya hendaklah diselaraskan pada P3 dalam MSS bagi
                       Gred kenaikan pangkat. Kaedah penetapan gaji hendaklah pada matagaji yang lebih tinggi berhampiran
                       dengan gaji akhirnya.

    Pergerakan Gaji Tahunan

    72.   Pergerakan gaji tahunan akan diasaskan kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Pergerakan gaji tahunan dalam MSS akan dipertimbangkan mengikut salah satu daripada empat cara pergerakan iaitu:

            72.1    statik;
            72.2    mendatar;
            72.3    menegak; atau
            72.4    melintang.

    73.   Anggota yang sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan serta genap tiga tahun perkhidmatan layak dipertimbangkan salah satu daripada empat cara pergerakan gaji. Pelaksanaan empat pergerakan gaji hanya
    akan bermula pada atau selepas 1 Januari 1993.

    74.   Anggota yang dilantik mulai 1 Januari 1992 dikehendaki melalui tempoh perkhidmatan genap tiga tahun dan disahkan dalam perkhidmatan sebelum layak dipertimbangkan salah satu daripada empat cara pergerakan gaji.

    75.   Anggota yang berada dalam tempoh percubaan atau yang dilanjutkan tempoh percubaan tanpa berdenda hanya layak dipertimbangkan untuk pergerakan gaji secara statik atau mendatar. Anggota yang dilanjutkan tempoh percubaandengan berdenda tidak layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan.

    76.   Anggota yang berjaya disahkan dalam perkhidmatan selepas dilanjutkan tempoh percubaannya dengan berdenda, layak dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji tahunan seperti yang ditetapkan di bawah perenggan 83.

    77.   Anggota yang bercuti separuh gaji atau bercuti tanpa gaji berjumlah tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar adalah layak dipertimbangkan salah satu daripada empat cara pergerakan gaji. Anggota yang bercuti separuh gaji atau bercuti tanpa gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar adalah tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan.

    78.   Anggota yang cuti berkursus bergaji penuh melebihi enam bulan, layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan secara isyarat tertakluk kepada laporan kemajuan kursus.

    79.   Anggota yang pertama kali dilantik secara sementara pada atau selepas 1 Januari 1992, akan diberi pergerakan gaji tahunan secara statik atau mendatar selama tempoh tiga tahun sahaja. Selepas tempoh tiga tahun, pergerakan gaji tahunan adalah statik dan kedudukan mereka akan dikaji semula.

    80.   Anggota yang pertama kali dilantik atau dilantik semula secara kontrak pada atau selepas 1 Januari 1992 layak diberi pergerakan gaji tahunan secara statik atau mendatar berasaskan kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

    81.   Anggota yang dilantik secara pertukaran sementara atau pinjaman, layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan mengikut salah satu daripada empat cara pergerakan di atas tanggagaji jawatan pertukaran sementara atau pinjaman. Pergerakan gaji tahunan di atas tanggagaji jawatan hakikinya hendaklah diselaraskan secara isyarat. Sekiranya tanggagaji di atas pertukaran sementara atau pinjaman adalah tanggagaji selapis, pergerakan gaji tahunan secara isyarat di atas tanggagaji jawatan hakiki akan berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh pihak majikan di tempat anggota itu bertugas.

    Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan

    82.   Tarikh pergerakan gaji tahunan ditetapkan kepada empat tarikh pergerakan sahaja dalam setahun seperti dijelaskan di perenggan 36.

    83.   Tarikh pergerakan gaji tahunan bagi anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan selepas tempoh percubaannya dilanjutkan dengan berdenda akan berubah kepada tarikh pergerakan gaji tahunan yang baru pada tahun berikutnya, selepas tarikh beliau disahkan dalam perkhidmatan, iaitu, seperti berikut:

            83.1    jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 Januari hingga
                       31 Mac, maka tarikh pergerakan gaji yang baru ialah pada 1 Januari;

            83.2    jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 April hingga
                       30 Jun, maka tarikh pergerakan gajinya yang baru ialah pada 1 April;

            83.3    jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 Julai hingga
                       30 September, maka tarikh pergerakan gajinya yang baru ialah pada 1 Julai; dan

            83.4    jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 Oktober hingga
                       31 Disember, maka tarikh pergerakan gajinya yang baru ialah pada 1 Oktober.

    Kenaikan Pangkat Dan Sistem Penilaian Prestasi

    84.   Kenaikan pangkat ialah peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan anggota yang berkenaan.

    85.   Kenaikan pangkat adalah berasaskan prestasi cemerlang dalam aspek-aspek penghasilan kerja, sifat-sifat
    peribadi yang utuh, daya kepimpinan dan berpotensi tinggi.

    86.   Pada dasarnya, kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan kecuali bagi perkhidmatan
    tertentu yang tidak mensyaratkan kekosongan jawatan.

    87.   Kenaikan pangkat ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu, secara biasa dan luar biasa. Tertakluk kepada perenggan 86 di atas, anggota yang mempunyai prestasi cemerlang dan berpotensi tinggi boleh dinaikkan pangkat secara luar biasa dalam tempoh yang lebih singkat daripada anggota lain yang dinaikkan pangkat secara biasa.

    88.   Sebagai kaedah utama untuk mengukur kebolehan, prestasi dan kecekapan anggota, khusus bagi tujuan pergerakan gaji dan lain-lain fungsi pengurusan personel, borang-borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan telah digubal semula supaya lebih objektif. Di antara elemen penting yang diberi penekanan di dalam borang ini ialah aspek penetapan hasil kerja (target setting), keperluan penyeliaan oleh pegawai atasan termasuk memberitahu pencapaian prestasi dan kelemahan pegawai yang diselia. Di samping itu, anggota dalam Kumpulan Sokongan di bawah SSB (khususnya Kumpulan D Laporan JKK 1976) yang sekarang tidak diperuntukkan borang Penilaian Prestasi Tahunan akan disediakan borang penilaian prestasi yang khusus. Satu Pekeliling Perkhidmatan mengenai Sistem Penilaian Prestasi akan disediakan secara berasingan.

    Elaun Gabungan Gred

    89.   Anggota yang memangku jawatan yang lebih tinggi di bawah Laporan JKK 1976 dan menerima opsyen SSB,
    layak dibayar Elaun Gabungan Gred (EGG) sekiranya jawatan hakikinya telah digabungkan dengan jawatan yang dipangkunya dalam satu gred di bawah SSB.

    90.   Amaun EGG dikira berdasarkan perbezaan di antara gaji pokok hakiki anggota dengan gaji permulaan jawatan yang dipangkunya, setelah diselaraskan kepada gaji MSS pada 1 Januari 1992.

    91.   EGG akan dibayar sehingga gaji hakiki anggota mendapat pergerakan ke tangga yang bersamaan dengan matagaji permulaan bagi jawatan yang dipangkunya atau sehingga 31 Disember 1992 mengikut mana yang terdahulu.

    FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN

    Faedah-faedah Persaraan

    92.   Pada umumnya, peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pencen 1980, Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 dan Akta Penyelarasan Pencen 1980
    adalah dikekalkan melainkan sekiranya dipinda selaras dengan hasrat dan matlamat SSB.

    Tempoh Perkhidmatan Yang Terputus

    93.   Tempoh perkhidmatan yang terputus kerana bercuti tanpa gaji untuk berkursus boleh diambilkira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan dengan syarat-syarat seperti berikut:

            93.1    anggota yang berkursus telah diberi kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau tanpa biasiswa;

            93.2    kursus yang diikuti itu berkaitan dengan perkhidmatan; dan

            93.3    anggota itu kembali bertugas dengan Kerajaan selepas tamat kursus.

    94.   Bagi tempoh perkhidmatan yang terputus atas sebab-sebab yang diizinkan dan diselangi dengan perkhidmatan
    di sektor swasta sebelum berkhidmat semula dengan Kerajaan, hanya tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan boleh diambilkira untuk tujuan perkiraan faedah persaraan.

    Persaraan Pilihan Sendiri

    95.   Anggota sektor awam yang bersara secara pilihan sendiri apabila mencapai umur 40 tahun layak menerima
    ganjaran perkhidmatan dan bayaran gantian cuti rehat pada tarikh persaraan pilihan sendiri.

    OPSYEN DAN PILIHAN SENDIRI

    Opsyen

    96.   Opsyen hanya akan diberi kepada anggota bertaraf tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Januari 1992. Anggota tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk yang dalam percubaan, tukar sementara dan pinjaman. Contoh surat tawaran opsyen dan borang pilihan sendiri SSB adalah seperti di Lampiran E1 dan Lampiran E2.

    97.   Opsyen tidak diberi kepada anggota yang bertaraf sementara, sangkut, sambilan, sandaran dan kontrak.

    Tempoh Opsyen

    98.   Opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan mulai 1 Januari 1992 hingga 31 Mac 1992. Anggota yang tidak membuat pilihan sendiri atau tidak menyerahkan borang pilihan sendiri kepada Ketua Jabatan sebelum atau pada 31 Mac 1992 disifatkan sebagai menolak tawaran SSB.

