TPA(S) 133/13/Klt.3/(52)KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA_________________
SURAT PEKELILING PERKHIIDMATAN BIL: 1 TAHUN 1993
_________________
KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK
IBU BAPA YANG SAH
TUJUAN
1.1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberi penjelasan mengenal peraturan dan kaedah
perlaksanaan kemudahan rawatan perubatan untuk ibu bapa yang sah bagi pegawai yang menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB).
LATAR BELAKANG
2.1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991, perenagan 58.6, telah menyediakan kemudahan rawatan perubatan kepada ibu bapa yang sah seseorang pegawai yang menerima opsyen SSB dan sedang berkhidmat di dalam sektor awam. Rawatan tersebut dihadkan kepada rawatan di hospital atau klinik Kerajaan sahaja dan tidak termasuk kemudahan membekalkan alat-alat orthopedik serta anggota palsu (artificial limbs).
KAEDAH PELAKSANAAN KEMUDAHAN
Tafsiran
3.1. Ibu bapa yang sah (legal parents) bererti ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang. Kemudahan ini dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa.
Kaedah Pelaksanaan
3.2. Pemberian kemudahan ini adalah untuk ibu bapa yang sah yang bermastautin di Malaysia sahaja dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:
3.2.1. sesorang pegawai hendaklah memaklumkan secara rasmi kepada seseorang pegawai Ketua
Jabatan maklumat peribadi ibu bapa yang sah yang layak mendapat kemudahan ini. Maklumat
ini hendaklah dicatatkan di muka surat 3 dalam Buku Perkhidmatan pegawal berkenaan
seperti berikut:Nama Bapa : _____________________________________________________
No. K.P. : _____________________________________________________
Nama Ibu : _____________________________________________________
No. K.P. : _____________________________________________________
Sebarang perubahan terhadap maklumat ini hendklah dimaklumkan secara rasmi semula
kepada Ketua Jabatan.3.2.2. surat pengesahan daripada Ketua Jabatan seseorang pegawal seperti yang ditetapkan di
dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1993 hendaklah dikemukakan kepada
pihak hospital atau klinik Kerajaan yang berkenaan semasa ibu bapa yang sah ingin
mendapatkan rawatan perubatan. Ketua Jabatan adalah bertanggunjawab menentukan
butir-butir yang dinyatakan dalam surat pengesahan adalah merigikut maklumat-maklumat
yang tercatat di dalam Buku Perkhidmatan pegawai;3.2.3. kemudahan ini hanya diberi kepada ibu bapa yang sah selagi seseorang pegawai masih di
dalam Perkhidmatan Kerajaan;3.2.4. kelayakan wad adalah sama seperti kelayakan wad yang ditetapkan kepada pegawai
berkenaan, dan3.2.5. ibu, bapa yang sah yang terdiri daripada pesara Kerajaan boleh meilih untuk menggunakan
kemudahan rawatan perubatan mengikut kelayakannya sebagai seorang pesara atau
menggunakan kelayakan pegawai mengikut perbekalan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini.
Rawatan Yang Dibenarkan
3.3. Rawatan percuma yang dibenarkan kepada ibu bapa yang sudi adalah seperti berikut:
3.3.1. rawatan pesakit luar di hospital atau klinik Kerajaan
3.3.2. rawatan pesakit dalam (inpatient) di hospital Kerajaan;
3.3.3. bekalan ubat-ubatan yang ada di dalam stor ubat Kerajaan;
3.3.4. rawatan kepakaran di hospital atau klinik swasta atas rujukan Pegawai Perubatan Kerajaan;
3.3.5. rawatan kecemasan di hospital atau klinik swasta;
3.3.6. rawatan berpanjangan bagi penyakit tertentu seperti penyakit buah pinggang yang memerlukan
rawatan haemodialvsis3.3.7. bekalan ubat-ubatan yang ada di dalam senara ubat Kementerian Kesihatan tetapi tiada di
dalam stor ubat Kerajaan dengan preskripsi Pegawai Perubatan Kerajaan;3.3.8. bekalan ubat khas yang berdasarkan preskripsi oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dengan
kelulusan Kementerian Kesihatan;3.3.9. kemudahan wad percuma bagi pesakit barah, tibi, kusta dan penyakit-penyakit merebak; dan
3.3.10. rawatan pergigian seperti kelayakan pegawai.
Rawatan Yang Tidak Dibenarkan
3.4. Kemudahan-kemudahan berikut tidak diberikan secara percuma kepada ibu bapa yang sah:
3.4.1. rawatan perubatan luar negeri;
3.4.2. rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit;
3.4.3. pembekalan alat-alat ortopedik dan anagota palsu; dan
3.4.4 . rawatan membuat crowning, gigi palsu dan rawatan otodontik bagi tujuan corrective
measures yang merupakan rawatan kosmetik.
Tuntutan Bayaran Yang Dibenarkan
3.5. Perbelanjaan yang bersankutan dengan kemudahan ini boleh juga dituntut seperti berikut:
3.5.1. seseorang pegawal boleh menuntut balik kos rawatan ibu bapa yang, sah yang dikenakan
oleh mana-mana hospital atau klinik Kerajaan pada tahun 1992. Tuntutan ini hendaklah
berdasarkan resit dan hendaklah ditolak bayaran caj wad yang dikenakan kepada pegawai
atas kadar kelayakannya; dan3.5.2. seseorang pegawai dibenarkan menuntut bayaran balik perbelanjaan membeli ubat-ubatan
berdasarkan resit mengikut peruntukan di perenggan 3.3.7 dan 3.3.8.
TARIKH KUATKUASA
4.1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1992
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
(HAJI ABDUL HALIM BIN ABDUL SALAM)
Timbalan Perkhidmatan Awam,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.17 September 1993.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
S.k.
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun
Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan