KEMENTERIAN KEWANGAN,
    KHAZANAH MALAYSIA,                                                                     Telefon     :    940011, 948111
    JALAN DUTA,                                                                                         Telegram  :    TREASURY
    KUALA LUMPUR                                                                                    Telex         :     FFDTRY MA 30242

    Ketua-Ketua Setiausaha Kerajaan.
    Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri.
    Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
    Ketue Eksekutif Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.
    Ketua Eksekutif Kuasa-Kuasa Tempatan.
    Ketua Eksekutif Perbadanan-Perbadanan Awam Persekutuan dan Negeri.

    Tuan,

    PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 1985

    Larangan Membeli Kereta-Kereta Impot.

    Kerajaan sekarang sedang melancarkan kempen menggunakan barang-barang tempatan bagi menggalakkan rakyat menggunakan-barang-barang buatan tempatan. Sesuai dengan amalan Kepimpinan Melalui Teladan, maka wajarlah bagi Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan mendahului rakyat menggunakan barang-bareng buatan tempatan atau dipasang di dalam negeri ini. Sejajar dengan kempen menggalakkan penggunaan,barang-barang tempatan ini, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melarang pembelian kereta yang diimpot dalam bentuk CBU sebagai Kereta Rasmi atau Kereta Khas Pegawai.

    2.     Kerajaan mengambil keputusan melarang pembelian kereta-kereta yang diimpot adalah bertujuan bagi menjimatkan pertukaran wang asing. Selain dari itu Kerajaan berharap dapat membantu perusahaan kereta-kereta buatan tempatan atau dipasang dalam negeri ini. Kereta-kereta impot ini juga biasanya amat mahal, mempunyai kos penyenggaraan yang tinggi dan amat sukar untuk diperbaiki apabila rosak.

    3.     Larangan ini meliputi pembelian Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan-Badan Berkanun, kuasa-kuasa  Tempatan dan Perbadanan-Perbadanan Awam Persekutuan dan Negeri.

    4.     Pekeliling ini adalah berkuatkuasa dengan sertamerta.
     

    (TAN SRI THONG YAW HONG)
    Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

    Salinan Asal