    Pelaksanaan Opsyen

    99.   Pelaksanaan opsyen adalah seperti berikut:

            99.1    bagi anggota yang telah menerima opsyen ini dengan terma-terma dan syarat-syarat dalam surat tawaran
                       opsyen tetapi selepas daripada penerimaan tersebut meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau
                       dibuang kerja dalam tempoh opsyen, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya terbatal;

            99.2    bagi anggota yang sebelum 1 Januari 1992 atau pada bila-bila masa sehingga 31 Mac 1992 ditahan kerja
                       atau digantung kerja atau surat pertuduhan dengan tujuan buang kerjatelah dikeluarkan kepadanya oleh
                       Pihak Berkuasa Tatatertib, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya
                       melainkan jika, dalam tempoh opsyen, Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja; dan

            99.3    bagi anggota yang sebelum 1 Januari 1992 atau pada bila-bila masa sehingga 31 Mac 1992 dikenakan
                       perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri, depotasi atau apa-apabentuk perintah sekatan atau
                       pengawasan sama ada dengan bon atau sebaliknya di bawah mana-mana undang-undang yang
                       berkuatkuasa, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika,
                       dalam tempoh opsyen Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja.

    Anggota Yang Cuti Berkursus Atau Bercuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh Opsyen

    100.  Anggota yang cuti berkursus atau bercuti tanpa gaji dalam tempoh opsyen hendaklah ditawarkan opsyen oleh Ketua Jabatan terakhir di mana anggota bertugas.

    Anggota Yang Bersara Dalam Tempoh Opsyen

    101.  Anggota yang bersara dalam tempoh opsyen tetapi tidak termasuk anggota yang dibersarakan atas alasan pekerjaan anggota itu ditamatkan demi kepentingan awam di bawah Seksyen 10 (5) (d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) atau Seksyen 10 (5) (d) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) hendaklah ditawarkan opsyen oleh Ketua Jabatan.

    Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Tempoh Opsyen

    102.  Anggota yang belum membuat pilihan sendiri dan meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 1992 sehingga 31 Mac 1992 adalah disifatkan sebagai menerima gaji dan syarat-syarat perkhidmatan serta faedah-faedah persaraan baru mengikut Pekeliling ini.

    Syarat-syarat Opsyen

    103.  Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Anggota tetap yang membuat opsyen dengan bantahan atau dengan syarat-syarat tambahan atau sebagainya akan disifatkan menolak tawaran itu.

    104.  Opsyen yang ditawarkan kepada anggota tetap adalah berdasarkan kepada butir-butir perkhidmatan dalam borang tawaran opsyen. Dalam keadaan di mana terdapat pemberian butir-butir yang salah yang menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebut hendaklah dianggap batal serta tidak sah dan satu tawaran baru akan dikeluarkan.

    105.  Opsyen yang dibuat oleh anggota adalah muktamad.

    JENTERA PENYELESAIAN TUNTUTAN ANOMALI

    Tuntutan Anomali

    106.  Dalam urusan pemindahan ke sistem saraan dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan
    ini mungkin terdapat perkara-perkara yang dianggap sebagai anomali seperti ditakrifkan di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977. Untuk membolehkan anggota yang terkilan itu mengemukakan tuntutan-tuntutan anomali kepada Kerajaan, pindaan-pindaan tertentu akan dibuat kepada Akta tersebut.

    Rujukan Anomali

    107.  Apabila pindaan-pindaan ini dikuatkuasakan tuntutan-tuntutan boleh dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tanpa melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuntutan-tuntutan itu tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan, anggota yang berkenaan boleh merujuk tuntutan yang sama kepada Tribunal Perkhidmatan Awam untuk mendapat keputusan muktamad.

    GARIS PANDUAN

    108.  Garis Panduan mengenai pelaksanaan SSB akan diedarkan secara berasingan.

    UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN YANG PERLU
    DIUBAHSUAI ATAU DIMANSUHKAN

    109.  Perbekalan dalam Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1992. Tindakan akan diambil untuk meminda, mengubahsuai serta memansuhkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan bagi menyelaraskannya dengan peruntukan-peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini.

    PEMAKAIAN

    110.  Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan.

    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
     
     
     

    (TAN  SRI  DATO'  MAHMUD  BIN  TAIB),
    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
    Malaysia

    Salinan asal

    JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA.

    23 Disember 1991

    Semua Ketua Setiausaha Kementerian
    Semua Ketua Jabatan Persekutuan

    s.k.
    Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
    Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun
    Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan