Your Ref:
    TINDAKAN SERTA MERTA                                                                  Ruj. Kami:    JPA(R)138/3-2 PERK
                             Our Ref :    K1t.2/(43)
    Semua Ketua Setiausaha Kementerian,                                                               Tarikh :
                                  Date :   15 Oktober 1993
    Semua Setiausaha Kerajaan Negeri,

    Y.Bhg Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan,
     

    MAKLUMAT MENGENA1 PEGAWAI-PEGAWAI
    PERKHIDMATAN AWAM BUKAN LANTIKAN TETAP
     

    Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatlan Y.Bhg.Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan kepada Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 September 1993 supaya Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara mengumpulkan maklumat-maklumat seperti bilangan dan syarat-syarat perlantikan bagi tiap-tiap kategori pegawai perkhidmaten awam bukan lantikan tetap mengikut Kementerian/Jabatan dan agensi kerajaan untuk dikemukakan kepada Jemah Menteri. Pegawai bukan lantikan tetap adalah merupakan Pegawai Sementara, Kontrak, Sambilan, Sandaran/sangkut dan lain-lain pegawai yang dilantik atas tujuan tertentu dengan bayaran elaun tetap.

    2.             Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Pihak Y.Bhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon mengemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut format seperti, di Lampiran 'A'. Pihak Y.Bhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan juga diminta mengemukakan satu salinan contoh surat tawaran bagi setiap jenis perlantikan. Maklumat ini hendaklah meliputi semua Jabatan dan Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan di bawah bidang kuasa Kementerian/Kerajaan Negeri masing-masing.

    3.             Kerjasama Y.Bhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon supaya mengemukakan maklumat-maklumat yang dikehendaki pada atau sebelum 23 Oktober 1993.

    Sekian. Terima kasih.

    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

    Saya yang menurut perintah,
     
     

    ( MAHADI BIN HAJI MOHD.  IBRAHIM )
    Bahagian Perkhidmatan Kerjaya,
    b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
    MALAYSIA.

    Salinan asal