KERAJAAN MALAYSIA

    PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM

    BILANGAN 2 TAHUN 1993
     

    GARIS PANDUAN MENGENAl
    PEMBERIAN ANUGERAH
    PERKHIDMATAN CEMERLANG
    PERKHIDMATAN AWAM







    JABATAN PERDANA MENTERI
    MALAYSIA
    27 JANUARI 1993

    Dikelilingkan kepada:

    Ketua-ketua Setiausaha Kementerian
    Ketua-ketua Jabatan Persekutuan
    Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan
    Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
    Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.



     
                                                                                                                             (Lampiran kepada 
                                                                                                                              Pekeliling Kemajuan 
                                                                                                                              Pentadbiran Awam 
                                                                                                                              Bilangan 2 Tahun 1993) 
     
     


    GARIS PANDUAN MENGENAI
    PEMBERIAN ANUGERAH
    PERKHIDMATAN CEMERLANG
    PERKHIDMATAN AWAM











     

    TUJUAN
    Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan mengenai pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di dalam Perkhidmatan Awam. Panduan mengenai pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah seperti di lampiran kepada Pekeliling ini.

    LATAR BELAKANG

    2.    Kerajaan sentiasa berharap agar anggota-anggota awam sentiasa berusaha memupuk satu perkhidmatan awam yang bermutu tinggi dan cemerlang. Berbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan anggota-anggota awam mencapai matlamat tersebut. Pemberian penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, seperti yang terdapat dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1983, yang mengiktiraf perkhidmatan cemerlang adalah salah satu cara untuk mendorong anggota-anggota awam supaya sentiasa memberikan prestasi kerja yang cemerlang.

    3.    Kerajaan akan terus memberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Bagaimanapun pekeliling mengenai pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah mengambil kira perkembangan dan perubahan yang berlaku termasuk pelaksanaan Sistem Saraan Baru dengan tujuan mengadakan satu sistem pemberian penghargaan yang lebih teratur dan mudah dilaksanakan. Adalah diharapkan bahawa pemberian penghargaan ini akan dapat memupuk semangat persaingan yang sihat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota-anggota awam.

    PEMBATALAN

    4.    Dengan pengeluaran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 1993 ini, Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1983 adalah dibatalkan.

    TARIKH KUATKUASA

    5.    Garis panduan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh pekeliling ini dikeluarkan.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
     
     
     

    TAN SRI DATO' SERI AHMAD SARJl BIN ABDUL HAMID.
    Ketua Setiausaha Negara
     

    Salinan asal
     


    ISI KANDUNGAN

                                                                                                                                                            Muka
                                                                                                                                                            Surat

    A.     TUJUAN                                                                                                                                    1

    B.     LATAR BELAKANG                                                                                                                1

    C.    TAKRIF PERKHIDMATAN CEMERLANG                                                                             1

    D.    SISTEM PENCALONAN UNTUK MENERIMA                                                                     1
           ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

    E.    JENIS-JENIS HADIAH DAN INSENTIF                                                                                  2
     


    GARIS PANDUAN MENGENAI PEMBERIAN
    ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
    PERKHIDMATAN AWAM

    A.     TUJUAN

            Pekeliling ini bertujuan untuk menyeragamkan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kapada anggota-anggota awam supaya pelaksanaannya dapat dijalankan dengan lebih teratur, saksama dan berkesan.
     

    B.     LATAR BELAKANG

    2.     Kerajaan sentiasa memberi perhatian dan keutamaan yang tinggi dalam memberikan pengiktirafan serta penghargaan kepada anggota-anggota awam. Pemberian penghargaan ini adalah penting sebagai dorongan dan teladan untuk meningkatkan prestasi anggota-anggota selaras dengan hasrat pemberian perkhidmatan yang berkualiti.

    3.     Berbagai usaha telah dijalankan bagi memberikan penghargaan ini. Diantaranya ialah pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagaimana panduan yang diberikan oleh Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1983.

