3.1.4. Bayaran Insentif WilayahJPA(S)63/4 KLT.2/(12) Siri No. 3142
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 3 TAHUN 1994
KADAR GAJI HARIAN,
ELAUN DAN KEMUDAHAN ANGGOTA SAMBILAN
DALAM SEKTOR AWAM
TUJUAN
1.1 Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini ialah untuk memaklumkan kaedahpenetapan kadar gaji harian, kelayakan elaun dan kemudahan baru bagi anggota sambilan dalam sektor awam.
LATAR BELAKANG
2.1 Kerajaan telah melaksanakan semakan saraan bagi semua anggota dalam perkhidmatan awam yang memilih terima Sistem Saraan Baru (SSB) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1992. Berikutan dengan semakan saraan tersebut, kadar gaji harian serta lain-lain kelayakan elaun dan kemudahan bagi anggota sambilan perlu disemak semula supaya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperkenalkan di bawah SSB.
PINDAAN TERHADAP SARAAN
3.1. Di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 beberapa unsur saraan adalah layak dibayar kepad a anggota sambilan mengikut kelayakan akademik dan skim perkhidmatan yang disandang. Bagaimanapun bagi menentukan unsur-unsur saraan yang dibayar kepada anggota sambilan supaya bersesuaiandengan SSB, Kerajaan bersetuju unsur-unsur saraan bagi anggota sambilandisemak semula dan ditetapkan seperti berikut:
3.1.1 Gaji Harian3.1.1.1 Kadar gaji harian bagi anggota sambilan hendaklah ditetapkan mengikut gaji permulaan skim3.1.2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
perkhidmatan seseorang anggota itu dilantik termasuk mengambilkira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai unsur multiple entry iaitu mengikut formula seperti berikut:Gaji Permulaan SebulanContoh perkiraan adalah seperti di LAMPIRAN I.
Mengikut Skim Perkhidmatan
Pegawai Dilantik____________________________ = Kadar Gaji Harian
27 Hari Bekerja
3.1.2.1. Mengikut perenggan 2.1(b)(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1990, anggota sambilan adalah layak dibayar Elaun Khidmat Awam. Walau bagaimanapun, nama elaun ini sekarang diubah kepada Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dengan mengekalkan syarat-syarat. kaedah perkiraan dan kadar-kadarnya yang
terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1990. Formula pembayaran ITKA bagi anggota sambilan adalah seperti berikut :Kadar ITKA MengikutContoh perkiraan adalah seperti di LAMPIRAN II.
Kategori Perkhidmatan
Pegawai Itu Dilantik
_________________________ = Kadar ITKA Sehari27 Hari Bekerja
3.1.2.2 IKTA tidak dibayar bagi hari-hari yang anggota sambilan tidak bekerja, termasuk hari-hari kelepasan mingguan atau kelepasan am, kecuali bagi Cuti Rehat Bergaji Penuh yang diluluskan oleh Ketua Jabatan sebagaimana diperuntukkan mengikut perenggan 4.1.2 dalam Pekeliling ini.3.1.3 Bayaran Lebih Masa3.1.3.1 Berdasarkan surat JPA.256/9/23 Bhg.1/Klt.2(23), bertarikh 1 April 1986, anggota
sambilan layak diberi Bayaran Lebih Masa bagi kerja-kerja yang dibuat di luar waktu bekerja biasa. Di
bawah SSB semua anggota dalam Kumpulan Sokongan layak diberi Bayaran Lebih Masa apabila
diarah bekerja di luar waktu bekerja biasa. Oleh yang demikian, selaras dengan perubahan tersebut,
anggota sambilan yang tergolong dalam Kumpulan Sokongan adalah layak diberi bayaran lebih masa
apabila diarah bekerja di luar waktu bekerja biasa.3.1.3.2 Kadar bayaran satu jam bagi anggota sambilan yang bekerja lebih masa mengikut jawatan
dalam Kumpulan Sokongan yang disandang adalah seperti berikut:Gaji harian x 27 hariContoh perkiraan adalah seperti di LAMPIRAN III.
bekerja x 12 bulan
____________________ = Kadar bayaran sejam
313 hari bekerja x 8 jam3.1.2.2 Kategori Kerja Lebih Masa
Bagi maksud penetapan kadar Bayaran Lebih Masa, kerja-kerja lebih masa yang melayakkan
seseorang anggota membuat tuntutan adalah dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:(i) kerja siang;
(ii) kerja malam; dan
(iii) kerja kecemasan.
