GARIS PANDUAN PENILAIAN KURSUS MODUL INDUKSI
UMUM
BAGI KUMPULAN SOKONGAN DALAM GRED K2 K3, R3
K7, R10 DAN R11 (YANG SETARAF DENGAN KUMPULAN
MAHIR, SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIR)
1.
Pendahuluan
1.1 Garis panduan ini menjelaskan tatacara yang
digunakan untuk menjalankan penilaian Kursus Modul
Induksi Umum bagi peserta-peserta dalam Kumpulan Sokongan Gred K2, K3,
R3, K7, R10 dan R11
(yang setaraf dengan Kumpulan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir).
2.
Asas Penilaian
2.1 Penilaian Kursus Modul Induksi Umum bagi peserta-peserta
dalam kumpulan ini hanya diasaskan
kepada penilalan sepanjang kursus. Tahap kelulusan ditetapkan pada tahap
50%.
3.
Kriteria Penilaian
3.1 Penilaian sepanjang kursus dijalankan berasaskan
kepada kriteria-kriteria tertentu. Kriteria-kriteria
tersebut dan peratusannya masing-masing adalah seperti berikut:
Kriteria Penilaian Peratusan
(i) Penilaian oleh fasilitator kursus 40%
(ii) Kehadiran 40%
(iii) Penilaian secara lisan 20%
Jumlah 100%
3.2 Penilaian Oleh Fasilitator Kursus
3.2.1 Penilaian oleh fasilitator kursus hendaklah
dibuat oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang
fasilitator. Fasilitator-fasilitator kursus merupakan pegawai-pegawai yang
terlibat sepenuh
masa dalam menyelaras dan mengendalikan Kursus Modul Induksi Umum.
3.2.2 Fasilitator-fasilitator kursus dikehendaki
membuat penilaian ke atas setiap peserta yang
mengikuti Kursus Modul Induksi Umum melalui kaedah pemerhatian sepanjang
kursus.
Pemerhatian hendaklah diasaskan kepada ciri-ciri berikut:
(i) Disiplin
Aspek-aspek yang dinilai ialah:
- gaya berpakaian dan kemasan diri;
- kerajinan dan ketekunan dalam menjalankan tugas;
- ketepatan masa menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti lain;
- hormat (diplomasi) sesama rakan, fasilitator
dan lain-lain individu dan sentiasa
mengamalkan sifat-sifat yang positif; dan
- kesanggupan menerima dan melaksanakan arahan.
(ii) Penyesuaian Diri
Aspek-aspek yang dinilai ialah:
- personaliti iaitu dinilai dari segi perangai, gaya berbicara dan kesopanan;
- keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi terhadap
persekitaran yang
sentiasa berubah; dan
- kebolehan berkomunikasi iaitu kebolehannya menyampaikan
maksud dan
pendapat dengan jelas dan teratur sama ada secara lisan atau tulisan.
(iii) Inisiatif dan Tanggungjawab
Aspek-aspek yang dinilai ialah:
- kebolehan memberikan idea atau cadangan dalam
membantu meringankan
sesuatu masalah yang dihadapi bersama;
- kebolehan melaksanakan tugas atas daya usaha
sendiri tanpa dorongan atau
bimbingan serta arahan;
- perasaan tanggungjawab dan kesanggupan melaksanakan kerja;
- penghasilan kerja yang dibuat dari segi output
yang berkualiti dan menepati
masa yang ditentukan; dan
- kesanggupan melaksanakan kerja tanpa mengira masa.
(iv) Pernyertaan dan Kerjasama
Aspek-aspek yang dinilai ialah:
- tahap penyertaan dan penglibatan semasa berkursus;
- perhubungan sesama rakan sekursus;
- kejujuran dan keikhlasan memberikan sumbangan; dan
- sentiasa memberikan keutamaan terhadap akviti
kumpulan
dari kepentingan diri sendiri.
3.2.3 Tiap-tiap ciri pemerhatian yang dijelaskan
di atas diberikan wajaran
seperti berikut:
Ciri Wajaran
(i) Disiplin 13%
(ii) Penyesuaian Diri 9%
(iii) Inisiatif dan tanggungiawab 9%
(iv)
Penyertaan dan kerjasama 9%
Jumlah 40%
3.2.4 Contoh borang yang boleh digunakan untuk
penilaian oleh fasilitator kursus adalah seperi di
Lampiran C1. Skala yang
digunakan untuk setiap ciri pemerhatian ialah dari 1 hingga 10 di
mana 1 merupakan skor terendah (lemah) dan 10 skor tertinggi (cemerlang).
3.3 Kehadiran
3.3.1 Kehadiran bermaksud kedatangan peserta-peserta
dalam kuliah dan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan sepanjang kursus. Dalam hal ini, fasilitator kursus hendaklah
merekodkan
kehadiran harian peserta-peserta mengikut slot kuliah atau aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan
pada hari berkenaan untuk sepanjang tempoh kursus.
3.3.2 Contoh borang kehadiran harian yang boleh
digunakan untuk tujuan ini ialah seperti di
Lampiran C2.
3.4 Penilaian Secara Lisan
3.4.1 Penilaian secara lisan bertujuan menilai
tahap pengetahuan peserta-peserta berhubung dengan
subjek-subjek yang telah didedahkan kepada mereka sepanjang tempoh berkursus.
Fasilitator-fasilitator kursus diberi tanggungiawab untuk mengendalikan
penilaian secara lisan.
3.4.2 Cara menjalankan penilaian secara lisan ini
ialah dengan menemubual setiap peserta kursus
dalam tempoh tidak lebih dari 15 minit setiap seorang. Soalan-soalan yang
dikemukakan
hendaklah meliputi subjek-subjek berikut:
(i) Nilai dan Etika Dalam Perkhidmadan Awam;
(ii) Perintah-perintah Am; dan
(iii) Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
3.4.3 Penilian secara lisan ini hendaklah dijalankan
pada hari terakhir kursus.Fasilitator-fasilitator
kursus hendaklah mengaturkan tempat/bilik yang sesuai untuk mengendalikan
sesi ini.
4.
Cara-cara Mengira Skor Penilaian
Kursus Modul lnduksi Umum
4.1 Langkah-langkah berikut bolehlah diambil dalam
mengira skor penilaian.
4.1.1 Penilaian Oleh Fasilitator Kursus
(i) Dengan menggunakan borang seperti di Lampiran
C1 ,fasilitator-fasilitator kursus
memberikan skor penilaian untuk setiap peserta bagi setiap ciri pemerhatian
mengikut
skala 1 hingga 10. (Nota: setiap fasilitator hendaklah menjalankan penilaiannya
secara
berasingan).
(ii) Skor untuk tiap-tiap ciri pemerhatian tersebut dijumlahkan dan dikira skor puratanya.
(iii) Skor purata ini didarab dengan 100 untuk mendapatkan
peratus (%) skor yang
diperolehi untuk setiap ciri pemerhatian berkenaan.
(iv) Peratusan (%) skor setiap ciri pemerhatian yang
diperoleh di (iii) didarab dengan
wajarannya masing-masing.
(v) Jumlah skor penilaian oleh fasilitator boleh diperolehi
dengan menjumlahkan hasil kerja
di (iv) untuk semua ciri pemerhatian.
Contoh
Nota: Dalam contoh ini, penilaian dijalankan oleh
dua orang fasilitator.
| Ciri
Pemerhatian |
Jumlah skor
Diperolehi Fasil. 1 Fasil. 2 |
Markah
Purata |
% Purata |
| Disiplin (13%)
Penyesuaian Diri
Inisiatif dan
Penyertaan dan
|
5
6
6
7
9
4
7
7
|
11 = 5.5
2 13 = 6.5
13 = 6.5
14 = 7
|
5.5 x100 x 13% = .15
10 6.5 x100 x 9% = 5.85
6.5 x 100 x 9% = 5.85
7 x 100 x 9% = 6.3
|
| Jumlah | 25.15 |
(i) Jumlahkan bilangan jam peserta rnenghadiri kuliah/aktiviti-aktiviti
kursus untuk tiap-tiap
hari.
(ii) Campurkan jumlah bilangan jam harian ini untuk mendapatkan jumlah
jam peserta-peserta
menghadiri kuliah/aktiviti-aktiviti sepanjang kursus.
(iii) Kira peratus (%) kehadiran peserta berkenaan dengan menggunakan formula di bawah:
% Kehadiran = Jumlah jam peserta hadir kuliah/
aktiviti sepanjang kursus
x 100
Jumlah jam peserta sepatutnya
hadir
(iv) % kehadiran ini didarab dengan 0.4 (iaitu nilai wajaran kriteria kehadiran).
Contoh
Jumlah jam peserta yang hadiri kuliah/aktiviti sepanjang kursus = 70 jam
Jumlah jam peserta sepatutnya hadir = 80 jam
Oleh itu % kehadiran (skor kehadiran) = 70 x 100 = 87.5
80
Skor kehadiran = 87.5 x 0.4 = 35
4.1.3 Penilaian Secara Lisan
(i) Untuk mendapatkan skor penilaian secara lisan
darabkan peratus skor yang diperolehi
oleh peserta berkenaan hasil dari penilaian secara lisan dengan 0.2 (iaitu
nilai wajaran
untuk kriteria penilaian secara lisan).
Contoh
Skor yang diperoleh = 80%
Skor penilaian secara lisan 80 x 0.2 16
5.
Skor Komposit Kursus Modul Induksi Umum
5.1 Skor yang diperolehi oleh peserta bagi tiap-tiap
kriteria penilaian hendaklah dijumlahkan untuk
mendapatkan skor komposit Kursus Modul Induksi Umum.Contoh borang yang
boleh digunakan
untuk merekodkan skor komposit penilaian Kursus Modul Induksi Umum ialah
seperti di Lampiran C3.
5.2 Contoh skor komposit penilaian Kursus Modul Induksi Umum ialah seperti berikut:
(a) Penilaian oleh fasilitator kursus 25.15
(b) Kehadiran 35.0
(c) Penilaian secara lisan 16.0
Skor Komposit
76.15