PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM
BILANGAN
2 TAHUN 1991
PANDUAN
PENGURUSAN MESYUARAT
DAN URUSAN
JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
KERAJAAN
JABATAN
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
1 APRIL,
1991
Dikelilingkan kepada:
Ketua-ketua
Setiausaha Kementerian
Ketua-ketua
Jabatan Persekutuan
Ketua-ketua
Badan Berkanun Persekutuan
Y.B. Setiausaha-setiausaha
Kerajaan Negeri
Pihak-pihak
Berkuasa Kerajaan Tempatan.
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menyampaikan panduan
untuk membantu pihak pengurusan dan urusetia jawatankuasa-jawatankuasa
Kerajaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih cekap dan berkesan.
Panduan Pengurusan Mesyuarat dan
Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan adalah seperti di lampiran
kepada Pekeliling ini.
LATAR BELAKANG
2. Dari semasa ke semasa, Kerajaan telah mewujudkan berbagai-bagai jawatankuasa untuk melaksanakan tanggungjawab tertentu. Secara umumnya, jawatankuasa-jawatankuasa ini memainkan peranan untuk :
(i) merancang pelaksanaan sesuatu dasar atau program Kerajaan;
(ii) memperolehi nasihat dari pihak-pihak
yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam perkara
tertentu; dan
(iii) menyelaras dan menyatukan usaha-usaha
pelaksanaan sesuatu program supaya tindakan-tindakan
yang dilakukan oleh semua agensi yang terlibat adalah bersepadu dan terselaras.
3.
Sebuah urusetia perlu dilantik untuk membantu jawatankuasa menjalankan
tanggungjawabnya. Urusetia ini akan menjalankan tugas-tugas seperti mengatur
mesyuarat, menghantar surat jemputan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.
Di samping itu, Urusetia juga bertanggungjawab bagi mewujudkan satu sistem
pengesanan bagi menentukan follow-up dan follow-through ke atas keputusan-keputusan
jawatankuasa.
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KERAJAAN
4.
Panduan Pengurusan Mesyuarat dan
Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan ini adalah dikeluarkan untuk
menetapkan tindakan-tindakan dan norma-norma kerja yang harus dilaksanakan
bagi menentukanbahawa pengurusan mesyuarat dan urusan jawatankuasa-jawatankuasa
Kerajaan adalah dikendalikan dengan jayanya.
TARIKH KUATKUASA
5.
Garis panduan ini hendaklah digunakan
mulai daripada tarikh pekeliling ini dikeluarkan.
TAN SRI
DATO' SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,
Ketua Setiausaha
Negara