PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL. 4 TAHUN 1993
_____________
2.2
Sungguhpun demikian, pengumpulan cuti rehat tahunan yang tidak dapat dihabiskan
dalam tahun
semasa adalah dibenarkan dibuat khusus bagi maksud dan menurut peruntukan-peruntukan
di dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.
10 Tahun 1991.
3.2
Pemberian award wang tunai gantian cuti rehat ini adalah dihitung berdasarkan1/3
daripada gaji
akhir diterima bagi setiap hari cuti rehat yang dikumpulkan, tertakluk
kepada had maksima 90 hari
cuti rehat.
3.3 Bagi maksud ini, takrif "gaji yang akhir diterima" adalah seperti berikut:
3.3.1 Bagi pegawai yang menerima Sistem Saraan
Baru "gaji yang akhir diterima" meliputi gaji pokok
hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan dan gred gaji hakiki
pegawai
berkenaan; dan
3.3.2 Bagi pegawai yang kekal di bawah Skim Gaji Jawatankuasa
Kabinet "gaji yang akhir diterima"
adalah meliputi gaji pokok hakiki, Elaun Khidmat Awam, bayaran Bantuan
Sewa Rumah dan
Elaun Keraian, mana yang berkenaan, mengikut tanggagaji hakiki pegawai
berkenaan.
3.4
Award wang tunai gantian cuti rehat ini hanya boleh diberikan kepada pegawai-pegawai
tetap
(termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan pegawai-pegawai sementara
dalam perkhidmatan
awam Persekutuan. Walau bagaimanapun, award wang tunai gantian cuti rehat
ini tadak akan
dipanjangkan kepada pegawai kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan
atau dibuang kerja
akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
4.1 Peraturan berikut hendaklah dituruti bagi pengumpulan
baki-baki cuti rehat yang tidak digunakan oleh sebab
kepentingan perkhidmatan untuk tujuan memperolehi award wang tunai gantian
cuti rehat:
4.1.1 Cuti rehat yang tidak dapat diambil dalam tahun
semasa boleh terus dibenarkan pengumpulannya
untuk kelayakan award wang tunai gantian cuti rehat. Jumlah cuti rehat
tahunan yang boleh
dikumpulkan adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub
di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10
Tahun 1991. Jumlah cuti
rehat yang dibenarkan dikumpulkan bagi sesuatu tahun semasa untuk tujuan
award wang tunai
gantian cuti rehat adalah dihadkan kepada 15 hari atau setangah daripada
cuti rahat yang layak
diperolehi bagi tahun semasa tersebut, mengikut mana yang kurang, dengan
syarat keseluruhan
cuti rehat tahunan yang dikumpulkan bagi maksud award wang tunai gantian
cuti rehat ini
hendaklah tidak melebihi 90 hari. Ini bererti bahawa sekiranya seseorang
pegawai berkelayakan
mendapat cuti rehat tahunannya sejumlah 25 hari tetapi telah hanya dapat
menghabiskan 5 hari
daripada jumlah itu, pegawai tersebut bolehlah dibenarkan mengumpulkan
cuti rehat tahunannya
itu tidak melebihi 12 hari bagi maksud award wang tunai gantian cuti rehat
dan bakinya sejumlah 8
hari lagi bolehlah dibawa ke tahun hadapan.
4.1.2 Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan
mestilah mendapat pengesahan, dengan
menggunakan borang seperti di Lampiran 'A',
daripada Ketua Jabatan masing-masing
menyatakan bahawa segala usaha telah dibuat untuk mengambil kesemua cuti
rehat dalam tahun
semasa tetapi oleh sebab kepentingan perkhidmatan, cuti itu tidak dapat
dihabiskan. Kelulusan ini
hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti Rekod Perkhidmatan pegawai berkenaan.
5.1 Pembayaran award wang tunai gantian cuti rehat ini akan dibuat:
(a) bagi pegawai yang bersara pada hari penghabisan ia bekerja; atau
(b) bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan,
bayaran kepada tanggungan
pegawai berkenaan akan dibuat sekadar segera sebaik sahaja notis kematiannya
diterima.
5.2 Bayaran award wang tunai gantian cuti rehat
kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan adalah
tanggungan Kerajaan Persekutuan.
5.3 Untuk menjamin bayaran award wang tunai gantian
cuti rehat itu dibuat pada masa yang tepat,
maka Ketua-Ketua Jabatan adalah diminta supaya mengemukakan kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam
dokumen-dokumen yang berikut setelah disahkan betul 4 bulan sebelum tarikh
persaraan pegawai yang
berkenaan:
5.3.1 Satu (1) salinan Rekod Kenyataan Perkhidmatan
serta Kenyataan Cuti yang lengkap dan
kemaskini yang serupa dengan salinan yang dikemukakan untuk mendapat faedah
persaraan.
5.3.2 Dua (2) salinan kiraan-kiraan cuti rehat
yang luput yang lengkap (dari mula dilantik sehingga
31-12-93) dan cuti rehat yang dikumpul (mulai 1-1-84 sehingga ke tarikh
persaraan atau tarikh
kematian dalam perkhidmatan pegawai bekenaan) yang telah disahkan oleh
Ketua Jabatan,
seperti contoh di Lampiran "B".
6. TARIKH KUATKUASA
6.1 Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 1993.
7. PEMAKAIAN
7.1 Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa
masing-masing, peruntukan Pekeliling
Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun
dan Kuasa
Tempatan.
8. PEMBATALAN
8.1 Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan
ini, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1983
dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1983 adalah dibatalkan.
(TAN SRI DATO'
MAHMUD BIN TAIB)
Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam
Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
8 September 1993
Semua Ketua Setiausaha
Kementerian
Semua Ketua Jabatan
Persekutuan
s.k
Semua Y.B. Setiausaha
Kerajaan Negeri
Semua Ketua-Ketua Pengurusan
Badan Berkanun
Semua Ketua-Ketua Pengurusan
Kuasa Tempatan
CONTOH PENGESAHAN
DARI KETUA JABATAN BAGI
PENGUMPULAN CUTI
REHAT DI BAWAH PEKELILING
PERKHIDMATAN BIL.
4 TAHUN 1993 YANG PATUT
DICATATKAN DALAM
PENYATA CUTI PADA AKHIR
TIAP TIAP TAHUN
CONTOH KIRAAN CUTI REHAT YANG BOLEH DIKUMPULKAN DARI
JUMLAH CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN
DALAM TAHUN-TAHUN DARI MULA DILANTIK HINGGA
KE TARIKH PERSARAAN
KIRAAN CUTI REWHAT YANG BOLEH DIKUMPULKAN
DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 / 1993
_______________________________________________________________________________
Perkhidmatan/
Tahun Cuti
Kelayakan Jumlah
Jumlah Baki
Baki cuti Cuti lucut
Catatan
dan gred
dibawa cuti bagi
kelayakan cuti
cuti yang boleh yang boleh
dari sesuatu
yang
dibawa dikumpulkan
tahun
tahun
telah
ke hadapan
lepas
diambil
__________________________________________________________________________________________
Perkhidmatan
1969
14
14
4
10
10
0
Dalam dan
Perlantikan
Luar Negeri,
Pada
T/Biasa
1-8-1969
1970 10
33
43
18
25
25
0
1971 25
25
50
22
28
25
3 P.P.
7/1970
1972 25
25
50
10
40
25
12*
1973 25
17
42
10
32
17
12* Cuti Kursus
1-9-1973 -
30-4-1974
1974 17
17
34
8
26
17
8
1975 17
25
42
32
10
10
0
1976 10
25
35
38
0
0
0 Terlebih
diambil
3 hari
1977
0
28
28
18
10
10
0 P.P.
2/1977
1978
10
30
40
9
31
30
1
1979
30
30
60
12
48
30
15*
1980
30
35+
65
30
35
35
0
1981
35
35
70
15
55
35
15*
1982
35
35
70
34
36
35
1
1983
35
35
70
35
35
35
0
__________________________________________________________________________________________
+ Genap 10 tahun perkhidmatan untuk tambahan 5 hari cuti berubah ke tahun 1980 disebabkan kursus 8 bulan.
. Mksima yang boleh dikumpul untuk sesuatu tahun.
Pengumpulan mengikut
PP 3/1983:
$
Cuti rehat yang dibawa dari tahun lepas mestilah dihabiskam dalam tahun
semasa. Jika tidak baki cuti tahun
yang lepas itu akan luput begitu sahaja.
Pengumpulan mengikut
PP 9/1991:
#
Baki cuti 1992 (15 hari) akan luput pada tahun 1995 jika tidak diambil
hingga akhir 1994.
_______________________________________________________________________________________
DICETAK
OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD IBU PEJABAT KUALA LUMPUR
____
1-04113.