JABATAN KETUA MENTERI
(BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA),
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA),
(BAHAGIAN KUALITI DAN AUDIT SUMBER MANUSIA),
TINGKAT 10 & 11, WISMA BAPA MALAYSIA,
PETRA JAYA,
93502 KUCHING,
SARAWAK.
Telefon Am : 082-441957
Kawat : SUK KUCHING
Teleks : HIDMAT MA70091
Fax : 082-445618 & 448214 (HRM)
082-449079 (HRD)
Surat Pekeliling
(Bil. Perj. 19/96)DARIPADA : Setiausaha Kerajaan, KEPADA : Semua Ketua Jabatan Negeri
Sarawak Semua Residen
Semua Badan Berkanun
Semua Ketua Kuasa TempatanPERKARA : Pingat Perkhidmatan Setia
Rujukan : 05/EO/1744/2 Tarikh : 24.05.1996
1. TUJUAN:1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua anggota Perkhidmatan Negeri/Perkhidmatan
Awam Persekutuan/Badan Berkanun/Majlis tempatan supaya mengemukakan perakuan untuk Pengurniaan
Pingat Perkhidmatan Setia dengan pelaksanaan Perintah Am 60(1) (2) (3) dan 200 Perintah-Perintah Am
Perkhidmatan Awam Negeri 1996 (Swk. L.N.1/96).
2. LATAR BERLAKANG:
2.1 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa gelaran bagi Pingat Perkhidmatan Lama telah ditukar kepada Gelaran
Baru iaitu Pingat Perkhidmatan Setia.2.2 Pingat perkhidmatan setia boleh dikurniakan kepada Pegawai memegang perjawatan tetap yang telah
berkhidmat selama Dua Puluh (20) tahun terus menerus atau Dua Puluh Lima (25) tahun perkhidmatan
terkumpul yang memuaskan dengan Kerajaan tertaluk kepada Sijil Kelakuan Baik dan perkhidmatan yang
memuaskan dikemukakan oleh Ketua Jabatan. Pingat perkhidmatan Setia boleh juga di kurniakan kepada
pegawai yang memegang jawatan yang tidak perpencen seperti Temenggong, Pemanca, Penghulu Tua
Kampung, Tuai Rumah dan Ketua Kaum.2.3. Tempoh Perkhidmatan yang terus menerus dengan Badan Berkanun, Majlis Tempatan ataupun jika seorang
pegawai dipindahkan dari perjawatan sementara, tempoh perkhidmatan lepas yang terus menerus boleh diambil
kira untuk perimbangan Pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia.2.4. Seseorang pegawai itu tidak layak dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia sekiranya :-
(a) Telah diberi pergerakan gaji statik bagi tempoh dua tahun atau lebih berturut-turut semasa dalam
perkhidmatan.(b) Telah diturunkan pangkat atas sebab tindakan dispilin semasa dalam perkhidmatan.
(c) Pergerakan gaji telah ditahan bagi tempoh dua tahun berturut-turut kerana dikenakan tindakan dispilin
selain daripada kegagalan untuk mendapat pengesahan dalam jawatan.
3. Sehubungan ini, saya ingin menarik perhatian Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan kepada Perintah Am 2000
Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 (Swk.L.N.1/96) supaya mengemukakan kepada Setiausaha
Kerajaan sebelum 31 Mac tiap-tiap tahun perakuan bagi calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk
pengurniaan Pingat Perkhidmatan setia.
4. Borang perakuan untuk Pengurniaan Perkhidmatan lama yang sedia ada tidak sesuai digunakan lagi. Walau
bagaimanapun mulai dari tarikh surat pekeliling ini semua perakuan untuk Pengurniaan Pingat Perkhidmatan
Setia hendaklah menggunakan format baru seperti Lampiran 'A' dikepil bersama ini. Setiap Borang Perakuan
untuk pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia hendaklah disertakan dengan Kenyataan perkidmatan.
5. Sekian, terima kasih.
Salinan asal "BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
(ABDUL RASHID B. HJ. AZIZ)
Pengarah Pengurusan Sumber Manusia
b.p. Setiausaha Kerajaan,
Sarawak.