2.1.
"Dalam Negeri" bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura,
Brunei Darussalam,
Kalimantan dan Selatan
Thailand;
2.2.
"Gred/Kategori" bermakna Gred Gaji atau Gred Perkhidmatan, mengikut mana
yang berkenaan di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) mengikut Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 9 Tahun 1991. Sebagai panduan, kedudukan Gred Gaji atau Gred Perkhidmatan
tersebut adalah seperti di Lampiran
A-l. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima SSB boleh
terus membuat tuntutan elaun dan kemudahan di bawah Pekeliling ini berlasarkan
kepada Kumpulan Gaji masing-masing mengikut sifir perubahan/perbandingan
seperti yang dinyatakan di Lampiran
A-2;
2.5.
"Stesen" bermakna satu linkungan kawasan 25 km dari rumah lama tempat pegawai
tinggal ke rumah
baru tempat barang-barang disimpan/dibawa semasa berkursus tersebut.
ELAUN, KEMUDAHAN
DAN BAYARAN KERANA
MEMINDAHKAN BARANG-BARANG
PERSENDIRIAN
SEBELUM DAN SELEPAS
BERKURSUS
3. Seseorang pegawai
yang berkursus panjang sama ada di dalam atau di luar negeri layak menuntut
elaun, kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan memindahkan barang-barang
persendirian pegawai dan keluarga ke tempat lain sebelum dan selepas berkursus
mengikut syarat-syarat kelayakan dan kadar-kadar,seperti berikut:
3. 1. Kelayakan
3. 1. 1. pegawai menerima Arahan Pertukaran atau
Arahan Berkursus, mengikut mana yang berkenaan yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertentu;
3.1.2.
kurusus tersebut hendaklah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun
pengajian;
dan
3.1.3. mendapat pengesalian bertulis daripada Ketua
jabatan yang menyatakan bahawa pegawai perlu
menyinpan barang-harang. ke tempat lain atau membawa barang-barang tersebut
ke tempat kerusus;
3.2. Syarat-syarat
Tuntutan
3.2.2.
jika mengikuti kursus di dalam negeri, pegawai boleh sama ada menyimpan
barang-barang di tempat lain atau membawa barang-barang tersebut ke tempat
kursus, mengikut prinsip 'yang mana terdekat'. Oleh hal yang demikian,
tuntutan sebelum inengikuti kursus dikira dari tempat kediaman ke tempat
barang-barang disimpan atau dari tempat kediaman ke tempat barang-barang
dibawa semasa berkursus, mengikut mana yang berkenaan. Tuntutan yang di
buat selepas mengikuti kursus, dikira dari tempat barang-barang tersebut
disimpan/ dibawa hingga ke tempat kediaman baru;
3.2.3.
tuntutan bagi pegawai berkeluarga adalah mengikut kadar keluarga manakala
bagi pegawai bujang, mengikut kadar bujang. Pegawai yang telah berkeluarga
dan tidak membawa isteri/suami dan anak-anak, berkelayakan membuat tuntutan
atas kadar . Pegawai yang membawa anak/anak-anak tetapi tidak membawa isteri/
suami atau sebaliknya, membawa isteri/suami tetapi tidak membawa anak/anak-anak,
berkelayakan membuat tuntutan atas kadar keluarga:
3.2.4.
tiada perbelanjaan, bayaran tambahan, atau kemudahan lain vang layak dituntut
bersabit dengan perhantaran barang-barang tersebut seperti Elaun Makan
dan Bayaran Sewa Hotel, pengangkutan kenderaan dan tambang perjalanan ahli
keluarga termasuk penghantaran barang-barang persendirian ke tempat lain
selain daripada tempat yang dipohon;
3.2.5.
Kementerian/Jabatan/Agensi boleh menyedia atau mengaturkan kemudahan kenderaan
pengangkutan barang-barang dan kenderaan perjalanan bagi pegawai. Ini juga
termasuk menggunakan kemudahan tempahan kapal terbang, kereta api atau
bas melalui Waran Perjalanan Udara Awam, Waran Perjalanan Bas atau Waran
Perjalanan Kereta Api, mengikut mana yang berkenaan. Walau bagaimanapun,
Kementerian/Jabatan/Agensi hendaklah memastikan bahawa jika kemudahan tersebut
diguna atau disediakan maka pegawai yang terlibat tidak layak lagi menuntut
elaun dan bayaran bagi kemudahan yang sama. Peraturan kewangan yang lain
seperti penggunaan Pesanan Tempatan, Panggilan Sebutharga dan seumpamanya,
di mana yang sesuai adalah digalakkan;
3.2.6.
tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran ini boleh dibuat dengan menggunakan
borang seperti di Lampiran A;
3.2.7.
tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran yang dibuat selepas pegawai
berkursus hendaklah diiringi dengan salinan tuntutan sebelum ini (jika
ada):
3.2.8.
tuntutan yang dibuat sebelum pegawai menghadiri kursus iaitu bagi menyimpan/
membawa barang-barang ke tempat lain/tempat kursus hendaklah dibuat selewat-lewatnya
dalam tempoh satu bulan selepas pengangkutan barang-barang -tersebut dilaksanakan.
Tuntutan yang dibuat selepas pegawai menghadiri kursus iaitu bagi mengambil
semula barang-barang dari tempat simpanan/tempat kursus hendaklah juga
dibuat selewat-lewatnya dalam tempoh satu bulan selepas pengangkutan barang-barang
dilaksnakan;
3.2.9.
seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan kemudahan bersabit
dengan urusan memindahkan barang-barang tersebut jika kemudahan perjalanan
dan/atau pengangkutan barang-barang disediakan; dan
3.2.10.
walau apapun peruntukan di atas, tiada tuntutan boleh dibuat bagi pengangkutan
barang-barang persendirian milik pegawai dan keluarganya didalam dan
3.3. Kadar
3.3.1. Perbelanjaan
Pengakutan
3.3.1.1. syarat tuntutan adalah sebagaimana
yang dinyatakan di perenggan 3.1.12, Pekeliling
Perbendaharaan Bil.
4 Tahun 1995 atau mana-mana peraturan lain yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa;
3 3.2.
Tambang Pengangkutan
Awam/Elaun Perjalanan Kenderaan
3.3.2.1. tuntutan layak dibuat semasa menghantar barang
ke tempat lain sebelum pegawai
pergi berkursus dan sekali lagi semasa mengambil semula barang-barang tersebut,
selepas pegawai
balik berkursus;