JPA(S)215/8/(61) Siri No.: 3119KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIAPEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 1994
PENENTUAN GRED JAWATAN BAGI
PERUNTUKAN JAWATAN PEMBANTU KHAS
[PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)] DAN
ELAUN-ELAUN YANG BERKAITAN DENGAN
PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
1 . Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan penentuan gred jawatan bagi peruntukan jawatan Pembantu Khas [Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)] dan jenis serta kadar elaun-elaun tidak berpencen yang layak dibayar kepada Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan).
LATAR BELAKANG
2. Pada masa ini ada beberapa Pekeliling Perkhidmatan, Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan dan surat-surat edaran yang berkaitan dengan penentuan gred jawatan yang diperuntukkan Pembantu Khas [Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)] dan penetapan kadar Elaun Pembantu Khas, Elaun Dua Bahasa dan Elaun Setiausaha Hakim. Pekeliling Perkhidmatan, Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan dan surat-surat edaran tersebut ialah
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1988, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 1982, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1980, surat JPA.25634/BHG. 249/l/Jld.4/(14) bertarikh 9 Julai 1990, surat JPA.SULIT.324/8/25 KIt.5/(13) bertarikh 26 Mei 1988, surat JPA.SULIT.MBG-4280/D-12/10 bertarikh 25 Ogos 1976, surat JPA.SULIT.313/90/Jld.11/28 bertarikh 29 Oktober 1974 dan surat JPA.SULIT.313/Bhg.90/71 bertarikh 3 April 1973.3. Kerajaan juga telah mengeluarkan skim perkhldmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang baru berkuatkuasa pada 1 Oktober 1994 melalui surat bil. JPA.SULIT 324/14/3/ Klt.6/(58) bertarikh 25 Ogos 1994.
4. Dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan berkuatkuasanya skim Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang baru, elaun-elaun bagi perkhidmatan tersebut dan penentuan gred jawatan bagi peruntukan jawatan Pembantu Khas telah dikaji semula.
PENENTUAN GRED JAWATAN BAGI
PERUNTUKAN PEMBANTU KHAS
[PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)]5. Adalah diputuskan bahawa penentuan gred Jawatan bagi peruntukanPembantu Khas [Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)] adalah seperti berikut:
5.1. Pembantu Khas, [Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)] Gred N5Diperuntukkan kepada:(a) Jawatan-jawatan kehakiman seperti di Jadual 1;5.2. Pembantu Khas, [Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)] Gred N7(b) Jawatan-jawatan Utama Turus I, II dan III serta yang setaraf; dan
(c) Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Yang DiPertua Dewan Negara.
Diperuntukkan kepada:(a) Jawatan Gred Utama A, B, C dan jawatan yang setaraf; dan
(b) Jawatan Gred Khas A, B, C dan jawatan yang setaraf dengannya tertakluk kepada
kelulusan khas Jabatan Perkhidmatan Awam.5.3. Pembantu Khas, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N9Diperuntukkan kepada:(a) Jawatan Gred I (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) dan yang setaraf
dengannya tertakluk kepada kelulusan khas Jabatan Perkhidmatan Awam; dan(b) Jawatan Gred 2 , (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) dan yang setaraf
dengannya tertakluk kepada syarat-syarat berikut:(i) jawatan yang disandang adalah sebagai Ketua Jabatan/Bahagian di
peringkat Persekutuan/Negeri/Daerah atau Ketua Agensi di peringkat
Persekutuan dan Negeri;(ii) Pembantu Khas diambil daripada jawatan kumpulan Pembantu Tadbir
Kesetiausahaan) yang telah sedia wujud di Jabatan berkenaan; dan(iii) mendapat kelulusan khas Jabatan Perkhidmatan Awam.
ELAUN-ELAUN YANG DILAYAKI6. Elaun Pernbantu Khas
6.1. Elaun Pernbantu Khas akan dibayar seperti berikut:7. Elaun Trengkas Dua BahasaGred Jawatan Gred Elaun(a) (i) Jawatan-jawatan N5 RM125
Yang Layak Pembantu Sebulan
Tadbir
(Kesetiausaha)
Kehakiman seperti
di Jadual 1;(ii) Jawatan Utama N5 RM125
Turus I, II dan III
serta yang setaraf;(iii) Yang DiPertua Dewan N5 RM125(b) (i) Jawatan Utarna Gred N7 RM100
Rakyat dan Yang
DiPertua Dewan
Negara;
A, B, C dan yang
setaraf;(ii) Jawatan Gred Khas A, N7 RM100
(c) (i) Jawatan Gred 1 dan 2 N9 RM75
B, C dan yang setaraf;
(Kumpulan Pengurusan
dan Profesional)
yang setaraf.6.2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) boleh mengisi jawatan Pembantu Khas berlainan gred yang telah ditetapkan seperti di perenggan 6.1. di atas dengan syarat mendapat kelulusan khas Jabatan Perkhidmatan Awarn. Elaun yang layak diterima oleh Pembantu Khas tersebut ialah mengikut kadar kelayakan yang ditetapkan bagi gred hakiki jawatan yang disandangnya.
7.1. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang telah lulus peperiksaan trengkas Bahasa Inggeris layak dibayar Elaun Trengkas Dua Bahasa iaitu seperti berikut:Kederasan Elaun Sebulan
(a) Mengambil trengkas sederas RM857.2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang lantikan asalnya ialah sebagai Jurutrengkas Bahasa Inggeris yang telah lulus peperiksaan trengkas Bahasa Melayu, bayaran Elaun Trengkas Dua Bahasa adalah dikekalkan secara Khas Untuk Penyandang iaitu seperti berikut:
80 perkataan seminit (p.s.m.)
dan menaip salinan trengkas
sederas 20 p.s.m.(b) Mengambil trengkas sederas RM100
100 p.s.m. dan ke atas dan
menaip salinan trengkas
sederas 25 p.s.m.Kederasan Elaun Sebulan(a) Mengambil trengkas RM50
sederas 60 p.s.m. dan
menaip salinan trengkas
sederas 20 p.s.m.(b) Mengambil trengkas RM75
sederas 80 p.s.m. dan
menaip salinan trengkas
sederas 20 p.s.m.(c) Mengambil trengkas RM100
sederas 100 p.s.m dan
menaip salinan trengkas
sederas 25 p.s.m ke atas.
8. Elaun Penyelia8.1. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) atau Pembantu Tadbir Rendah yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan untuk menyelia satu kumpulan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)/Pembantu TadbirSYARAT-SYARAT KHAS
Rendah yang bilangannya tidak kurang daripada 10 orang layak dibayar Elaun Penyelia sebanyak RM60.00 sebulan.9. Sekiranya Ketua Jabatan mendapati bahawa mutu kecekapan dalam pengambilan trengkas dan menaip bagi seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang menerima mana-mana elaun di atas telah merosot, maka Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) berkenaan boleh dikehendaki mengambil peperiksaan trengkas dan menaip. Sekiranya Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) berkenaan gagal mencapai tahap kecekapan yang
diperlukan elaun-elaun yang dilayaki akan diberhentikan. Elaun tersebut tidak akan diperbaharui sehingga Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) itu telah lulus peperiksaan yang berkenaan.10. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N9 yang dilantik menjadi Pembantu Khas hendaklah mereka yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Sekiranya tiada Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang telah disahkan dalam perkhidmatan untuk ditempatkan sebagai Pembantu Khas, setelah mengambilkira seorang Pembantu Khas adalah benar-benar diperlukan, maka Ketua Jabatan boleh mengatur Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang belum disahkan dalam perkhidmatan untuk menjalankan tugas Pembantu Khas sepenuh masa dan dibayar Elaun
Pembantu Khas sebanyak RM75 sebulan.
TARIKH KUATKUASA
11. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa, mulai 1 Oktober 1994.
PEMAKAIAN
12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan.
PEMBATALAN DAN PINDAAN
13. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, pembatalan dan pindaan dibuat ke atas Pekeliling, Surat-surat Pekeliling dan Surat-surat Edaran yang disenaraikan seperti di Lampiran 'A'.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
(TAN SRI DATO'MAHMUD BIN TAIB)
Ketua Pengarah Perkhidmatan,
Malaysia.Jabatan Perkhidmatan Awam,
Malaysia,
Kuala Lumpur.24 November 1994.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuans. k.
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan
JAWATAN-JAWATAN KEHAKIMAN
YANG DIPERUNTUKKAN
PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N5
- Ketua Hakim Negara;
- Presiden Mahkamah Rayuan;
- Hakim Besar Malaya;
- Hakim Besar Sabah dan Sarawak;
- Hakim Mahkamah Persekutuan;
- Hakim Mahkamah Rayuan;
- Hakim Mahkamah Tinggi; dan
- Pesuruhjaya Kehakiman.
SENARAI PEKELILING/SURAT-SURAT PEKELILING/
SURAT-SURAT EDARAN YANG DIBATALKAN
SEPENUHNYA ATAU DIPINDA SEBAHAGIAN DARIPADANYA
1. PEMBATALAN
(a) Surat JPA.SULIT.313/Bhg.90/71 bertarikh 3 April 1973;2. PINDAAN(b) Surat JPA.SULIT.313/90/Jld.11/28 bertarikh 29 Oktober 1974;
(c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1980 bertarikh 4 September 1980;
(d) Pekeilling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1988 bertarikh 24 Mei 1988;
(e) Surat JPA.SULIT.324/8/25 Klt.5/(l3) bertarikh 26 Mei 1988; dan
(f) Surat JPA.25634/BHG.249/1 /Jld. 4/(14) bertarikh 9 Julai 1990.
(a) Perenggan 3, surat JPA.SULIT.MBG-4280/D-12/(10) bertarikh 25 Ogos 1976;Surat Pekeliling(b) Perenggan 7, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1982 bertarikh 8 Mac 1982; dan
(c) Perenggan B (12), LAMPIRAN D6 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.