KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 6 TAHUN 1993
PINDAAN KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL. 5 TAHUN 1993 MENGENAI IMBUHAN TAHUNAN
BAGI PEGAWAI SEKTOR AWAM
TUJUAN
1.
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk meminda beberapa peraturan
yang ditetapkan di dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1993
mengenai bayaran imbuhan tahunan kepada pegawai sektor
awam.
PINDAAN
2.
Kerajaan telah memutuskan supaya beberapa peraturan di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5
Tahun 1993 dipinda seperti berikut:
2.1. perenggan 5(v) hendaklah dibaca sebagai:
(a) pegawai yang bercuti tanpa gaji atas apa-apa sebab termasuk berkursus:
(i) sekiranya bercuti tanpa gaii sepanjang tahun 1993 tidak diberi imbuhan tahunan ini;
(ii) sekiranya pegawai bercuti tanpa gaii pada beberapa
bulan sahaja atau sebarang tempoh
yang dilulus pada mana-mana bulan dalam tahun 1993, imbuhan tahunan ini
boleh dibayar
secara proportionate berasaskan genap satu bulan perkhidmatan. Kaedah
pengiraan adalah
seperti contoh berikut:
Contoh:
Jika pegawai bercuti tanpa gaji pada bulan Januari sehingga 15 Mac 1993,
perkiraan
imbuhan tahunan adalah berasaskan kepada sembilan bulan perkhidmatan iaitu
9/24
x gaji pokok atau 9/12 x RM400.00 bagi yang bergaji RM1800.00 dan ke bawah.
(b) pegawai yang bercuti tanpa gaji dalam
tahun 1993 daripada 1 Januari 1993 sehingga 1 November
1993 dan melapur diri untuk bertugas semula pada 2 November 1993 atau selepasnya,
tidak layak
diberi imbuhan tahunan.
2.2.
perenggan 5(vi) mengenai cuti berkursus adalah digugurkan. Bagi pegawai
yang cuti berkursus
bergaji penuh atau separuh gaji adalah layak diberi imbuhan tahunan sebanyak
setengah bulan
gaji atau tidak kurang daripada RM400.00. Bagi pegawai yang cuti berkursus
tanpa gaji adalah
tertakluk kepada peraturan di perenggan 2.1 di atas.
3.
Kerajaan juga telah memutuskan supaya imbuhan tahunan diberi secara proportionate
semasa pegawai
bertugas di agensi kerajaan sebelum keadaan-keadaan
berikut:
(a) pegawai di dalam mana-mana agensi Kerajaan yang telah diswastakan dalam tahun 1993;
(b) pegawai di dalam Badan-badan Berkanun yang
dipinjamkan untuk berkhidmat di anak syarikat
(badan swasta) kepada Badan Berkanun tersebut; dan
(c) pegawai yang dipinjamkan kepada badan antarabangsa seperti APDC, UNESCO dan lain-lain.
4. Pegawai yang bersara atau meninggal dunia pada 1 Januari 1993 tidak layak diberi imbuhan tahunan.
5. Pegawai yang mengambil cuti tanpa gaii sebelum bersara atau meninggal dunia:
(a) sepanjang tempoh sehingga tarikh persaraan
atau meninggal dunia dalam tahun 1993 tidak
layak diberi imbuhan tahunan;
(b) beberapa bulan sahaja atau sebarang tempoh
yang diluluskan layak diberi imbuhan tahunan
secara proportionate berasaskan genap
bulan perkhidmatan.
6.
Pegawai yang bersara dalam tahun 1993 dan dilantik semula sebagai
pegawai sementara atau
pegawai kontrak dalam tahun yang sama hendaklah dibayar
imbuhan tahunan berasaskan kepada
gaii pokok terakhir yang diterima olehnya
sebelum bersara jika bersara sebelum 1 November 1993.
7.
Peraturan-peraturan lain yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 5 Tahun 1993 adalah
dikekalkan.
Pemakaian
8.
Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling
Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan-perkhidmatan
Negeri, Badan-badan Berkanun dan
Kuasa-kuasa Tempatan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(TAN SRI DATO' MAHMUD BIN TAIB )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.
6 Disember 1993.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
s.k.
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun
Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan.