PEKELILING PERBENDAHARAAN BiL. 7 TAHUN 1992
SKIM PEMBIAYAAN
KEAHLIAN KELAB REKREASI DAN SUKAN
BAGI KUMPULAN
PENGURUSAN TERTINGGI SERTA
KUMPULAN PENGURUSAN
DAN PROFESIONAL
1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menetapkan
syarat-syarat dan peraturan mengenai Skim
Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan bagi Pegawai dalam Kumpulan
Pengurusan
Tertinggi (Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas) serta Kumpulan
Pengurusan
dan Profesional.
2. Latar Belakang
2.1 Di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) yang berkuatkuasa
mulai 1 Januari 1992. Kerajaan bersetuju
memberi kemudahan baru iaitu sumbangan kewangan bagi bayaran/yuran masuk
menjadi ahli kelab
rekreasi dan sukan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta
Kumpulan Pengurusan
dan Profesional. Kemudahan ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi pegwaai-pegawai
berkenaan
dengan rakan sejawat mereka di sektor swasta selaras dengan hasrat Pensyarikatan
Malaysia.
3. Peraturan
3.1 Dengan ini adalah diterapkan bahawa pegawai
Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang tugasnya memerlukan interaksi dengan rakansejawat
di sektor swasta
dibenarkan membuat tuntutan sumbangan kewangan bagi bantuanbayaran/yuran
masuk menjadi ahli
salah sebuah kelab rekreasi dan sukan yang disenaraikan di Lampiran
"A" tertakluk kepada syarat-
syarat seperti berikut :-
3.1.1 sumbangan bayaran/yuran masuk sebenar tertakluk
kepada had maksimum, S3,000.00
dan yang selebihnya ditanggung sendiri oleh pegawai;
3.1.2 pegawai tetap yang menerima gaji dan syarat-syarat perkhidmatan SSB;
3.1.3 pegawai tetap yang menerima gaji dan syarat-syarat
perkhidmatan SSB yang telah
menganggotai salah sebuah kelab rekreasi dan sukan di Lampiran
"A" sebelum keluarnya
Pekeliling ini adalah juga dibenarkan menuntut kemudahan ini;
3.1.4 pegawai atau suami/isteri yang layak menerima
kemudahan im boleh membuat tuntutan
yang berasingan;
3.1.5 tuntutan kemudahan ini hendaklah disokong dengan resit pembayaran;
3.1.6 tuntutan kemudahan ini diberi hanya sekali
sahaja dalam tempoh perkhidmtan
pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan;
3.1.7 tuntutan ini hendaklah direkodkan dalam buku
Kenyataan Perkhidmatan pegawai
berkenaan.
4. Kuasa Meluluskan
4.1 Kuasa untuk meluluskan sumbangan kewangan kepada
pegawai-pegawai yang memenuhi semua
syarat mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling ini
adalah diberi kepada semua Ketua
Setiausaha Kementerian dan semua Pegawai Pengawal yang disenaraikan dalam
buku Anggaran Belanjawan
Tahunan.
4.2 Permohonan-permohonan daripada Ketua Setiausaha
Kementerian dan Pegawai Pengawal hendaklah
dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk pertimbangan.
4.3 Dalam menimbangkan sesuatu permohonan Ketua
Setiausaha Kementerian dan Pegawai Pengawal
hendaklah mempastikan bahawa pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkandalam
Pekeliling ini
disamping menimbang kepentingan pemohon menganggotai kelab rekreasi dari
sukan berkenaan untuk
mencapai keperluan objektif dan matlamat organisasinya serta tugas pegawai
berkenaan itu memerlukan ia
berinteraksi dengan rakan sejawatnya di sektor swasta.
5. Peraturan Permohonan
5.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam
borang permohonan yang ditetapkan seperti
contoh di Lampiran "B".
6. Am
6.1 Ketua Setiausaha Kementerian/Pegawai Pengawal
boleh mengenukakan cadanean untuk pertirnbangan
Perbendaharaan. Sekiranya ada kelab-kelab rekreasi dan sukan yang disenaraikan
di Lampiran "A" tetapi
difikirkan sesuai dianggotai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan
Pengurusan dan Profesional
di bawah ini.
6.2 Pekeliling ini adalah terpakai juga bag1 Kerajaan-kerajaan
Negeri, Badan-badan Berkanun dan
Kuasa-kuasa Tempatan dalam memberi kemudahan yang sama kepada pegawai-pegawai
mereka yang layak.
7. Tarikh Kuatkuasa
7.1 Peraturan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 April
1992.
DATO' DR.
MAZLAN BIN AHMAD,
Timbalan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
b.p. Ketua
Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian
Kewangan.
19 Mei 1992