![]() |
Tingkat 10, Menara Pelita, Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia. Telefon: 082-440111 Faksimili: 082-447203 (Akauntan Negeri) Faksimili: 082-445270 (Timb. Akauntan Negeri) Faksimili: 082-446395 (Pentadbiran) Faksimili: 082-446082 (Akauntan Penyesuaian) Faksimili: 082-442164 (Akauntan Gaji) Faksimili: 082-440704 (Pengurusan Dana) Faksimili: 082-445478 (Pencen) |
![]() |
PERKARA: Borang Pesanan Kerajaan (T.301)
1. TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk
1.1 Menguatkuasakan penggunaan Borang Pesanan Kerajaan (T.301) untuk semua Kementerian/Jabatan Negeri Sarawak.
1.2 Membatalkan penggunaan borang pesanan perkhidmatan/barangan seperti disenaraikan di bawah bermula dari 1 September, 2004.
(i) Service Order - T.78 (Perkhidmatan)
(ii) Local Purchase Order - T.31 (Barangan)
(iii) Government Air Transport
warrant
(perkhidmatan Penerbangan)
2. LATARBELAKANG
Pada masakini borang-borang yang disenaraikan seperti di para 1.2 digunakan
untuk membuat pesanan bagI perkhidmatan dan barangan bagi pihak
Kerajaan. Jenis borang digunakan adalah mengikut pesanan yang hendak
dibuat iaitu samada perkhidmatan atau barangan. Bagi mengambilkira
beberapa perubahan dalam prosedur dan proses kerja akaun dan perlaksanaan
ICT, maka borang pesanan telah disernaksemula untuk menyelaraskan
kegunaannya.
3. BORANC PESANAN KERAJAAN - T.301
3.1 Ciri-ciri Borang
Borang T.301 disediakan dalam dua (2) versi. Satu adalah untuk kegunaan
secara manual dan yang satu adalah untuk kegunaan SIFBAS
(EASY).
Sila rujuk Lampiran A1 untuk format T.301 manual dan Lampiran A2 untuk format T.301 untuk penggunaan SIFBAS (EASY).
3.2 Tatacara Pengeluaran
3.2.1 Borang T.301 (Manual dan Sistem)
Ianya perlu disediakan dalam dua salinan yang perlu dikemukakan kepada
pihak pembekal. Salinan asal akan dikembalikan oleh
pembekal bersama invois mereka untuk pembayaran.
3.2.2 No rujukan
Nombor rujukan Borang T.301 ini hendaklah dinyatakan dalam baucar bayaran di ruang C.
3.3 Format Nombor Rujukan T.301
Bagi borang T.301 ini, nombor siri telah dimansuhkan dan digantikan dengan penggunaan nombor rujukan yang standard.
Format yang standard adalah seperti berikut:
Bagi borang T.301 ini, nombor siri telah dimansuhkan dan digantikan dengan penggunaan nombor rujukan yang standard.
Format yang standard adalah seperti berikut:
Nombor Rujukan :
Di mana,
a a a a a a a b b c c c c c
a - Nombor PTJ
b - Tahun Kewangan
c - Nombor turutan Borang Pesanan yang dikeluarkan.
Nota: Nombor sebanyak 14 digit
dan adalah 'numeric'.
3.3.1 Borang T.301 (manual)
Bagi T.301 yang dikeluarkan secara manual, nombor rujukan perlu dilengkapkan
oleh PTJ dan satu daftar perlu diselenggarakan
untuk memastikan turutan nombor adalah betul. Format daftar yang perlu
diselengggarakan adalah seperti di Lampiran
A3
(DAFTAR NO. RUJUKAN PESANAN KERAJAAN).
3.3.2 Borang T.301 (sistem)
Bagi T.301 yang dijana dari sistem, nombor rujukan akan dicetak oleh sistem
secara automatik. Tiada daftar perlu diselenggarakan
untuk nombor rujukan ini.
3.4 Penggunaan T.301
PTJ yang tiada akses ke Sarawaknet sahaja dibenarkan menggunakan T.301 secara manual.
Bagi PTJ yang ada akses ke Sarawaknet, mereka diwajibkan menggunakan borang T.301 seperti di Lampirkan A2.
Carta Aliran Proses kerja penyediaan Borang T.301 ini adalah seperti di Lampiran A4.
3.5 Inden Borang
Kedua-dua format borang T.301 ini hendaklah diinden dari Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
3.6 Stok Borang Pesanan Lama
Semua stok bagi borang T.31, T.78 clan Government Air Transport Warrant
hendaklah diserahkan kesemuanya ke pejabat Perbendaharaan
Bahagian masing-masing untuk proses pemusnahan. Kesemua stok hendaklah
dikemukakan selewat-lewatnya sebelum 1 Oktober 2004.
4. TARIKH KUATKUASA
Tarikh kuatkuasa penggunaan Borang T.301 ini adalah mulai 1 September. 2004.
5. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut boleh dirujuk kepada pegawai
saya, Hajjah Elean Hi. Masa'at di talian 082-444391 atau 082-440111 -
212.
'TEPAT RAMAH YAKIN'
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
(WAN MOHD. YUSOP WAN MOSS)
AKAUNTAN NECERI,
SARAWAK.
Ruj: TRY:301004(VOL.2)/36
Tarikh: 9 Ogos, 2004
Agihan kepada:
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak
Peguam Besar Negeri Sarawak
Semua Setiausaha Tetap Kementerian
Semua Ketua Jabatan Negeri
Semua Residen
Semua Akauntan Perbendaharaan Bahagian
Salinan kepada:
Pengarah Audit Negeri