JABATAN PERKHIDMATAN AWAM,
    BAHAGIAN PENCEN,
    BANGUNAN SULAIMAN,
    JALAN DAMANSARA,
    KUALA LUMPUR.

     
                                                                                                                                Ruj. Fail:  JPA/PEN/22897/1-2/(15)

                                                                                                                                Tarikh:     30 hb. Ogos, 1982

    Tuan,

    Pengecualian Sijill Pelepasan Cukai

     Saya diarah  menarik perhatian tuan kepada perenggan 5(b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/78 bertarikh 15hb. Mac, 1978 yang menghendaki Ketua-ketua Jabatan menghubungi antara lain, Jabatan Hasil Dalam  Negeri untuk mendapatkan sijil pelepasan cukai bagi seseorang pegawai yang bakal bersara 6 bulan sebelum tarikh persaraannya.

    2.        Dalam hubungan ini, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah pun memperolehi persetujuan Jabatan Hasil Dalam Negeri bagi mengecualikan pegawai Kumpulan 'D' yang mempunyai pendapatan berdasarkan gaji bulanan semata-mata dari mendapat sijil pelepasan cukai bagi maksud bayaran faedah persaraan.  Bagi mereka yang mempunyai atau disyaki mempunyai pendapatan lain selain daripada gaji bulanan, sijil pelepasan cukai mesti dipohon bagi maksud bayaran faedah persaraann.

    3.        Peraturan untuk mendapat sijil pelepasan cukai bagi pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C'  sepertimana yang dijelaskan oeleh Surat Pekeliling Perkhidmatn Bil.5/78 bertarikh 15hb, Mac, 1978 hendaklah diteruskan.

    4.        Dengan adanya peraturan yang terbaharu ini, Jabatan ini berharap masalah Sijil Akuan Berhutan/Tak Berhutan yang masih berlaku sekarang dapat dikmurangkan dan matlamat Jabatan ini hendak membayar faedah persaraan dalam tempoh yang telah ditetapkan itu kepada yang berhak sahaja akan tercapai.

    Sekian.

     "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

     Saya yang menurut perintah,
     
     

    (DATUK HASSAN BIN IBRAHIM)
    Pengarah Bahagian Pencen,
    b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
    Malaysia.

    Salinan asal

    Semua Ketua-ketua Setiausaha Kementerian
    Semua Ketua-ketua Jabatan Persekutuan
    Semua YB Setiausaha Kerajaan Neger
    Semua Pihak Pengurusan Badan Berkanun
    Semua Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan

     s.k.

     Ketua Pengarah,
    Jabatan Hasil Dalam Negeri,
    Komplek Pejabat-pejabat Kerajaan,
    Jalan Duta,
    Kuala Lumpur.

     (U.P:  Encik Sivalingam)