KERAJAAN
SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2000
PINDAAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN
TUJUAN
1.
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk
meminda kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi anggota perkhidmatan awam
Persekutuan.
LATARBELAKANG
2.
Kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan
bagi anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang menerima Imbuhan Tetap
Perumahan pada kadar RM110.00 dan RM90.00 sebulan. Kenaikan ini adalah
bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup anggota yang terlibat.
PERLAKSANAAN
Anggota Yang Layak
3. Anggota di bawah Sistem Saraan Baru dan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK) adalah layak menerima kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan.
Anggota Yang Tidak Layak
4. Anggota yang tidak layak kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan adalah seperti berikut:
4.1 anggota dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf;
4.2 anggota dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 1 dan 2; dan
4.3 anggota dalam perkhidmatan Bomba, Penjara, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Kadar Baru
5. Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan adalah seperti berikut:
5.1 Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 3/
Kumpulan A (Tingkatan Biasa/Tingkatan Kanan) di
: RM165.00
bawah JKK
5.2 Kumpulan Sokongan/Kumpulan B,C dan D di bawah
JKK
: RM135.00
TARIKH KUATKUASA
6.
Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2000.
PEMAKAIAN
7.
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling
Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan
Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PEMBATALAN
8. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini maka-
8.1 Kadar Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM110 dan
RM90 di Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1996; dan
8.2 Perenggan 7, Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1996 adalah dibatalkan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
( TAN SRI
DATO' SAMSUDIN BIN OSMAN )
Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
Malaysia.
Tarikh: 15 Mei 2000
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan