KK/BP (2.22)248/14-1 Jld.22 SK.(2)/(6)PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 1995
PERATURAN MENGENAI KADAR-KADAR DAN
SYARAT-SYARAT BAYARAN SAGUHATI KEPADA
PENSYARAH/PENCERAMAH SAMBILAN
1. TUJUAN
1.1 Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan tentang pindaan terhadap peraturan berhubung
dengan kadar-kadar dan syarat-syarat mengenai bayaran saguhati kepada
pensyarah/penceramah sambilan yang memberikan syarahan atau ceramah secara sambilan dalam
kursus atau majlis-majlis rasmi anjuran Kernenterian/Jabatan /Agensi Kerajaan.2. LATAR BELAKANG
2.1 Peraturan kadar-kadar dan syarat-syarat bayaran saguhati pensyarah/penceramah sambilan yang
dipakai sekarang adalah sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun
1993. Dengan pelaksanaan pekeliling berkenaan, ianya dapat membantu Kementerian/
Jabatan/Agensi Kerajaan membuat bayaran berkaitan dengan cepat, seragarn dan teratur.2.2 Walau bagaimanapun, pelaksanaan pekeliling tersebut tidak sepenuhnya dapat menyelesaikan
isu-isu berkaitan kerana terdapat beberapa ulasan dan cadangan diterima daripada Kernenterian/
Jabatan/Agensi yang terlibat termasuklah bagi mengawal perbelanjaan. Di samping itu, pekeliling
berkenaan tidak menjelaskan beberapa terma-terma penting yang digunakan dalam pekeliling
tersebut.3. TAFSIRAN
3.1 Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam pekeliling ini, tafsiran di bawah ini3.1.1 "Institusi, Bahagian atau Unit Latihan" adalah bermaksud organisasi yang
hendaklah dipakai:
bertanggungjawab secara terus mengendalikan kursus bagi Kementerian/Jabatan/Agensi
berkenaan dan bukan hanya berfungsi sebagai penyelaras atau sekretariat yang
menguruskan pentadbiran latihan semata-mata. Ini bermakna bahawa satu-satu institusi,
bahagian atau unit latihan hendaklah mempunyai anggota-anggota tenaga pengajar
tetapnya sendiri bagi mengendalikan kursus-kursus di bawah programnya;3.1.2 "Pensyarah/Penceramah Sambilan" adalah bermaksud pegawai Kerajaan yang
memberikan syarahan atau ceramah secara sambilan atau sekali sekala di sesuatu
kursus atau majlis-majlis rasmi anjuran Kernenterian/ Jabatan/Agensi Kerajaan dalam
atau di luar waktu pejabat dimana tugas memberikan syarahan atau ceramah tersebut
adalah bukan tugas rasmi beliau. Dengan itu pegawai-pegawai Kerajaan yang
berjawatan Pensyarah atau nama-nama panggilan seperti Profesor dan sebagainya di
Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau di Maktab-maktabPergurusan dan
seumpamanya bukanlah secara otomatis termasuk dalam tafsiran ini;"Tugas Rasmi"
bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas rasmi pegawai;3.1.4 "Kursus" bermakna sebarang kursus pra atau dalam perkhidmatan termasuklah ceramah
atau seminar yang bercorak latihan atau seumpamanya tetapi tidak termasuk
kursus-kursus akademik yang dianjurkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;3.1.5 "Majlis Rasmi" bermakna sebarang majlis yang diadakan oleh Kementerian/Jabatan/
Agensi yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti rasmi Kerajaan;3.1.6 "Pegawai" bermakna seseorang pegawai tetap atau kontrak di dalam Perkhidmatan
Awam;3.1.7 "Penganjur" bermakna Kementerian/Jabatan/ Agensi yang membiayai sebahagian besar
perbelanjaan kursus;3.1.8 "Pakar" bermaksud pensyarah/penceramah sambilan yang memenuhi semua syarat
seperti di Lampiran "A" dalam pekeliling ini; dan3.1.9 "Ketua Jabatan" bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan,
Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan.4. PERATURAN MENGENAI BAYARAN SAGUHATI
PENSYARAH/PENCERAMAH SAMBILAN4.1 Bagi maksud mengawal perbelanjaan berhubung dengan bayaran saguhati pensyarah/
penceramah sambilan, Ketua-Jabatan adalah diingatkan supaya mematuhi kadar-kadar dan
syarat-syarat yang ditetapkan mengenainya seperti berikut:4.1.1 Kadar Bayaran Saguhati
4.1.1.1 Kadar bayaran saguhati kepada pensyarah/penceramah sambilan yang
bukan terdiri daripada golongan pakar adalah seperti berikut:-Kategori Pensyarah/ Kadar
Bil. Penceramah Sambilan Bayaran
Sejam(i) Kumpulan Pengurusan dan Profesional RM 100.00
dan Ke Atas(ii) Kumpulan Sokongan Kategori V, VI RM 80.00
dan VII(iii) Kumpulan Sokongan Kategori VIII RM 50.00
dan IX(iv) Kumpulan Sokongan Kategori X dan XI RM 40.00;
dan4.1.1.2 kadar bayaran saguhati kepada pensyarah/penceramah sambilan yang
terdiri daripada golongan pakar adalah ditetapkan sebanyak RM200.00
sejam.4.1.2 Syarat-syarat Bayaran Saguhati
4.1.2.1 Bayaran saguhati di perenggan 4.1.1 di atas adalah tertakluk kepada
syaratsyarat berikut:(i) pegawai-pegawai dari institusi latihan yang memberikan syarahan
dalam kursus di bawah program latihan organisasi masing-masing
adalah tidak layak dibayar bayaran saguhati di bawah peraturan ini. Ini
adalah memandangkan bahawa sesebuah institusi latihan adalah
bertanggungjawab melatih pegawai/kakitangan dari Kementerian/
Jabatan/Agensi masing-masing. Sebagai contoh, pegawai-pegawai
INTAN atau pensyarah-pensyarah maktab/institut perguruan adalah
tidak layak dibayar saguhati sekiranya mereka memberikan syarahan/
cerarnah dalam kursus di mana tugas itu adalah di bawah program
latihan institusi masing-masing;(ii) bagi maksud bayaran kepada kategori pakar, pegawai-pegawai
adalah layak dibayar kadar pakar sekiranya memenuhi semua syarat
yang ditetapkan di Lampiran "A";(iii) peraturan di dalam pekeliling ini adalah terpakai bagi
pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat bertaraf tetap
atau kontrak;(iv) jumlah bayaran maksima saguhati sebulan yang boleh diterima oleh
seseorang pensyarah/penceramah sambilan hendaklah tidak melebihi
1/4 daripada gaji bulanan pegawai. Walau bagaimanapun, pensyarah/
penceramah sambilan yang memberikan syarahan/ceramah dalam
kursus semasa beliau bercuti, layak menerima jumlah bayaran
maksima saguhati tidak melebihi 1/2 daripada gaji bulanan pegawai;(v) manakala jumlah bayaran maksima saguhati yang layak diterima oleh
seorang pensyarah/penceramah sambilan yang terdiri daripada
golongan pakar adalah tidak melebihi 1/2 daripada gaji bulanannya;(vi) pensyarah/penceramah sambilan layak dibayar bayaran saguhati di
bawah peraturan ini sekiranya tanggungjawab dan tugas memberikan
syarahan/ceramah dalam kursus atau majlis-majlis rasmi itu bukan
tugas rasmi beliau, tetapi hanyalah tugas sambilan beliau semata-mata;(vii) bagi kursus, kursus itu mestilah dianjurkan oleh institusi, bahagian atau
unit latihan di bawah Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. Walau
bagaimanapun, bagi kursus yang dianjurkan oleh bukan institusi,
bahagian atau unit latihan Kementerian/ Jabatan/Agensi, bayaran hanya
boleh dibuat sekiranya pensyarah/penceramah sambilan itu bukan dari
jabatan yang menganjurkan kursus tersebut;(viii) Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk menentukan tempoh yang
sesuai bagi pegawai di bawahnya diberi kebenaran menjalankan tugas
sebagai pensyarah/penceramah sambilan dengan mengambil perhatian
ianya tidak menjejaskan pelaksanaan tugas rasmi pegawai serta
supaya ianya tidak menyimpang dari peraturan ini. Sehubungan dengan
itu, semasa mengernukakan tuntutan bayaran saguhati di bawah
peraturan ini, pegawai adalah dikehendaki mengemukakan surat
kelulusan daripada Ketua Jabatan masing-masing;(ix) pegawai hendaklah membuat laporan kepada Ketua Jabatannya
tentang bayaran bulanan yang diperolehi melebihi daripada syarat yang
ditetapkan di perenggan (iv) dan (v) di atas serta memulangkan balik
lebihan bayaran saguhati yang diterima kepada jabatan yang membuat
bayaran tersebut;(x) pensyarah/penceramah sambilan layak menerima bayaran saguhati
yang ditetapkan di dalam pekeliling ini berdasarkan tempoh beliau
memberikan syarahan/ceramah dalam kursus atau dalam majlis rasmi
bagi tiap-tiap jam genap. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan yang
diberi bagi tempoh sebahagian dari sejam, pensyarah/penceramah
sambilan adalah tidak berkelayakan menerima bayaran saguhati
berkenaan;(xi) Pensyarah/penceramah sambilan layak menerima satu sahaja saguhati
iaitu sama ada dalam bentuk bayaran wang tunai mengikut
kadar-kadar yang ditetapkan atau cenderamata di atas kadar yang
sama bagi setiap unit untuk satu kursus/majlis rasmi sahaja;(xii) Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan mempunyai peruntukan yang
mencukupi dan pembayarannya hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa; dan(xiii) Pegawai dikehendaki mengemukakan borang permohonan seperti di
Lampiran "B" untuk memenuhi keperluan Pekeliling ini dan syarat di
perenggan (ii), (viii) dan (ix) di atas dan tuntutan dibuat secara bulanan.5. KEMUSYKILAN
5.1 Apa-apa kemusykilan berkenaan pekeliling ini hendaklah dirujukkan kepada Perbendaharaan
(Bahagian Pentadbiran).6. PEMAKAIAN
6.1 Pekeliling ini adalah juga dilanjutkan pemakaiannya kepada pegawai dalam Perkhidmatan
Badan-Badan Berkanun dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan.7. PEMBATALAN
7.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 1993 adalah dengan ini dibatalkan.
8. TARIKH KUATKUASA
8.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1995 ini adalah berkuatkuasa mulai daripada 1 Jun
1995.
DATO' CLIFEORD F. HERBERT,
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian Kewangan,
KUALA LUMPUR.Tarikh : 22 Mac 1995