JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA,                                                                      Telefon : 03 - 2938444
    Public Service Department, Malaysia,                                                                                                 Telephone :
    TINGKAT 3 - 15, WISMA BERNAMA,                                                                                               Kawat : "FESTOFF KUALA LUMPUR"
    3 - 15 Floor, Wisma Bernama,                                                                                                              Cable :
    JALAN TUN RAZAK,                                                                                                                             Teleks : MA 31581
     50510 KUALA LUMPUR.                                                                                                                      Telex :
                                                                                                                                                                          Fax : 603 - 2925808

                        •   Ruj. tuan :
                             Your Ref :

                          Ruj. Kami : JPA(S)324/1/7-15 Klt.2(30)
                              Our Ref :

                              Tarikh : 20 Ogos 1993
                                 Date :

      Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

      Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan

      Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri

      Ketua-Ketua Pengurusan Badan Berkanun
      Persekutuan/Negeri

      Ketua-Ketua Pengurusan Kuasa-Tempatan

      Tuan,

      PELARASAN GAJI ANGGOTA YANG TERLIBATDALAM SKIM-SKIM
      PERKHIDMATAN DI BAWAH KLASIFIKASI MAHIR, SEPARUH MAHIR,
      TIDAK MAHIR DI BAWAH SISTEM SARAAN BARU (SSB)

      Sila rujuk surat Jabatan ini Bil. JPA(S)324/1/7-15(16) bertarikh 22 April, 1993, mengenai perkara di atas.

      2.         Tujuan surat ini adalah untuk memaklumkan akan pembetulan yang perlu dibuat ke atas sifir pemindahan gaji dalam Lampiran A1 kepada surat bertarikh 22 April 1993 itu.Pemindahan gaji bagi Skim Perkhidmatan Pekerja Rendah Awam Khas (PRAK) Gred R10 sepatutnya dimulakan pada Peringkat 1 Tangga 2  (P1T2 RM368) dan tidak pada Peringkat 1 Tangga 1 ( P1T1 RM357) seperti yang dinyatakan dalam sifir pemindahan gaji yang berkenaan. Pembetulan ini adalah supaya ia selaras dengan matagaji permulaan yang ditawarkan di dalam skim perkhidmatan PRAK. Dengan pembetulan ini juga, gaji yang diterima oleh pegawai-pegawai yang dilantik selepas 1.1.1992 tidak akan melangkaui gaji pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat.

      3.         Selain itu, Kerajaan juga telah membuat ketetapan bahawa dasar penilaian prestasi untuk pertimbangan 4 cara pergerakan gaji (statik, mendatar, menegak, melintang) hendaklah dimulakan pada atau selepas 1.1.1993, kecuali bagi anggota yang belum genap 3 tahun perkhidmatan dan belum disahkan dalam perkhidmatan. Sehubungan itu, pindaan perlu dibuat ke atas kenyataan-kenyataan bertanda * yang terdapat dijadual-jadual pergerakan gaji dalam surat bertarikh 22 April 1993. Pindaan yang dinyatakan itu juga akan mempastikan anggota-anggota yang berkelayakan tidak tercicir dari pertimbangan 4 cara pergerakan gaji mulai 1.1.1993.

      4.         Dengan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dinyatakan di perenggan 2 dan 3 di atas, maka surat
      pelaksanaan bertarikh 22 April 1993 itu hendaklah dipinda seperti berikut :-

                  (i)     Sifir pemindahan gaji di Lampiran A1 dalam surat tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Lampiran
                          A1 baru yang berkepil;

                  (ii)     Lampiran A2 dalam surat tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Lampiran A2 baru yang
                           berkepil serta ditambah dengan Lampiran A2-1;

                  (iii)     Semua ayat bertanda * dengan rangkaian perkataan "Anggota layak menerima pergerakan gaji secara
                            mendatar" di Lampiran A3, A4, A5, B2, B3, B4, B5, B6, C1, D1 dan D2 yang tercatat di bawah
                            jadual-jadual berkenaan hendaklah dibatalkan dan digantikan dengan rangkaian perkataan "Anggota
                            layak dipertimbangkan pergerakan gaji mengikut penilaian prestasi. Jadual-jadual pergerakan gaji yang
                            mengandungi pindaan tersebut serta menggunakan rujukan lampiran yang sama disertakan bersama
                            sama surat ini.

      5.         Semua pembetulan disebutkan dalam surat ini telahpun dimaklum dan dihuraikan semasa taklimat kepada
      semua agensi diadakan. Tuan adalah diminta mengambil maklum akan pembetulan ini dan menyampaikannya secara rasmi kepada semua agensi di bawah kawalan tuan.

      Sekian dimaklumkan.

      " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

      Saya yang menurut perintah,

      ( HAJI ABDUL HALIM BIN ABDUL SALAM )
      Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
      b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
      Malaysia.

      s.k.
       

      Salinan asal

      Ketua Setiausaha,
      Kementerian Kewangan,
      (Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Belanjawan),
      Tingkat 11-13, Khazanah Malaysia,
      Jalan Duta,
      50592 KUALA LUMPUR.

      Akauntan Negara,
      Jabatan Akauntan Negara,
      Blok 8 Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan,
      Jalan Duta,
      50594 KUALA LUMPUR.

      Ketua Audit Negara,
      Ibu Pejabat Audit,
      Jalan Cenderasari,
      50518 KUALA LUMPUR

      Setiausaha,
      Tribunal Perkhidmatan Awam,
      Blok K, Aras 1,
      Pusat Bandar Damansara,
      Jalan Damansutra,
      50528 KUALA LUMPUR.

      Setiausaha,
      Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,
      Tingkat 21, 32, 33,
      Menara Dato' Onn,
      Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
      Jalan Tun Ismail,
      50526 KUALA LUMPUR

      Setiausaha,
      Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
      Jalan Cenderasari,
      50520 KUALA LUMPUR

      Setiausaha,
      Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
      Urusetia Cawangan Sarawak,
      Tingkat 10, Wisma Persekutuan Baru,
      Jalan Simpang Tiga,
      93520 Kuching,
      SARAWAK

      Setiausaha,
      Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia,
      Urusetia Cawangan Sabah,
      Tingkat 4, Blok E,
      Jalan Karamunsing,
      88000 Kota Kinabalu,
      SABAH

      Setiausaha Pihak Pekerja,
      Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja,
      Pengurusan dan Profesional,
      Wisma CUEPACS, 34 Jalan Gajah,
      Off Jalan Yew,
      55100 KUALA LUMPUR

      Setiausaha Pihak Pekerja,
      Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja
      Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Sokongan,
      Wisma CUEPACS, 34 Jalan Gajah,
      Off Jalan Yew,
      55100 KUALA LUMPUR

      Setiausaha Pihak Pekerja,
      Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja
      Am Dalam Kumpulan Sokongan,
      Wisma CUEPACS, 34 Jalan Gajah,
      Off Jalan Yew,
      55100 KUALA LUMPUR

      EDARAN DALAMAN

      KPPA

      TKPPA

      Semua Pengarah Bahagian,
      Jabatan Perkhidmatan Awam.

          -         Bahagian Saraan                                                 (7 salinan)

          -         Bahagian Perkhidmatan dan                                 (9 salinan)
                     Kerjaya

          -         Bahagian Latihan                                                  (2 salinan)

          -         Bahagian Pencen                                                   (2 salinan)

          -         Bahagian Perundingan                                            (2 salinan)

          -        INTAN                                                                  (2 salinan)

          -        Bahagian Khidmat Pengurusan                                (4 salinan)

          -        Bahagian Pembangunan                                          (semua unit/
                    Organisasi                                                              pegawai berkenaan)