SURAT PEKELILING
    (No. 77/84)
     
    DARIPADA:       Setiausaha Kerajaan,                                               KEPADA:       Semua Residen
                                 Sarawak                                                                                          Semua Setiausaha Tetap
                                                                                                                                         Kementerian
                                                                                                                                         Ketua-Ketua Jabatan
                                                                                                                                         Kerajaan
                                                                                                                                         dan Badan Berkanun Nageri
                                                                                                                                         dan Persekutuan
    PERKARA:         Susunan Keutamaan (Order of Precedence)
                                 Negeri Sarawak Yang baru

    BIL.:                    53/PKM/59/1                                                           TARIKH:     23 November, 1984



     
                Kerajaan Negeri telah meyusun semula senarai Susunan Keutamaan (Order Of Precedence) Negeri Sarawak, yang mana dua salinannya dikepilkan bersama untuk kegunaan Pejabat Datuk/Tuan..

    2.         Semua Residen adalah dipinta supaya membahagikan Susunan Keutamaan yang baru ini kepada Ketua-Ketua Jabatan, Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, Majlis Daerah, Pegawai-Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Sarawak dalam Bahagian masing-masing. Untuk tujuan ini saya kepilkan 100 salinan senarai tersebut.

    3.         Susunan Keutamaan Negeri Sarawak yang dikeluarkan oleh pejabat ini Bil. CMQ/59/1 bertarikh 25 Mac, 1981 adalah dibatalkan.

                Sila beri akuan penerimaannya.

                Sekian, terima kasih.
     

    "HIDUP SELALU BERKHIDMAT"
     
     
     
    (DATUK  HAJI SAFRI AWANG ZAIDELL)
    b.p. Setiausaha Kerajaan,
    Sarawak.
    Salinan asal

     SUSUNAN KEUTAMAAN
    DALAM NEGERI SARAWAK
     
    1.     Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
    2.     Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak.
    3.     Orang-orang yang telah bersara dari menyandang jawatan Tuan Yang
            Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
    4.     Ahli-ahli Darjah Utama Bintang Paduka Seri Sarawak (D.P.S.S.).
    5.     Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
    6.     Ahli-ahli Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.).
    7.     Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
    8.     Orang-orang yang Bekas memangku Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Balu
            bekas Tuan Yang Terutama. Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
    9.     Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri dari lain-lain Negeri dalam Malaysia.
    10.   Yang Arif Hakim Besar Borneo.
    11.   Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Ketua Menteri.
    12.   Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sarawak.
    13.   Yang Berhormat Menteri-Menteri Persekutuan.
    14.   Yang Berhormat Menteri-Menteri Negeri Sarawak.
    15.   Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.
    16.   Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri Persekutuan.
    17.   Yang Berhormat Menteri-Menteri Muda Negeri Sarawak.
    18.   Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
    19.   Ahli-ahli Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.).
    20.   Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.).
    21.   Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.
    22.   Peguam Besar Negeri.
    23.   Setiausaha Kewangan Negeri.
    24.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.
    25.   Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
    26.   Panglima Wilayah Dua.
    27.   Pesuruhjaya Polis.
    28.   Yang Di-Pertua Majlis Islam.
    29.   Mufti.
    30.   Ahli-ahli Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.).
    31 .  Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara.
    32.   Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.
    33.   Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri.
    34.   Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
    35.   Residen (Dalam Bahagian).
    36.   Pengerusi Miajlis Perbandaran.
    37.   Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri.
    38.   Timbalan Peguam Besar Negeri.
    39.   Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, Residen-Residen dan Pegawai
            Pegawai Tingkatan Tertinggi G ke atas.
    40.   Konsul-Konsul Jeneral Negeri-Negeri yang tiada Perwakilan Diplomatik di
            Malaysia.
    41.   Ahli-ahli Johan Bintang Sarawak (J.B.S.).
    42.   Ahli-ahli Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C).

    Dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri,
    Kuching.

    18 September, 1984.
    PKM/59/1