KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1996
PROGRAM UNTUK MEMBANTU PESARA AWAM
BEKERJA DENGAN SEKTOR SWASTA
TUJUAN
1.
Pekeliling ini bertujuan menerangkan panduan bagi membantu pesara atau
bakal pesara sektor awam mendapatkan pekerjaan di sektor swasta.
LATAR BELAKANG
2. Oleh kerana negara kini sedang mengalami kekurangan tenaga kerja yang meruncing, Kerajaan telah memutuskan supaya langkah-langkah yang sesuai diambil bagi membantu memudahkan pesara sektor awam mendapatkan pekerjaan di sektor berkenaan.
3.
Pesara sektor awam yang dimaksudkan di dalam Pekeliling ini termasuklah
pesara tentera dan polis.
CARA MEMOHON
4. Untuk membantu memudahkan pesara sektor awam mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, Kerajaan telah meminta majikan firma swasta mengenalpasti kekosongan jawatan di syarikat masing-masing yang sesuai diisi oleh pesara tersebut. Maklumat ini akan disebarkan kepada sernua pejabat Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia.
5. Pesara-pesara yang berminat bekerja dengan sektor swasta bolehlah mendaftarkan diri dengan mana-mana Jabatan Tenaga Rakyat dengan mengisi Borang Pendaftaran seperti di Lampiran 'A'. Borang Pendaftaran tersebut boleh diperolehi dari pejabat Jabatan Tenaga Rakyat atau Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke pejabat Jabatan Tenaga Rakyat supaya permohonan mereka boleh didaftarkan. Senarai alamat serta nombor telefon dan faks Jabatan Tenaga Rakyat yang terdapat di seluruh negara boleh didapati di Lampiran 'B'.
6. Jabatan Tenaga Rakyat akan menghubungi pesara atau bakal pesara yang telah mendaftar untuk memaklumkan jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman mereka serta butir-butir temuduga yang akan dijalankan oleh firma yang berminat mengambil mereka bekerja.
7. Pesara-pesara juga boleh menghubungi mana-mana Jabatan Tenaga Rakyat, khususnya yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka, bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di sektor swasta.
8. Bakal pesara boleh mendaftarkan diri di Jabatan Tenaga Rakyat dalam tempoh enam bulan sebelum mereka bersara. Mereka dikehendaki memperbaharui pendaftaran masing-masing selepas setahun dari tarikh persaraan jika mereka masih belum berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut.
9. Di antara syarat umum yang perlu dimiliki oleh pesara atau bakalpesara untuk berkhidmat dengan sektor swasta ialah:
(i) mempunyai tubuh badan yang sihat;
(ii) memiliki kelayakan dan pengalaman yang sesuai dengan jawatan yang hendak dipohon; dan
(iii) sekiranya tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman
yang diperlukan, mereka hendakla
bersedia untuk dilatih semula oleh syarikat yang ingin mengambil mereka
bekerja.
BORANG PENDAFTARAN
10.
Borang pendaftaran yang dimaksudkan di perenggan 5 di atas boleh didapati
di semua Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia dan Bahagian
Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.
PENUTUP
11. Kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia adalah sebagai tambahan sahaja kepada saluran yang sedia ada. Setiap pesara bebas untuk berusaha sendiri mendapatkan peluang tersebut tanpa perlu bergantung kepada kedua-dua Jabatan berkenaan.
12.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah ditujukan kepada mana-mana
pejabat Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia yang berhampiran.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATO' PADUKA DR. MAZLAN BIN AHMAD)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
Tarikh: 6 Ogos 1996
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun
Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan