SURAT PEKELILING NO.20/2000 DARIPADA: Setiausaha Kerajaan Sarawak KEPADA : Semua Residen
Semua Ketua Jabatan/
Badan Berkanun NegeriPERKARA : TINDAKAN TATATERTIB - Pemantauan Perintah Am Perkhidmatan Awam
Negeri, 1996 (Swk. L.N. 1/96)Ruj. Kami: (4)JKM.P/ADM/19/075 Tarikh : 8 Ogos 2000
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pejabat ini telah mendapat aduan bahawa terdapat segelintir kakitangan awam yang tidak hadir bertugas dengan tidak ada alasan yang munasabah tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin, malah masih dibayar gaji. Amalan sedemikian bukan sahaja merugikan kerajaan tetapi turut menjejaskan imej perkhidmatan Awam Negeri secara keseluruhan.
2. Bagi membendung perkara sedemikian dari terus berlaku, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas kakitangan tuan yang didapati melanggar peraturan selaras dengan Peraturan 171, Perintah Am Perhidmatan Awam Negeri, 1996 (Swk.L.N.1/96).
3. Kerjasama pihak tuan sangatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
'BERSATU BERUSAHA BERBAKTI'
![]()
(DATU DR. HATTA SOLHEE)
b/p. Setiausaha Kerajaan Sarawak
Sarawak