    4.     Kerajaan akan meneruskan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Bagaimanapun, sesuai dengan perkembangan dan perubahan-perubahan yang berlaku termasuk pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB), beberapa pengubahsuaian tentang pelaksanaan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini perlu dilakukan.
     

    C.     TAKRIF PERKHIDMATAN CEMERLANG

    5.      Perkhidmatan Cemerlang di dalam Perkhidmatan Awam adalah merupakan perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang anggota awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha anggota awam yang lain.
     

    D.     SISTEM PENCALONAN UNTUK MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

    6.      Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1983 menetapkan pemilihan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di sesebuah Jabatan dijalankan oleh Panel Pemilihan yang ditubuhkan oleh Ketua Jabatan. Penilaian dibuat berasaskan Borang Pencalonan Bagi Pemilihan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am tersebut.

    7.      Mulai dari sekarang, sistem pemilihan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan menggunakan sistem penilaian prestasi tahunan di bawah Sistem Saraan Baru (SSB).

    8.      Pemilihan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hendaklah dibuat pada tiap-tiap tahun berasaskan kepada laporan penilaian prestasi kerja. Hanya anggota-anggota yang telah mencapai prestasi kerja yang cemerlang dan telah mendapat pergerakan gaji secara melintang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

    9.       Pemilihan anggota-anggota awam untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hendaklah dibuat oleh Panel Penyelarasan Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji di bawah SSB.

    10.     Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan boleh mengadakan Majlis Penyampian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Bagi Jabatan/Agensi yang kecil majlis tersebut boleh juga diadakan secara bersekali di peringkat Kementerian berkenaan.

    11.     Majlis penyampaian Anugerah bagi sesuatu tahun hendaklah diadakan secepat mungkin iaitu selewat-lewatnya pada bulan April dalam tahun itu.

    12.     Semua anggota awam boleh dipertimbangkan untuk diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kecuali anggota-anggota awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Jawatan-jawatan Utama (JUSA).
     

    E.       JENIS-JENIS HADIAH DAN INSENTIF

    13.    Seseorang anggota yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan diberi hadiah-hadiah dan insentif-insentif seperti berikut:

                (i)     Sijil Perkhidmatan                 Contoh seperti di Lampiran 'A'.
                        Cemerlang :                           Kerajaan-kerajaan Negeri/Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan /
                                                                     Badan-badan Berkanun Negeri boleh mengantikan Lambang Kerajaan
                                                                     Persekutuan yang terdapat pada Sijil Perkhidmatan ini kepada lambang
                                                                     Kerajaan Negeri masing-masing.

                (ii)     Cenderamata yang sesuai:     Nilai Cenderamata tidak melebihi RM300.00.

                (iii)     Bonus sebulan gaji:               Perkiraan bonus akan ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

                (iv)     Diberi Cuti Tanpa Rekod     Cuti ini adalah sebagai tambahan kepada kelayakan cuti rehat tahunan
                          Bergaji Penuh selama 7        yang sedia ada dan hendaklah diambil dalam tahun Anugerah diberikan,
                                                                     kecuali ianya tidak boleh diambil di atas sebab-sebab kepentingan
                                                                     perkhidmatan. Pemberian cuti ini tidak boleh digantikan dengan wang
                                                                     tunai.

                 (v)     Nama dan gambar pemenang-pemenang dipamerkan di
                          pejabatnya iaitu di suatu tempat yang strategik atau yang
                          biasa dikunjungi oleh orang awam atau pelawat.

    14.     Ketua Jabatan adalah digalakkan untuk memberi peluang serta keutamaan kepada pemenang-pemenang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi memajukan kerjayanya seperti menghantarnya menghadiri kursus seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerjanya.

    15.     Adalah diharapkan bahawa sistern pemberian penghargaan ini akan saling memperkukuhkan sistem pemberian penghargaan yang lain seperti kenaikan pangkat, pemberian anugerah-anugerah lain di peringkat Persekutuan dan Negeri dan pemberian biasiswa disamping dapat mewujudkan kecemerlangan di kalangan anggota-anggota awam demi kepentingan Perkbidmatan Awam dan negara.

    Salinan Asal