Siri Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ini telah dilancarkan pada tahun ini, khusus untuk menyampaikan garis panduan untuk meningkatkan lagi kecekapan keberkesanan dan kualiti hasil kerja. Setakat ini, sebelas Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam telah dikeluarkan dalam beberapa bidang pengurusan.
2.
Kesebelas Pekeliling tersebut berserta Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2
Tahun 1991 mengenai "Penggunaan Borang-borang Baru Bagi Pengurusan Harta
Modal, Inventori Dan Bekalan Pejabat" adalah dibukukan dalam jilid ini
untuk menjadi buku rujukan bagi ketua-ketua jabatan. Buku ini boleh digunakan
sebagai bahan latihan oleh Institut Tadbiran Awam negara (INTAN) dan institut-institut
latihan sektor awam yang lain.
TAN SRI
DATO' SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID
Ketua setiausaha Negara.
29 Julai 1991.
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM
BILANGAN
1 TAHUN 1991
PANDUAN
MENINGKATKAN
KUALITI
LAYANAN URUSAN
MELALUI
TELEFON
JABATAN
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
9 JANUARI,
1991
Dikelilingkan kepada:
Ketua-ketua
Setiausaha Kementerian
Ketua-ketua
Jabatan Persekutuan
Ketua-ketua
Badan Berkanun Persekutuan
Y.B. Setiausaha-setiausaha
Kerajaan Negeri
Pihak-pihak
Berkuasa Kerajaan Tempatan.
1.
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menyampaikan panduan
bagi membantu agensi-agensi Kerajaan dalam mengusahakan peningkatan kualiti
perkhidmatan telefon di agensi masing-masing. Panduan
Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon adalah seperti di Lampiran
kepada Pekeliling ini.
LATARBELAKANG
2. Perkhidmatan telefon adalah merupakan salah satu perkhidmatan barisan hadapan yang terpenting. Imej sesuatu organisasi sering dipengaruhi oleh kualiti perkhidmatan telefon yang diberikan. Ketidakcekapan dalam perkhidmatan boleh menimbulkan masalah seperti maklumat yang disampaikan tidak tepat, lewat dan tidak jelas. Dalam suasana seperti ini sesebuah agensi itu bukan sahaia akan mendapati sukar untuk memenuhi kehendak pelanggan malah akan menghadapi berbagai halangan dalam melaksanakan berbagai fungsi yang ada padanya.
3.
Panduan ini adalah disediakan sebagai
satu langkah perkhidmatan awam untuk memastikan bahawa masyarakat adalah
sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti, khususnya ketika berurusan
melalui telefon dengan agensi-agensi Kerajaan.
PANDUAN MENINGKATKAN KUALITI LAYANAN URUSAN MELALUI TELEFON
4.
Di samping layanan urusan telefon yang berkualiti, panduan
ini juga adalah menekankan tindakan-tindakan yang memerlukan perhatian
daripada pihak pengurusan agensi. Antara tindakan yang perlu diutamakan
ialah memberikan latihan kepada staf yang terlibat serta mendapatkan alat-alat
telefon yang baik. Melalui tindakan-tindakan ini, adalah diharapkan bahawa
tahap kefahaman di kalangan staf akan dapat ditingkatkan dan prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang yang menjadi asas panduan
ini mudah untuk diterapkan supaya menjadi sebagai sebahagian daripada budaya
kerja mereka.
TARIKH KEGUNAAN
5.
Panduan ini hendaklah digunakan
mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.
"BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA"
"CINTAILAH BAHASA
KITA"
TAN SERI DATO' AHMAD SARJI BIN AHMAD HAMID
Ketua Setiausaha
Negara.