Bagi setiap kategori kerja ini kadar gandaan bayaran mengikut jenis hari kerja lebih masa itu
dijalankan, iaitu, sama ada pada Hari Bekerja Biasa, Hari Rehat Biasa atau Hari Kelepasan Am,
adalah seperti di LAMPIRAN IV.3.1.3.4. Fomula Penetapan Kadar
Jumlah Bayaran Lebih Masa yang boleh dituntut oleh seseorang anggota adalah ditentukan dengan
mendharab kadar bayaran sejam dengan bilangan jam kerja lebih masa seperti formular berikut:Kadar Bilangan Jam Kadar
Jumlah = Bayaran x Kerja x Gandaan
Sejam LebihmasaContoh perkiraan kadar gandaan bayaran kerja lebih masa bagi anggota sambilan adalah seperti di
LAMPIRAN V .3.1.2.5 Jumalah Bayaran sambilan bagi sesuatu bulan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji
harian untuk satu bulan tertaluk kepada syarat yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 21 Tahun 1977.
3.1.4.1 Kadar Bayaran Insentif Wilayah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 adalah seperti berikut:
Lingkungan Gaji Peratusan Daripada3.1.5 Perkiraan Bayaran
(Termasuk Elaun Memangku) Gaji Yang DiterimaDi bawah RM443 25%
RM443 - RM647 22.5%
RM648 - RM1,106 20%
RM1,107 - RM2,213 17.5%
RM2,214 - RM3,855 15%
RM3,856 dan ke atas 12.5%
Kadar Bayaran Insentif Wilayah bagi anggota sambilan adalah seperti contoh di LAMPIRAN VI.
3.1.5.1 Bagi maksud perkiraan
kadar gaji harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan
Bayaran Insentif Wilayah untuk anggota sambilan seperti di perenggan-perenggan3.1.1,
3.1.2 dan 3.1.4 di atas hendaklah dibulatkan kepada perpuluhan sen yang
terhampir,
makakala perkiraan Bayaran Lebih Masa seperti di perenggan 3.1.3 hendaklah
dibuat
secara sebenar.
3.1.6 Caruman Kepada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP)3.1.6.1. Anggota sambilan adalah diwajibkan membuat caruman kepadaKWSP.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BARU4.1. Sebelum ini anggota sambilan tidak diberi keudahan selain daripada pembayaran gaji dan elaun yang dibenarkan. Kerjaan telah menimbang dan memutuskan supaya naggota sambilan diberi beberapa kemudahan baru seperti berikut:
4.1.1 Rawatan Perubatan Percuma
4.1.1.1 Anggota sambilan (tidak termasuk suami/isteri dan anak) diberi kemudahan rawatan
perubatan percuma di hospital dan klinik-klinik Kerjaan tertaluk kepada bayaran wad yang
tidak melebihi Kelas Dua. Kemudahan ini tidak meliputi pembekalan alat-alat orthopedik,
anggota palsu dan rawatan pergigian otodontik bagi tujuan kosmetik.4.1.2. Cuti Rehat Bergaji Penuh
4.1.2.1 Anggota sambilan diberi satu hari cuti rehat bergaji penuh bagi mereka yang berkerja
lebih daripada 27 hari sebulan tetapi tidak lebih tujuh hari dalam satu tahun.TARIKH KUATKUASA
5.1. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
PEMBATALAN
6.1. Dengan berkuatkuasa Pekeliling ini, Pekeliling-pekeliling Perkhidamatan dan Surat-surat Pekeliling berikut adalah dibatalkan:
(a) Perenggan 23(a) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1980.
(b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1986.
(c) Pekeliling Perkhidmatan Bi. 9 Tahun 1989.
(d) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1989.
(e) Surat JPA.258/9/23 Bhg. 1/Klt.2(36), bertarikh 1 April 1986.
(f) Surat JPA.258/9/23 Bhg. 1/Klt.2(60), bertarkih 1 Oktober 1986, dan
(g) Perenggan 2.1(b)(i) dan (ii), Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1990.
PEMAKAIAN
7.1 Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah juga dipanjangkan kepada Perkhidmatan Negeri, badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGERA"
(TAN SRI DATO' MAHMUD BIN TAIB)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.1 April 1994
Semua Ketua Setiausaha Kementerian.
Semua Ketua Jabatan Persekutuan.s.k.
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Semua Ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun.
Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan.